Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 73:1-28

RANGKA KANDUNGAN

  • Seorang lelaki mendapat kembali pandangan rohaninya

    • “Kakiku hampir menyimpang” (2)

    • “Sehari suntuk, aku berasa susah hati” (14)

    • ‘Apabila aku masuk ke dalam rumah Tuhan’ (17)

    • Orang jahat di jalan yang licin (18)

    • Sungguh baik untuk mendekati Tuhan (28)

Lagu yang digubah oleh Asaf.+ 73  Tuhan sungguh baik kepada Israel, kepada orang yang berhati murni.+   Tetapi kakiku hampir menyimpang daripada haluan yang benar;Aku hampir jatuh tergelincir.+   Aku cemburu dengan orang yang angkuh*Apabila aku nampak orang yang jahat hidup aman.+   Mereka tidak menderita kesakitan dan mati;Badan mereka kuat dan sihat.*+   Mereka tidak ditimpa masalah seperti orang lain.+Mereka juga tidak menderita seperti orang lain.+   Keangkuhan umpama kalung pada leher mereka,+Keganasan umpama pakaian pada tubuh mereka.   Mata mereka membonjol kerana mereka hidup makmur;*Pencapaian mereka melampaui apa yang diidamkan oleh hati mereka.   Mereka mencemuh orang dan menyebut tentang hal-hal yang jahat.+ Mereka sombong dan mengancam untuk menindas orang.+   Mereka bercakap seakan-akan mereka setinggi langit;Mereka berjalan-jalan di bumi dan lidah mereka bercakap sesuka hati. 10  Oleh itu, umat itu berpaling kepada mereka,Dan minum daripada air mereka yang melimpah. 11  Mereka berkata, “Bagaimanakah Tuhan tahu?+ Adakah Yang Maha Tinggi betul-betul mempunyai pengetahuan?” 12  Demikianlah keadaan orang jahat; mereka selalu hidup senang.+ Mereka asyik melipatgandakan kekayaan mereka.+ 13  Sia-sia sahaja aku menjaga hatiku supaya tetap murniDan mencuci tanganku sebagai tanda bahawa aku tidak bersalah.+ 14  Sehari suntuk, aku berasa susah hati;+Setiap pagi, aku ditegur.+ 15  Tetapi sekiranya aku berkata tentang hal-hal ini,Aku telah mengkhianati umat-Mu. 16  Apabila aku mencuba memahami hal ini,Aku berasa susah hati. 17  Tetapi apabila aku masuk ke dalam rumah suci Tuhan yang agung,Barulah aku memahami kesudahan mereka. 18  Sebenarnya Engkau meletakkan mereka di jalan yang licin.+ Engkau menyebabkan mereka jatuh dan binasa.+ 19  Betapa mengejutnya kesudahan mereka!+ Betapa dahsyatnya kesudahan mereka; mereka binasa dalam sekelip mata! 20  Ya Yehuwa, mereka seperti mimpi yang menghilang apabila seseorang terjaga,Ketika Engkau bangkit, Engkau akan menolak* mereka. 21  Tetapi hatiku pilu,+Dan hati sanubariku* sakit seperti ditusuk. 22  Aku tidak munasabah dan tidak dapat mengerti;Aku seperti binatang yang tidak berakal di hadapan-Mu. 23  Tetapi kini aku sentiasa di sisi-Mu;Engkau telah memegang tangan kananku.+ 24  Engkau membimbingku dengan nasihat-Mu,+Dan kemudian Engkau memimpin aku menuju kemuliaan.+ 25  Siapakah di syurga yang akan menolong aku? Aku tidak menginginkan apa-apa pun di bumi selain Engkau.+ 26  Badanku dan hatiku telah menjadi lemah,Tetapi Tuhan menguatkan hatiku; Dia ialah gunung batuku dan warisanku buat selama-lamanya.+ 27  Sesiapa yang menjauhi-Mu pasti akan dilenyapkan. Engkau akan melenyapkan sesiapa sahaja yang meninggalkan-Mu dan tidak setia kepada-Mu.*+ 28  Tetapi bagiku, aku berasa bahawa sungguh baik untuk mendekati Tuhan.+ Aku telah menjadikan Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, sebagai tempat perlindunganku,Dan aku akan mengisytiharkan semua perbuatan-Nya.+

Nota Kaki

Atau “yang bercakap besar.”
Atau “Perut mereka buncit.”
Harfiah, “gemuk.”
Harfiah, “membenci.”
Harfiah, “ginjalku.”
Atau “yang berlaku curang terhadap-Mu.”