Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 142:1-7

RANGKA KANDUNGAN

  • Doa agar diselamatkan daripada penganiaya

    • “Aku tidak dapat melarikan diri ke mana-mana” (4)

    • “Engkau sahajalah harapanku” (5)

Maskil.* Doa Daud semasa dia berada di dalam gua.+ 142  Aku berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong;+Aku merayu kepada Yehuwa agar Dia berbelas kasihan terhadapku.   Aku menyatakan kekhuatiranku kepada-Nya;Aku meluahkan kesusahanku kepada-Nya.+   Ya Tuhan, apabila aku patah semangat, Engkau memperhatikan haluan yang aku tempuh.+ Di jalan yang aku lalui,Musuh memasang perangkap untukku.   Lihatlah di sebelah kananku,Tiada sesiapa pun yang mempedulikan aku.+ Aku tidak dapat melarikan diri ke mana-mana;+Tiada seorang pun yang mengambil berat tentangku.   Ya Yehuwa, aku berseru kepada-Mu untuk meminta tolong. Aku berkata, “Engkaulah pelindungku;+Engkau sahajalah harapanku di dunia ini.”   Dengarkanlah seruanku untuk meminta tolong,Kerana keadaanku amat terdesak. Selamatkanlah aku daripada orang yang menganiaya aku,+Kerana mereka lebih kuat daripadaku.   Bebaskanlah aku dari penjaraAgar aku dapat memuji nama-Mu. Semoga orang yang baik berkumpul di sekelilingkuKerana melihat kebaikan-Mu terhadapku.

Nota Kaki

Lihat Kamus.