Mazmur 54:1-7

  • Doa meminta tolong semasa diancam musuh

    • “Yehuwa ialah penolongku” (4)

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Maskil.* Mazmur ini digubah oleh Daud apabila penduduk Zif pergi kepada Saul dan berkata, “Daud sedang bersembunyi di negeri kami.”+ 54  Ya Tuhan, selamatkanlah aku dengan nama-Mu,+Dan belalah perkaraku+ dengan kuasa-Mu.   Ya Tuhan, dengarlah doaku;+Berikanlah perhatian kepada seruanku,   Kerana orang yang tidak aku kenali menentang aku,Dan orang yang zalim mencuba meragut nyawaku.+ Mereka langsung tidak mempedulikan Engkau.+ (Selah)   Lihatlah! Yehuwa ialah penolongku;+Dia menyertai orang yang menyokong aku.   Dia akan membalas musuhku+ setimpal dengan kejahatan mereka;Dia akan melenyapkan mereka kerana Dia Tuhan yang setia.+   Ya Yehuwa, aku akan memuji nama-Mu yang baik,*+ Dan aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu+ dengan rela hati,   Kerana Engkau menyelamatkan aku daripada segala kesusahan,+Dan kerana Engkau membiarkan aku melihat kejatuhan musuh-musuhku.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “memuji nama-Mu, kerana hal itu baik.”