Surat kepada Sidang di Roma 1:1-32

  • Salam (1-7)

  • Paulus mahu melawat Roma (8-15)

  • “Orang yang berbuat benar akan hidup kerana beriman” (16, 17)

  • Orang yang tidak mematuhi Tuhan tidak dapat berdalih (18-32)

    • Sifat Tuhan dilihat melalui ciptaan (20)

1  Aku, Paulus, seorang hamba Kristus Yesus yang dipanggil untuk menjadi rasul. Yesus telah melantik aku untuk mengisytiharkan berita baik daripada Tuhan.+  Sejak dahulu lagi, berita baik itu telah dijanjikan oleh Tuhan melalui nabi-nabi-Nya dalam Ayat-Ayat Suci.  Berita baik itu adalah tentang Anak-Nya yang dilahirkan di bumi, yang merupakan keturunan Daud.+  Melalui kuasa suci Tuhan,* dia dikenal pasti sebagai Anak Tuhan+ semasa dia dibangkitkan daripada kematian.+ Ya, dialah Yesus Kristus, Tuan kita.  Melaluinya, aku* menerima kebaikan hati yang unggul dan tugas sebagai rasul,+ agar orang daripada bangsa lain+ dapat beriman kepadanya dan mematuhinya. Aku melakukan semua ini untuk memuliakan namanya.  Kamu juga termasuk dalam golongan mereka, iaitu orang daripada bangsa-bangsa lain yang sudah dipanggil untuk menjadi milik Yesus Kristus.  Oleh itu, aku menulis surat ini kepada semua orang di Roma yang dikasihi oleh Tuhan, dan yang dipanggil untuk menjadi umat-Nya yang suci: Semoga kamu semua dikurniai kebaikan hati yang unggul dan kedamaian daripada Tuhan, Bapa kita, dan Tuan Yesus Kristus.  Mula-mula, aku bersyukur kepada Tuhanku melalui Yesus Kristus bagi kamu semua, kerana iman kamu menjadi buah mulut orang di seluruh dunia.  Aku menjalankan khidmat suci kepada Tuhan dengan sepenuh jiwa raga, dan aku melakukan segala sesuatu demi berita baik tentang Anak-Nya. Tuhanlah saksiku bahawa aku sentiasa menyebut kamu dalam doa-doaku+ 10  dan merayu agar aku diberi peluang untuk melawat kamu, jika itulah kehendak Tuhan. 11  Aku ingin sekali berjumpa dengan kamu supaya aku dapat memberi kamu kurniaan rohani agar kamu diteguhkan; 12  atau, dalam kata lain, supaya kamu dapat menggalakkan aku melalui iman kamu, dan aku dapat menggalakkan kamu+ melalui iman aku. 13  Saudara-saudara, aku mahu kamu tahu bahawa sudah banyak kali aku hendak datang kepada kamu, agar usahaku dalam kalangan kamu berhasil, sebagaimana usahaku dalam kalangan bangsa-bangsa lain telah berhasil. Tetapi sampai sekarang, aku dihalang daripada berbuat demikian. 14  Aku mempunyai kewajipan,* baik kepada orang Yunani mahupun orang asing;* baik kepada orang yang berpendidikan mahupun orang yang tidak berpendidikan. 15  Itulah sebabnya aku ingin sekali mengisytiharkan berita baik kepada kamu semua di Roma.+ 16  Aku tidak berasa malu untuk mengisytiharkan berita baik.+ Sebenarnya, berita baik itu ialah bukti akan kuasa Tuhan dan dapat menyelamatkan semua orang yang beriman,+ bermula dengan orang Yahudi+ dan kemudiannya orang Yunani.+ 17  Orang yang beriman dapat melihat bahawa Tuhan menyingkapkan kebenaran-Nya melalui berita baik, dan hal ini menguatkan iman mereka,+ tepat seperti yang tertulis, “Orang yang berbuat benar akan hidup kerana beriman.”