Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 74:1-23

RANGKA KANDUNGAN

  • Doa memohon Tuhan untuk tidak melupakan umat-Nya

    • Tuhan melakukan penyelamatan (12-17)

    • “Ingatlah bagaimana musuh mengejek-Mu” (18)

Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Asaf.+ 74  Ya Tuhan, mengapakah Engkau meninggalkan kami buat selama-lamanya?+ Mengapakah kemurkaan-Mu meluap-luap terhadap kawanan bebiri di padang rumput-Mu?+   Ingatlah akan umat yang telah Engkau pilih sejak dahulu lagi.+Ingatlah akan suku yang telah Engkau tebus dan yang telah Engkau jadikan sebagai warisan-Mu.+ Ingatlah akan Gunung Sion, tempat kediaman-Mu.+   Halakanlah langkah-Mu ke arah tempat yang sudah lama binasa.+ Musuh telah memusnahkan segala yang ada di dalam tempat suci-Mu.+   Musuh-musuh-Mu bersorak-sorai di tempat perhimpunan-Mu.+ Mereka telah meletakkan panji-panji mereka di situ sebagai tanda.   Mereka seperti lelaki yang mengayunkan kapak untuk menebang pokok di hutan rimba.   Mereka merosakkan semua ukiran+ dengan kapak dan batang besi.   Mereka membakar tempat suci-Mu dengan api.+ Mereka menajiskan dan merobohkan tempat suci yang dibina untuk memuliakan nama-Mu.   Mereka dan keturunan mereka telah berkata dalam hati, “Semua tempat ibadat untuk menyembah Tuhan di tanah ini haruslah dibakar.”   Kami tidak nampak sebarang tanda;Tidak ada lagi nabi,Dan tiada sesiapa pun dalam kalangan kami yang tahu sampai bila hal ini akan berterusan. 10  Ya Tuhan, sampai bilakah musuh akan mengejek-Mu?+ Adakah musuh akan terus menghina nama-Mu buat selama-lamanya?+ 11  Mengapakah Engkau menahan tangan kanan-Mu daripada bertindak?+ Hulurkanlah tangan-Mu dan musnahkanlah mereka. 12  Ya Tuhan, Engkaulah Rajaku sejak dahulukala.Engkau telah melakukan penyelamatan di seluruh bumi.+ 13  Engkau telah mengocakkan air laut dengan kekuatan-Mu;+Engkau meremukkan kepala-kepala raksasa laut di dalam air. 14  Engkau menghancurkan kepala-kepala Lewiatan;*Engkau memberikan dagingnya sebagai makanan kepada orang yang tinggal di gurun. 15  Engkau membuka aliran mata air dan sungai-sungai;+Engkau mengeringkan sungai-sungai yang tidak pernah kering.+ 16  Siang milik-Mu, malam milik-Mu juga. Engkau telah menciptakan cahaya dan mentari.+ 17  Engkau menetapkan semua sempadan di bumi;+Engkau menciptakan musim panas dan musim sejuk.+ 18  Ya Yehuwa, ingatlah bagaimana musuh mengejek-Mu.Ingatlah bagaimana bangsa yang bodoh menghina nama-Mu.+ 19  Janganlah serahkan nyawa burung tekukur-Mu kepada binatang buas. Janganlah sekali-kali lupa akan nyawa umat-Mu yang ditindas. 20  Ingatlah akan perjanjian yang telah Engkau buat dengan kami,Kerana tempat-tempat gelap di bumi sudah menjadi sarang keganasan. 21  Semoga orang yang ditindas tidak beredar dengan tawar hati;+Semoga orang yang miskin dan hina memuji nama-Mu.+ 22  Ya Tuhan, bangkitlah dan pertahankanlah perkara-Mu. Ingatlah bagaimana orang yang bodoh mengejek-Mu sepanjang hari.+ 23  Janganlah lupakan kata-kata musuh-Mu. Teriakan orang yang menentang-Mu semakin kuat.*

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau “semakin tinggi.”