Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Ratapan 5:1-22

RANGKA KANDUNGAN

  • Doa umat Tuhan agar dipulihkan

    • “Ingatlah akan apa yang telah menimpa kami” (1)

    • “Malanglah kami kerana kami telah berdosa” (16)

    • “Ya Yehuwa, bawalah kami kembali” (21)

    • “Pulihkanlah segala-galanya” (21)

5  Ya Yehuwa, ingatlah akan apa yang telah menimpa kami. Pandanglah kami dan lihatlah kehinaan kami.+   Harta warisan kami telah diserahkan kepada orang yang tidak dikenali; rumah kami telah menjadi milik orang asing.+   Kami telah menjadi anak yatim yang kehilangan bapa, dan ibu kami telah menjadi balu.+   Kami terpaksa membeli air minum+ dan kayu api.   Kami hampir ditangkap oleh orang yang memburu kami.Kami letih lesu tetapi tidak mendapat rehat.+   Kami mengemis kepada Mesir+ dan Assyria+ supaya diberi makanan untuk mengisi perut.   Nenek moyang kami berdosa dan kini sudah tiada, tetapi kamilah yang harus menanggung dosa mereka.   Kini kami diperintah oleh hamba-hamba, tetapi tiada sesiapa pun yang menyelamatkan kami daripada tangan mereka.   Disebabkan ancaman pedang di padang belantara, kami harus mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan makanan.+ 10  Kami menderita kebuluran sehingga kulit kami menjadi panas seperti relau.+ 11  Isteri kami diperkosa di Sion, dan gadis-gadis kami dicabuli di kota-kota Yehuda.+ 12  Tangan para pemimpin kami diikat lalu mereka digantungkan,+ orang tua pula langsung tidak dihormati.+ 13  Para pemuda terpaksa mengangkat batu giling, dan anak-anak terhuyung-hayang kerana memikul timbunan kayu. 14  Orang tua tidak lagi duduk dekat pintu gerbang,+ dan para pemuda tidak lagi memainkan muzik.+ 15  Sukacita dalam hati kami sudah hilang, dan tarian kami sudah digantikan dengan ratap tangis.+ 16  Mahkota di atas kepala kami telah jatuh. Malanglah kami kerana kami telah berdosa! 17  Akibat semua itu, hati kami merana,+Dan mata kami menjadi kabur.+ 18  Kini Gunung Sion sudah terbiar,+ dan rubah* berkeliaran di sana. 19  Ya Yehuwa, Engkau duduk di atas takhta untuk selama-lamanya. Takhta-Mu kekal dari generasi ke generasi.+ 20  Mengapakah Engkau terus-menerus melupakan kami? Mengapakah Engkau meninggalkan kami sedemikian lama?+ 21  Ya Yehuwa, bawalah kami kembali kepada-Mu, maka kami akan balik kepada-Mu dengan rela hati.+ Pulihkanlah segala-galanya seperti dahulukala.+ 22  Namun, Engkau telah menolak kami sama sekali. Kemurkaan-Mu terhadap kami masih lagi membara.+

Nota Kaki

Sejenis binatang di negeri Israel yang menyerupai anjing.