+ 18  Sesetengah orang tidak mematuhi Tuhan dan tidak melakukan apa yang benar. Mereka melakukan hal-hal yang salah untuk menghalang orang daripada mengetahui kebenaran,+ dan Tuhan di syurga akan menunjukkan kemurkaan-Nya+ terhadap mereka, 19  kerana Tuhan telah memberi mereka bukti yang mencukupi agar mereka dapat mengenali-Nya.+ 20  Sejak dunia diciptakan, sifat-sifat-Nya yang tidak kelihatan, iaitu kuasa-Nya+ yang kekal dan kedudukan-Nya sebagai Tuhan,+ dapat dilihat dengan jelas melalui segala yang diciptakan-Nya.+ Itulah sebabnya mereka tidak dapat berdalih. 21  Walaupun mereka mengenali Tuhan, mereka tidak memuliakan-Nya sebagai Tuhan dan tidak bersyukur kepada-Nya. Sebaliknya, pemikiran mereka sudah menjadi tumpul dan hati mereka yang bebal diselubungi kegelapan.+ 22  Mereka mengaku bahawa mereka bijaksana, tetapi sebenarnya mereka bodoh, 23  dan mereka tidak memuliakan Tuhan yang tidak dapat musnah. Sebaliknya, mereka memuliakan patung berhala yang dibentuk menurut rupa manusia yang dapat musnah, burung-burung, binatang berkaki empat, dan reptilia.*+ 24  Oleh sebab mereka mahu menurut keinginan hati sendiri, Tuhan membiarkan mereka untuk melakukan perbuatan yang najis supaya mereka memalukan tubuh sendiri. 25  Mereka menggantikan kebenaran Tuhan dengan dusta, dan menghormati serta menyembah apa yang diciptakan, dan bukannya Pencipta. Dialah yang harus dipuji buat selama-lamanya. Amin. 26  Itulah sebabnya Tuhan menyerahkan mereka kepada nafsu seks yang tidak terkawal.+ Kaum wanita tidak menggunakan tubuh menurut cara yang semula jadi.+ 27  Begitu juga halnya dengan kaum lelaki. Mereka tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan dengan wanita, tetapi mempunyai nafsu berahi yang berkobar-kobar terhadap satu sama lain, iaitu lelaki dengan lelaki.+ Mereka melakukan apa yang menjijikkan dan akibatnya mereka menerima balasan* yang setimpal dengan kesalahan mereka.+ 28  Oleh sebab mereka enggan mendapat pengetahuan yang tepat tentang* Tuhan, Tuhan menyerahkan mereka kepada keadaan mental yang tidak diperkenankan-Nya dan mengizinkan mereka untuk membuat hal-hal yang tidak patut dilakukan.+ 29  Mereka penuh dengan kepalsuan,+ kejahatan, ketamakan,+ keburukan, dan kedengkian.+ Mereka penuh dengan keinginan untuk membunuh+ dan menyebabkan orang menderita.+ Mereka suka berkelahi, menipu,+ mengumpat, 30  dan memfitnah.+ Mereka membenci Tuhan, bersikap biadab, angkuh, bercakap besar, merancang hal-hal yang jahat, tidak mematuhi ibu bapa,+ 31  tidak berpengertian,+ tidak berpegang pada janji, tidak berperikemanusiaan, dan tidak berbelas kasihan. 32  Mereka tahu benar bahawa menurut hukum Tuhan yang adil, orang yang sering melakukan hal-hal sedemikian harus dihukum mati.+ Namun, mereka bukan sahaja terus melakukan hal-hal itu malah berasa senang hati semasa orang lain berbuat demikian.

Nota Kaki

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Harfiah, “kami.”
Atau “Aku berhutang.”
Atau “orang bukan Yunani.”
Atau “dan binatang menjalar.”
Atau “hukuman.”
Atau “enggan mengakui.”