Nehemia 13:1-31

  • Nehemia membuat lebih banyak perubahan (1-31)

    • Persembahan persepuluhan (10-13)

    • Hari Sabat tidak patut dicemarkan (15-22)

    • Dilarang berkahwin dengan bangsa asing (23-28)

13  Pada hari itu, kitab Musa dibacakan kepada rakyat.+ Kitab itu menyatakan bahawa orang Ammon dan orang Moab+ tidak dibenarkan menyertai umat* Tuhan yang benar.+  Hal ini demikian kerana mereka tidak memberi orang Israel roti dan air. Sebaliknya, mereka telah mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel.+ Tetapi Tuhan kami telah mengubah kutukan itu menjadi berkat.+  Sebaik sahaja orang Israel mendengar pembacaan Hukum itu, mereka mula memisahkan semua orang yang berbangsa asing daripada kalangan mereka.+  Sebelum ini, imam yang menjaga bilik-bilik stor* di Rumah Tuhan kami+ ialah Eliasib.+ Dia dan Tobia+ mempunyai pertalian keluarga.  Dia membenarkan Tobia menggunakan sebuah bilik stor* yang besar. Sebelum itu, bilik itu digunakan untuk menyimpan korban bijirin, kemenyan putih, perkakas-perkakas, persembahan persepuluhan bijirin, wain baharu, dan minyak+ yang telah dikhaskan untuk orang Lewi,+ para penyanyi, dan para penjaga pintu gerbang. Bilik itu juga digunakan untuk menyimpan sumbangan yang diberikan kepada para imam.+  Semasa hal-hal ini berlaku, aku tidak berada di Yerusalem kerana pada tahun ke-32 pemerintahan+ Raja Artahsasta+ dari Babilon, aku telah kembali ke sisi raja. Beberapa lama kemudian, aku meminta cuti daripada raja.  Semasa aku tiba di Yerusalem, aku mendapat tahu tentang perbuatan buruk Eliasib.+ Dia telah membenarkan Tobia+ menggunakan bilik stor yang terletak di halaman rumah Tuhan yang benar.  Hal ini membuat aku sangat marah. Maka aku melempar keluar semua perabot kepunyaan Tobia.  Selepas itu, aku memberikan arahan supaya bilik-bilik stor* itu disucikan. Kemudian aku mengembalikan perkakas-perkakas rumah Tuhan yang benar,+ korban bijirin, dan kemenyan putih ke dalam bilik-bilik itu.+ 10  Aku juga mendapati bahawa bahagian yang ditetapkan untuk orang Lewi+ tidak diberikan kepada mereka.+ Oleh itu, orang Lewi dan para penyanyi telah pulang ke ladang-ladang mereka, dan tidak lagi melaksanakan tugas mereka.+ 11  Maka aku menegur para pembesar,+ “Mengapakah kamu mengabaikan rumah Tuhan yang benar?”+ Kemudian aku mengumpulkan orang Lewi dan menyuruh mereka kembali bertugas di tempat masing-masing. 12  Semua orang Yehuda membawa satu persepuluh+ daripada bijirin, wain baharu, dan minyak ke bilik-bilik stor.+ 13  Setelah itu, aku menugaskan Imam Syelemia, Zadok, jurutulis* itu, dan Pedaya, orang Lewi itu, untuk menjaga bilik-bilik stor. Aku juga melantik Hanan anak Zakur, cucu Matania, sebagai pembantu mereka. Mereka semua dapat dipercayai, dan mereka bertanggungjawab untuk mengagihkan bahan-bahan itu kepada saudara mereka. 14  Ya Tuhan, janganlah lupakan aku+ dan perbuatanku ini. Janganlah lupakan kasih setia yang telah aku tunjukkan kepada Rumah-Mu dan ibadat suci-Mu.+ 15  Pada masa itu, aku nampak penduduk Yehuda memeras anggur di tempat pemerasan pada hari Sabat.+ Mereka juga mengangkut banyak biji-bijian dengan keldai dan membawa masuk wain, buah anggur, buah ara, dan barang-barang yang lain ke dalam kota Yerusalem pada hari Sabat.+ Aku pun memberikan amaran kepada mereka supaya tidak berjual beli pada hari itu.* 16  Tetapi orang Tirus yang tinggal di dalam kota Yerusalem membawa ikan dan pelbagai jenis barang niaga ke dalam kota untuk dijual kepada penduduk Yehuda pada hari Sabat.