Surat kepada Titus 1:1-16

  • Salam (1-4)

  • Titus melantik penatua di Kreta (5-9)

  • Menegur orang yang suka memberontak (10-16)

1  Aku, Paulus, hamba Tuhan dan rasul Yesus Kristus, yang berpegang pada kepercayaan yang sama seperti iman umat pilihan Tuhan. Aku menjadi rasul menurut pengetahuan yang tepat tentang kebenaran, yang selaras dengan pengabdian kepada Tuhan.  Hal-hal ini berdasarkan harapan kehidupan kekal+ yang dijanjikan sejak dahulu lagi oleh Tuhan yang tidak dapat berdusta.+  Pada waktu yang ditentukan-Nya, Tuhan telah menyatakan firman-Nya melalui kerja penyebaran yang telah diamanahkan kepadaku+ menurut perintah Tuhan, Penyelamat kita.  Kepada Titus, anakku yang sejati, yang berpegang pada kepercayaan yang sama-sama kita miliki: Semoga kamu dikurniai kebaikan hati yang unggul dan kedamaian daripada Tuhan, Bapa kita, dan Kristus Yesus, Penyelamat kita.  Aku meninggalkanmu di Kreta supaya kamu membetulkan perkara-perkara yang perlu dibetulkan dan melantik para penatua di setiap kota, seperti yang telah aku pesan kepadamu:  Seorang lelaki yang dilantik haruslah bebas daripada tuduhan dan hanya mempunyai seorang isteri. Anak-anaknya haruslah percaya kepada Kristus, dan tidak dituduh mengamalkan cara hidup yang tidak bermoral* atau suka memberontak.+  Hal ini demikian kerana sebagai pengurus rumah tangga yang dilantik oleh Tuhan, seorang penyelia haruslah bebas daripada tuduhan, tidak keras kepala,+ tidak cepat marah,+ bukan seorang pemabuk, tidak ganas,* dan tidak tamak akan keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur.  Sebaliknya, dia haruslah suka menyambut orang dengan ramah,+ mencintai apa yang baik, berfikiran sihat,*+ bersikap adil, setia,+ dan tahu mengawal diri.+  Dia harus berpegang teguh pada firman yang dapat dipercayai* semasa menggunakan seni mengajar,+ supaya dia dapat menggunakan ajaran yang sihat*+ untuk memberikan galakan* dan menegur+ orang yang membantah ajaran itu. 10  Hal ini demikian kerana ada banyak orang yang suka memberontak, bercakap tentang hal-hal yang tidak berfaedah, dan menggunakan tipu daya, terutamanya mereka yang berpegang pada hukum bersunat.+ 11  Kamu perlu menutup mulut orang sedemikian, kerana mereka mengajarkan hal-hal yang tidak sepatutnya diajarkan dan terus merosakkan iman seisi rumah tangga orang demi memperoleh keuntungan secara tidak jujur. 12  Seorang nabi dalam kalangan mereka sendiri pernah berkata, “Orang Kreta selalu berdusta. Mereka seperti binatang buas, dan mereka malas serta gelojoh.” 13  Kesaksian itu memang benar. Oleh itu, hendaklah kamu terus menegur mereka dengan tegas, supaya mereka memiliki iman yang teguh* 14  dan tidak mempedulikan cerita dongeng orang Yahudi ataupun perintah daripada orang yang berpaling daripada kebenaran. 15  Segala perkara bersih bagi orang yang bersih.+ Tetapi tiada sesuatu pun yang bersih bagi orang yang sudah tercemar dan tidak beriman, kerana fikiran dan hati nurani mereka sudah tercemar.+ 16  Mereka mengaku di hadapan umum bahawa mereka mengenal Tuhan, tetapi perbuatan mereka menunjukkan bahawa mereka menyangkal-Nya.+ Hal ini demikian kerana mereka menjijikkan, ingkar, dan tidak layak untuk melakukan apa-apa pekerjaan yang baik.

Nota Kaki

Atau “tidak dituduh berkelakuan liar.”
Atau “tidak memukul orang.”
Atau “dapat membuat pertimbangan yang baik.”
Atau “yang setia.”
Atau “berfaedah.”
Atau “nasihat.”
Harfiah, “sihat.”