Surat kepada Titus 2:1-15

  • Ajaran berfaedah bagi orang tua dan muda (1-15)

    • Menolak apa yang bertentangan dengan kehendak Tuhan (12)

    • Berbuat baik dengan bersemangat (14)

2  Tetapi hendaklah kamu terus bercakap tentang hal-hal yang selaras dengan ajaran yang sihat.*+  Hendaklah lelaki yang lebih tua bersikap sederhana dalam segala hal, berfikiran matang,* dan berfikiran sihat. Mereka juga haruslah mantap* dari segi iman, kasih, dan ketabahan.  Demikian juga, hendaklah wanita yang lebih tua berkelakuan sebagai orang yang suci. Mereka tidak patut memfitnah orang lain atau menjadi hamba kepada banyak wain, dan mereka haruslah mengajarkan apa yang baik.  Dengan demikian mereka dapat menasihati* wanita yang lebih muda agar mengasihi suami dan anak-anak sendiri,  berfikiran sihat, menjadi suri rumah yang baik, berkelakuan baik dan murni, dan taat kepada suami.+ Dengan itu orang lain tidak akan mencaci firman Tuhan.  Begitu juga, teruslah menggesa lelaki yang lebih muda supaya berfikiran sihat.+  Dalam segala perkara, kamu haruslah menjadi teladan dalam melakukan hal-hal yang baik. Ajarkanlah apa yang murni* dengan bersungguh-sungguh.*+  Gunakanlah kata-kata yang sihat,* yang tidak dapat dicela orang,+ supaya orang yang menentang akan berasa malu kerana tidak dapat mengatakan apa-apa yang buruk tentang kita.+  Hendaklah hamba-hamba mentaati tuan mereka dalam segala sesuatu+ dan berusaha menyenangkan hati tuan mereka. Hamba-hamba tidak patut membantah 10  atau mencuri daripada tuan mereka,+ dan hamba-hamba haruslah menunjukkan bahawa mereka dapat dipercayai dengan sepenuhnya. Dengan demikian mereka dapat menghiasi ajaran Tuhan, Penyelamat kita, dalam segala perkara.+ 11  Hal ini demikian kerana Tuhan telah menunjukkan kebaikan hati-Nya yang unggul dengan menyelamatkan segala macam orang.+ 12  Kebaikan hati ini melatih kita untuk menolak keinginan duniawi dan segala sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Tuhan,+ dan melatih kita untuk menunjukkan fikiran yang sihat, melakukan apa yang benar, dan mengabdikan diri kepada Tuhan, sementara kita hidup dalam sistem dunia ini.*+ 13  Kita berbuat demikian sambil menanti-nantikan harapan yang menggembirakan+ dan menanti-nantikan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Yesus Kristus, Penyelamat kita, disingkapkan dengan penuh kemuliaan. 14  Kristus mengorbankan dirinya+ untuk membebaskan* kita+ daripada segala macam pelanggaran hukum. Dia juga berbuat demikian untuk membersihkan kita, agar kita menjadi umatnya dan miliknya yang istimewa, yang berbuat baik dengan semangat yang berkobar-kobar.+ 15  Dengan kuasa yang telah diberikan kepada kamu, teruslah bercakap tentang perkara-perkara ini dan teruslah memberikan nasihat* dan teguran.+ Jangan biarkan sesiapa pun memandang rendah terhadap kamu.

Nota Kaki

Atau “berfaedah.”
Atau “serius.”
Harfiah, “sihat.”
Atau “menyedarkan; melatih.”
Atau mungkin, “Ajarlah dengan jujur.”
Atau “serius.”
Atau “berfaedah.”
Atau “zaman sekarang.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Harfiah, “menebus.”
Atau “galakan.”