Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 149:1-9

RANGKA KANDUNGAN

  • Lagu untuk memuji Tuhan atas kemenangan-Nya

    • Tuhan berkenan kepada umat-Nya (4)

    • Umat Tuhan yang setia akan dimuliakan (9)

149  Pujilah Yah!* Nyanyikanlah lagu baharu kepada Yehuwa;+Pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia.+   Hendaklah orang Israel bersukacita kerana Pencipta Agung mereka;+Hendaklah penduduk Sion bergembira kerana Raja mereka.   Hendaklah mereka menari sambil memuji nama-Nya;+Hendaklah mereka menyanyikan pujian kepada-Nya* dengan iringan tamborin dan kecapi.+   Yehuwa berkenan kepada umat-Nya.+ Dia menyelamatkan orang yang rendah hati supaya mereka dimuliakan.+   Hendaklah umat Tuhan yang setia bersukacita kerana kemuliaan yang dikurniakan kepada mereka;Hendaklah mereka berseru dengan gembira di tempat tidur mereka.+   Hendaklah mereka menyanyikan lagu untuk memuji Tuhan;Hendaklah mereka memegang pedang bermata dua,   Untuk melaksanakan pembalasan terhadap bangsa-bangsaDan membawa hukuman terhadap suku-suku bangsa,   Untuk membelenggu raja-raja merekaDan mengikat para bangsawan mereka dengan rantai besi,   Dan untuk melaksanakan hukuman terhadap mereka semua, seperti yang tertulis.+ Demikianlah kemuliaan yang diberikan kepada semua umat-Nya yang setia. Pujilah Yah!*

Nota Kaki

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “bermain muzik untuk-Nya.”
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.