Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 21:1-13

RANGKA KANDUNGAN

  • Berkat bagi raja yang yakin kepada Yehuwa

    • Raja menerima umur panjang (4)

    • Musuh Tuhan akan dikalahkan (8-12)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. 21  Ya Yehuwa, raja bersukacita kerana kekuatan-Mu;+Raja sangat bergembira kerana penyelamatan daripada-Mu!+   Engkau telah menunaikan keinginan hatinya,+Dan Engkau tidak teragak-agak untuk mengabulkan permintaannya. (Selah)   Engkau telah datang kepadanya untuk memberkatinya dengan berlimpah-limpah;Engkau telah mengenakan mahkota emas tulen pada kepalanya.+   Dia meminta umur panjang daripada-Mu, dan Engkau mengabulkan permintaannya.+Ya, Engkau memberinya kehidupan yang kekal untuk selama-lamanya.   Kemuliaannya begitu besar kerana Engkau telah menyelamatkannya.+ Engkau telah mengurniainya kegemilangan dan kemegahan.   Engkau membuatnya bersukacita kerana Engkau selalu menyertainya;+Engkau akan memberkatinya untuk selama-lamanya.+   Ya Yehuwa, raja yakin kepada-Mu;+Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, raja tidak sekali-kali goyah kerana kasih setia-Mu.+   Tangan-Mu akan menangkap semua musuh-Mu;Tangan kanan-Mu akan mencengkam semua orang yang membenci-Mu.   Ya Yehuwa, pada waktu yang ditentukan, Engkau akan melemparkan mereka ke dalam relau. Engkau akan datang untuk memusnahkan mereka dalam kemurkaan-Mu, dan api akan menghanguskan mereka semua.+ 10  Engkau akan melenyapkan keturunan mereka dari muka bumiDan menghapuskan anak-anak mereka daripada kalangan umat manusia. 11  Mereka mencuba melakukan kejahatan terhadap-Mu.+Tetapi rancangan jahat mereka tidak akan berjaya.+ 12  Engkau akan membuat mereka berundur+Dengan menghalakan panah-Mu* ke arah mereka. 13  Ya Yehuwa, bangkitlah dan tunjukkanlah kekuatan-Mu. Kami akan bernyanyi untuk memuji keperkasaan-Mu.

Nota Kaki

Atau “busur-Mu.”