Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 17:1-15

RANGKA KANDUNGAN

  • Doa memohon perlindungan

    • “Engkau memeriksa hatiku” (3)

    • “Di bawah naungan sayap-Mu” (8)

Doa Daud. 17  Ya Yehuwa, dengarkanlah rayuanku meminta keadilan;Perhatikanlah seruanku meminta tolong;Dengarkanlah doaku yang diucapkan dengan ikhlas.+   Semoga mata-Mu memerhatikan apa yang benar;+Semoga Engkau mengadili perkaraku dengan saksama.   Engkau memperhatikan aku pada waktu malam,+Engkau memeriksa hatiku, dan Engkau memurnikan aku;+Engkau tidak akan mendapati niat jahat pada diriku,Dan Engkau tidak akan mendapati ucapan jahat pada mulutku.   Selaras dengan firman-Mu, aku menghindari haluan orang yang melakukan keganasan;Aku tidak dipengaruhi oleh apa yang dilakukan orang lain.+   Semoga aku terus berjalan mengikut haluan-MuAgar kakiku tidak tersandung.+   Dengarlah* doaku dengan teliti dan perhatikanlah kata-kataku.+ Aku berseru kepada-Mu, ya Tuhan, kerana Engkau pasti akan mendengarkan seruanku.+   Tunjukkanlah kasih setia-Mu; lakukanlah perkara-perkara yang hebat;+Engkaulah Penyelamat orang yang berlindung di bawah tangan-Mu yang perkasa;Bebaskanlah mereka daripada orang yang memberontak terhadap-Mu.   Peliharalah aku seperti biji mata-Mu sendiri;+Lindungilah aku di bawah naungan sayap-Mu,+   Kerana orang jahat menyerang aku,Dan kerana musuh-musuhku mengepung aku.+ 10  Mereka tidak berhati perut;Mereka angkuh dan suka bercakap besar. 11  Mereka mengasak aku dari segala arah;+Mereka menunggu peluang untuk menjatuhkan aku. 12  Musuhku bagaikan singa yang ingin mencabik-cabik mangsanya,Dan seperti singa muda yang bersembunyi menantikan mangsanya. 13  Ya Yehuwa, bangkitlah untuk menentang+ dan mengalahkan musuhku;Dengan pedang-Mu, selamatkanlah aku daripada orang jahat; 14  Ya Yehuwa, dengan tangan-Mu yang kuat, selamatkanlah aku daripada orang zaman ini.Engkau mengurniai mereka segala yang baik,+Dan mereka mempunyai banyak harta untuk diwariskan kepada anak-anak mereka.Walaupun begitu, mereka hanya bertumpu kepada kehidupan sekarang yang bersifat duniawi.+ 15  Tetapi aku akan menikmati perkenan-Mu, kerana aku melakukan apa yang benar.Setiap kali aku bangun, aku berasa puas hati kerana berada di hadirat-Mu.+

Nota Kaki

Atau “Bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”