Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 84:1-12

RANGKA KANDUNGAN

  • Merindukan khemah suci Tuhan yang agung

    • Seorang Lewi ingin menjadi seperti burung (3)

    • “Sehari di halaman Rumah-Mu” (10)

    • ‘Tuhan ialah matahari dan perisai’ (11)

Untuk pengarah muzik; menurut Gitit.* Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ 84  Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,Betapa indahnya* khemah suci-Mu yang agung!+   Jiwaku sangat merindukan halaman-halaman di Rumah-Mu.Ya, aku asyik merindukanHalaman-halaman di Rumah Yehuwa.+ Jiwa ragaku bersorak dengan gembira kepada Tuhan yang hidup.   Bahkan burung tinggal di situDan burung layang-layang membuat sarangnya di situ,Supaya burung itu dapat menjaga anak-anaknyaDekat mazbah-Mu yang agung, ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,Rajaku dan Tuhanku!   Berbahagialah orang yang tinggal di Rumah-Mu!+ Mereka memuji-Mu setiap masa.+ (Selah)   Berbahagialah orang yang mendapat kekuatan daripada-Mu,+Dan yang berhasrat untuk berada di jalan yang menuju ke Rumah-Mu.   Sewaktu mereka melalui Lembah Baka,*Mereka menjadikannya sebuah tempat yang bermata air;Dan hujan awal meliputinya dengan berkat.*   Mereka akan terus berjalan dan kekuatan mereka semakin bertambah;+Setiap orang menghadap Tuhan di Sion.   Ya Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga, dengarlah doaku!Ya Tuhan Yakub, dengarlah! (Selah)   Lihatlah, ya Tuhan kami dan perisai kami,*+Lihatlah wajah orang yang telah Engkau urapi.+ 10  Lebih baik sehari di halaman Rumah-Mu daripada seribu hari di tempat lain!+ Aku lebih rela berdiri di pintu gerbang Rumah Tuhanku,Daripada tinggal di khemah orang yang jahat. 11  Tuhan Yehuwa ialah matahari+ dan perisai;+Dia mengurniakan perkenan dan kemuliaan. Yehuwa tidak akan menahan apa-apa yang baikDaripada orang yang berjalan dengan integriti.+ 12  Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,Berbahagialah orang yang percaya kepada-Mu.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “Betapa dalamnya kasihku terhadap.”
Atau “melalui lembah tempat pokok baka bertumbuh.”
Atau mungkin, “Dan pendidik mendapat pujian.”
Atau mungkin, “Ya Tuhan, lihatlah perisai kami.”