Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 19:1-14

RANGKA KANDUNGAN

  • Ciptaan dan hukum Tuhan memberikan kesaksian

    • “Langit mengisytiharkan kemuliaan Tuhan!” (1)

    • Hukum Tuhan sempurna dan menyegarkan jiwa (7)

    • “Dosa-dosaku yang tidak disengajakan” (12)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. 19  Langit mengisytiharkan kemuliaan Tuhan!+Cakerawala menyatakan perbuatan tangan-Nya!+   Hari demi hari, langit memberikan kesaksian;Malam demi malam, cakerawala menyingkapkan pengetahuan tentang Tuhan.   Ucapan dan perkataan tidak digunakan;Suara juga tidak kedengaran.   Tetapi berita itu telah* sampai ke hujung bumi,Dan perkhabaran itu telah mencapai seluruh dunia.+ Tuhan mendirikan khemah di langit untuk sang suria,   Yang bagaikan pengantin lelaki yang keluar dari bilik pengantin;Yang bagaikan seorang lelaki perkasa yang suka berlumba.   Sang suria muncul dari satu hujung langitDan bergerak mengikut peredarannya ke hujung langit yang lain.+Tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada panas teriknya.   Hukum Yehuwa itu sempurna+ dan menyegarkan jiwa;+ Peringatan Yehuwa itu dapat dipercayai+ dan membantu orang* menjadi bijak.+   Peraturan Yehuwa itu adil dan menggembirakan hati;+Perintah Yehuwa itu murni dan memberikan pengertian.+   Rasa takut akan Yehuwa itu baik+ dan berlanjutan selama-lamanya. Penghakiman Yehuwa itu benar dan sungguh saksama.+ 10  Penghakiman-Nya lebih bernilai daripada emas.Ya, penghakiman-Nya lebih berharga daripada emas tulen,+Dan lebih manis daripada madu asli.+ 11  Penghakiman-Nya merupakan amaran bagi hamba-Nya.+Orang yang menurut penghakiman-Nya akan diberkati dengan berlimpah-limpah.+ 12  Siapakah yang sedar akan kesalahannya sendiri?+ Ya Tuhan, ampunilah aku atas dosa-dosaku yang tidak disengajakan. 13  Bantulah hamba-Mu supaya tidak bertindak dengan angkuh.*+Janganlah biarkan sikap itu menguasai aku.+ Dengan itu, aku akan menjadi tidak bercela+Dan bebas daripada melakukan dosa yang besar.* 14  Ya Yehuwa, Gunung Batuku+ dan Penebusku,+Semoga renungan hatiku dan kata-kataku menyenangkan hati-Mu!+

Nota Kaki

Atau mungkin, “Tetapi tali pengukur direntangkan.”
Atau “orang yang tidak berpengalaman.”
Perkataan Ibrani asal juga menggambarkan seseorang yang bertindak sesuka hati sehingga melampaui batasnya.
Atau “banyak.”