Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Nehemia 5:1-19

RANGKA KANDUNGAN

  • Nehemia menghalang penindasan (1-13)

  • Nehemia tidak mementingkan diri (14-19)

5  Banyak orang Yahudi dan isteri mereka bersungut tentang saudara-saudara mereka yang juga berbangsa Yahudi.+  Ada yang berkata, “Kami ada banyak anak. Kami memerlukan bijirin supaya kami dapat makan dan terus hidup.”  Yang lain berkata, “Kami menggadaikan ladang, kebun anggur, dan rumah kami untuk mendapatkan bijirin semasa kami kekurangan makanan.”  Ada lagi yang berkata, “Kami terpaksa memajak ladang dan kebun anggur kami untuk membayar cukai yang dikenakan oleh raja.+  Darah yang mengalir di dalam tubuh kami sama dengan darah yang mengalir di dalam tubuh saudara-saudara kami. Anak-anak kami sama dengan anak-anak mereka. Jadi mengapakah kami terpaksa membiarkan anak-anak kami menjadi hamba? Bahkan ada beberapa orang anak perempuan kami sudah menjadi hamba.+ Tetapi kami tidak terdaya berbuat apa-apa kerana ladang dan kebun anggur kami sudah menjadi milik orang lain.”  Setelah aku mendengar sungutan dan kata-kata mereka, aku menjadi sangat marah.  Aku berfikir panjang tentang hal ini lalu aku menegur tindakan golongan bangsawan dan para pembesar. Aku berkata kepada mereka, “Setiap orang daripada kamu telah mengenakan faedah yang sangat tinggi terhadap saudara-saudara kamu.”+ Kemudian aku mengadakan satu perhimpunan untuk menangani masalah ini.  Aku berkata kepada mereka, “Saudara-saudara kita yang berbangsa Yahudi telah dijual kepada bangsa-bangsa lain, tetapi kami telah berusaha sedaya upaya untuk menebus mereka kembali. Kini kamu pula yang menjual saudara-saudara kamu sendiri,+ dan haruskah kami menebus mereka sekali lagi?” Mereka berdiam diri sahaja dan tidak dapat menjawab apa-apa pun.  Aku berkata lagi, “Perbuatan kamu itu salah! Kamu patut takut dan hormat kepada Tuhan.+ Dengan demikian, musuh-musuh kita, iaitu bangsa-bangsa lain, tidak dapat menghina kita. 10  Aku sendiri, saudara-saudaraku, dan para pembantuku pun meminjamkan wang dan bijirin kepada mereka. Marilah kita memberikan pinjaman kepada mereka tanpa mengenakan faedah.+ 11  Kembalikanlah ladang,+ kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka. Kembalikanlah juga faedah* yang telah kamu kenakan atas wang, bijirin, wain baharu, dan minyak yang telah kamu pinjamkan kepada mereka.” 12  Golongan bangsawan dan para pembesar pun menjawab, “Kami akan mengembalikan semuanya kepada mereka, dan tidak akan menuntut apa-apa daripada mereka. Kami akan ikut segala arahan yang telah kamu berikan.” Maka aku memanggil para imam dan menyuruh saudara-saudaraku bersumpah bahawa mereka akan menepati janji mereka. 13  Selepas itu, aku mengebas pakaianku dan berkata, “Beginilah caranya Tuhan yang benar akan mengebas setiap orang dalam kalangan kamu yang tidak menepati janjinya. Tuhan akan mengambil rumahnya dan harta miliknya sehingga orang itu tidak mempunyai apa-apa lagi.” Semua orang* berkata, “Amin!”* lalu mereka memuji Yehuwa. Mereka semua menepati janji mereka. 14  Sejak hari aku dilantik menjadi gabenor+ negeri Yehuda, iaitu dari tahun ke-20 pemerintahan+ Raja Artahsasta+ sampai tahun ke-32 pemerintahannya,+ ya, selama 12 tahun, aku dan saudara-saudaraku tidak pernah makan makanan yang diperuntukkan kepada aku sebagai gabenor.+ 15  Tetapi gabenor-gabenor sebelum aku telah membebani rakyat kerana mereka menuntut 40 syekel* perak untuk roti dan wain setiap hari. Pembantu-pembantu mereka juga menindas rakyat. Tetapi aku tidak berbuat demikian+ kerana aku takut kepada Tuhan.+ 16  Selain itu, aku membantu dalam kerja pembinaan tembok dan semua pembantuku juga berkumpul di tembok untuk bekerja, tetapi kami tidak menuntut sebidang tanah pun.+ 17  Di samping itu, terdapat 150 orang Yahudi dan pembesar yang makan di mejaku. Selain mereka, terdapat juga para tetamu dari negeri-negeri lain. 18  Setiap hari, seekor lembu jantan, enam ekor biri-biri yang terbaik, dan burung-burung disediakan untuk aku.* Setiap 10 hari kami menikmati pelbagai jenis wain yang berlimpah-limpah. Meskipun demikian, aku tidak meminta makanan yang diperuntukkan untuk gabenor kerana tanggungan rakyat sudah cukup berat. 19  Ya Tuhanku, berkatilah aku dan janganlah lupakan aku, kerana aku telah melakukan banyak perkara untuk semua rakyat ini.+

Nota Kaki

Harfiah, “satu perseratus,” merujuk kepada kadar faedah sebanyak 1 peratus yang dikenakan setiap bulan.
Atau “Seluruh sidang.” Lihat Kamus.
Atau “Semoga begitu!”
Atau “disediakan dengan biayaku sendiri.”