Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mazmur 106:1-48

RANGKA KANDUNGAN

  • Orang Israel tidak bersyukur

    • Mereka lupa akan perbuatan Tuhan dengan cepat sekali (13)

    • Kemuliaan Tuhan digantikan dengan patung lembu jantan (19, 20)

    • Mereka tidak percaya kepada janji Tuhan (24)

    • Mereka ikut menyembah Baal (28)

    • Anak-anak dikorbankan kepada roh-roh jahat (37)

106  Pujilah Yah!* Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik.+Kasih setia-Nya kekal abadi.+   Siapakah yang dapat menceritakan semua perbuatan besar Yehuwa?Siapakah yang dapat memuji semua perbuatan-Nya?+   Berbahagialah orang yang berlaku adil,Yang sentiasa melakukan apa yang benar.+   Ya Yehuwa, ingatlah akan aku apabila Engkau menunjukkan perkenan kepada umat-Mu.+ Jagalah aku dan selamatkanlah aku,   Supaya aku dapat merasai kebaikan yang Engkau tunjukkan kepada umat pilihan-Mu,+Supaya aku dapat bergembira bersama bangsa pilihan-Mu,Dan supaya aku dapat memuji-Mu bersama warisan-Mu dengan bangga.   Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami.+Ya, kami sudah melakukan apa yang salah dan apa yang jahat.+   Nenek moyang kami tidak menghargai* perbuatan-Mu yang menakjubkan di Mesir. Mereka lupa akan kasih setia-Mu yang melimpah,Dan mereka memberontak di tepi Laut Merah.+   Tetapi Tuhan menyelamatkan mereka demi nama-Nya,+Supaya keperkasaan-Nya diketahui orang.+   Dia menegur Laut Merah, dan laut itu pun kering;Dia memimpin mereka menyeberangi dasar laut itu, seperti menyeberangi padang gurun.+ 10  Dia menyelamatkan mereka daripada tangan musuh,+Dan membebaskan mereka daripada cengkaman lawan.+ 11  Air menenggelami musuh merekaSehingga tiada seorang pun yang terselamat.+ 12  Kemudian mereka beriman terhadap janji-Nya,+Dan mula menyanyikan lagu pujian kepada-Nya.+ 13  Tetapi dengan segera, mereka lupa akan perbuatan-Nya.+Mereka tidak menunggu bimbingan-Nya. 14  Di padang belantara, mereka begitu mementingkan diri dan hanya mahu mengikut keinginan hati mereka.+Mereka mencubai Tuhan di padang gurun.+ 15  Dia memenuhi permintaan mereka,Tetapi kemudiannya Dia mendatangkan penyakit yang membuat mereka menjadi lemah lalu mati.+ 16  Di perkhemahan mereka, mereka cemburu terhadap Musa,Dan terhadap Harun,+ iaitu hamba Yehuwa yang suci.+ 17  Bumi terbuka dan menelan Datan,Dan menimbus semua orang yang berkumpul bersama Abiram.+ 18  Api turun dan membakar orang lain yang mengikuti mereka;Semua orang yang jahat habis dijilat api.+ 19  Mereka membuat patung anak lembu di Horeb,Dan menyembah patung berhala yang diperbuat daripada logam.+ 20  Mereka menggantikan kemuliaan-KuDengan patung lembu jantan yang makan rumput.+ 21  Mereka lupa akan Tuhan,+ Penyelamat mereka,Yang telah melakukan perbuatan yang luar biasa di Mesir,+ 22  Perbuatan yang menakjubkan di tanah Ham,+Dan perbuatan yang hebat di Laut Merah.+ 23  Dia hampir memberikan perintah supaya mereka dilenyapkan,Tetapi Musa, hamba pilihan-Nya, merayu kepada-NyaSupaya Dia tidak murka dan memusnahkan mereka.+ 24  Kemudian mereka membenci negeri yang indah itu.+Mereka tidak percaya kepada janji-Nya.+ 25  Mereka asyik merungut di dalam khemah masing-masing,+Dan enggan mendengarkan suara Yehuwa.+ 26  Oleh itu, Dia mengangkat tangan-Nya dan bersumpahBahawa Dia akan membinasakan mereka di padang belantara.+ 27  Dia akan membuat keturunan mereka mati dalam kalangan bangsa-bangsa lain,Dan mencerai-beraikan mereka ke merata tempat.+ 28  Kemudian mereka ikut menyembah Baal di Peor,+Dan memakan korban yang dipersembahkan kepada orang mati.* 29  Perbuatan mereka membuat Dia murka,+Lalu mereka diserang wabak penyakit.+ 30  Tetapi Pinehas bangkit dan bertindak,Lalu wabak itu pun berhenti.+ 31  Perbuatannya itu mendapat perkenan Tuhan,Dari generasi ke generasi dan untuk selama-lamanya.+ 32  Mereka membuat Tuhan marah di Sumber Air Meriba,*Dan Musa ditimpa kesusahan kerana perbuatan mereka itu.+ 33  Mereka membuat Musa begitu marah,Sehingga dia bercakap tanpa berfikir.+ 34  Mereka tidak melenyapkan bangsa-bangsa lain,+Seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa.+ 35  Sebaliknya mereka bergaul dengan bangsa-bangsa itu+Dan meniru* perbuatan mereka.+ 36  Mereka asyik menyembah patung-patung berhala bangsa-bangsa itu;+Hal itu menjadi jerat bagi mereka.+ 37  Mereka mempersembahkan anak-anak lelakiDan anak-anak perempuan mereka kepada roh-roh jahat.+ 38  Tanpa henti, mereka menumpahkan darah orang yang tidak berdosa,+Iaitu darah anak-anak mereka sendiri.Mereka mempersembahkan anak mereka kepada berhala-berhala di tanah Kanaan,+Dan tanah itu menjadi najis kerana darah yang ditumpahkan. 39  Mereka menjadi najis kerana perbuatan mereka.Ya, mereka tidak setia kepada Tuhan.*+ 40  Maka Yehuwa menjadi murka terhadap umat-Nya;Dia mula membenci warisan-Nya. 41  Berkali-kali, Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa-bangsa,+Supaya mereka dijajah oleh orang yang membenci mereka.+ 42  Mereka ditindas oleh musuh-musuh mereka,Dan terpaksa tunduk kepada mereka. 43  Berulang kali, Tuhan menyelamatkan mereka,+Tetapi mereka masih memberontak dan mengingkari-Nya.+Oleh itu, mereka dihina kerana kesalahan mereka itu.+ 44  Namun Dia nampak mereka menderita,+Dan mendengar seruan mereka untuk meminta tolong.+ 45  Demi mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya.Kerana kasih setia-Nya yang melimpah, Dia berasa kasihan terhadap mereka.+ 46  Dia akan menyebabkan semua orang yang menawan merekaBerasa kasihan terhadap mereka.+ 47  Selamatkanlah kami, ya Yehuwa, Tuhan kami.+Kumpulkanlah kami daripada bangsa-bangsa lain,+Supaya kami dapat memuji nama-Mu yang suci,Dan dapat memberikan pujian kepada-Mu dengan girang hati.+ 48  Semoga Yehuwa, Tuhan orang Israel,Dipuji buat selama-lamanya.+ Semua orang pun berkata, “Amin!”* Pujilah Yah!*

Nota Kaki

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “memahami.”
Iaitu, korban-korban yang dipersembahkan kepada orang mati atau tuhan-tuhan yang tidak bernyawa.
Maksudnya “Bertengkar; Menentang.”
Atau “mempelajari.”
Atau “mereka melakukan pelacuran rohani.”
Atau “Semoga begitu!”
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.