Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 58:1-11

RANGKA KANDUNGAN

  • Tuhan ialah hakim di dunia ini

    • Doa agar orang jahat dihukum (6-8)

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Jangan Binasakan.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud. 58  Hai kamu sekalian, jika kamu berdiam diri, dapatkah kamu mengucapkan apa yang benar?+ Adakah kamu mengadili dengan jujur?+   Tidak! Kamu hanya merancang kejahatan dalam hati kamu,+Dan kamu melakukan keganasan di seluruh negeri kamu.+   Sejak lahir, orang jahat sesat dan suka menipu;Mereka telah menyimpang daripada haluan yang benar.   Kata-kata mereka seperti racun ular berbisa;+Mereka pekak seperti ular tedung yang menutup telinganya,   Yang enggan mendengar suara pawang,Walaupun dia mahir membaca mantera.   Ya Tuhan, patahkanlah gigi singa-singa itu! Ya Yehuwa, hancurkanlah rahang semua singa itu!   Biarlah orang jahat lenyap seperti air yang mengalir pergi. Biarlah Tuhan melengkungkan busur-Nya dan menjatuhkan mereka dengan anak panah-Nya.   Biarlah mereka menjadi seperti siput yang sedang mengering,Dan seperti bayi yang dilahirkan mati sebelum melihat cahaya.   Sebelum belukar yang dibakar sempat memanaskan periuk,Tuhan akan menjadi seperti angin ribut yang memusnahkan semua dahan belukar itu, baik yang hijau mahupun yang sudah dibakar.+ 10  Apabila Tuhan membalas kejahatan orang keji,+Orang baik akan bersukacita, dan kaki mereka akan dibasahi dengan darah orang jahat.+ 11  Maka orang akan berkata, “Sesungguhnya, Tuhan ialah hakim di dunia ini,+ Dan orang yang baik pasti akan mendapat ganjaran.”+

Nota Kaki

Lihat Kamus.