+ 17  Oleh itu, aku menegur golongan bangsawan di Yehuda, “Lihatlah perbuatan jahat kamu itu! Mengapakah kamu mencemarkan hari Sabat? 18  Bukankah nenek moyang kita dahulu juga melakukan hal yang sama, sehingga Tuhan kita membawa malapetaka atas kita dan kota ini? Sekarang kamu pula mencemarkan hari Sabat dan menyebabkan Tuhan lebih murka lagi terhadap Israel!”+ 19  Sebaik sahaja bayang-bayang senja mula menutupi pintu gerbang Yerusalem sebelum hari Sabat, aku mengarahkan agar pintu-pintu itu ditutup. Aku mengatakan bahawa pintu-pintu itu tidak boleh dibuka sehingga hari Sabat berlalu. Aku juga menempatkan beberapa orang pembantuku di pintu-pintu gerbang supaya barang niaga tidak dibawa masuk ke dalam kota pada hari Sabat. 20  Sekali atau dua kali para penjual dan pedagang yang menjual pelbagai jenis barang niaga bermalam di luar kota Yerusalem. 21  Aku pun memberikan amaran kepada mereka dengan berkata, “Mengapakah kamu bermalam di luar tembok kota? Jika kamu melakukan hal ini lagi, aku akan mengambil tindakan keras terhadap kamu.” Sejak itu, mereka tidak lagi datang pada hari Sabat. 22  Aku menyuruh orang Lewi untuk sentiasa menyucikan diri dan mengawal pintu-pintu gerbang agar hari Sabat tetap suci.+ Ya Tuhanku, janganlah lupakan perbuatanku ini, dan kasihanilah aku kerana kasih setia-Mu berlimpah-limpah.+ 23  Pada masa itu, aku juga nampak orang Yahudi telah berkahwin dengan wanita berbangsa Asdod,+ Ammon, dan Moab.+ 24  Separuh daripada anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Asdod dan bahasa bangsa-bangsa lain. Tiada seorang pun daripada mereka yang pandai bertutur dalam bahasa orang Yahudi. 25  Maka aku menegur orang Yahudi itu dan mengutuk mereka. Aku juga memukul beberapa orang dalam kalangan mereka+ dan mencabut rambut mereka lalu aku menyuruh mereka bersumpah demi Tuhan. Aku berkata, “Kamu tidak boleh mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka. Kamu dan anak lelaki kamu juga tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan mereka.+ 26  Bukankah Salomo, raja Israel, berdosa kerana hal ini juga? Dalam kalangan bangsa-bangsa lain, tidak ada seorang raja pun yang setanding dia.+ Dia dikasihi oleh Tuhannya,+ dan Tuhannya menjadikan dia raja atas seluruh Israel. Walaupun begitu, isteri-isterinya yang berbangsa asing telah menyebabkan dia berdosa.+ 27  Tergamak pula kamu melakukan perbuatan jahat ini dan berkahwin dengan wanita-wanita asing! Kamu tidak setia terhadap Tuhan kita!”+ 28  Yoyada,+ iaitu anak Imam Agung Eliasib,+ mempunyai seorang anak lelaki yang menjadi menantu Sanbalat,+ orang Bet-horon itu. Oleh itu, aku mengusir dia dari hadapanku. 29  Ya Tuhanku, janganlah lupakan mereka, kerana mereka telah mencemarkan golongan imam dan perjanjian yang Engkau buat dengan imam+ dan orang Lewi.+ 30  Selain itu, aku menyucikan orang Israel daripada segala pengaruh bangsa asing, dan aku memberikan tugas kepada para imam dan orang Lewi supaya masing-masing mengetahui tugas mereka.+ 31  Aku juga mengaturkan agar orang membawa hasil tuaian yang pertama dan membawa bekalan kayu+ pada waktu yang ditentukan. Ya Tuhanku, berkatilah aku dan janganlah lupakan aku!+

Nota Kaki

Atau “sidang.” Lihat Kamus.
Atau “bilik-bilik makan.”
Atau “bilik makan.”
Atau “bilik-bilik makan.”
Atau “penyalin hukum Tuhan.”
Atau mungkin, “memberikan amaran kepada mereka pada hari itu juga supaya tidak berjual beli.”