Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius 6:1-34

RANGKA KANDUNGAN

  • CERAMAH DI ATAS GUNUNG (1-34)

    • Tidak berbuat baik untuk dilihat (1-4)

    • Cara berdoa (5-15)

      • Doa contoh (9-13)

    • Puasa (16-18)

    • Harta di bumi dan di syurga (19-24)

    • Jangan khuatir lagi (25-34)

      • Sentiasa utamakan Kerajaan Tuhan (33)

6  “Ingatlah, jika kamu berbuat baik di hadapan orang sekadar untuk dilihat,+ kamu tidak akan menerima ganjaran daripada Bapa kamu yang di syurga.  Maka, semasa kamu membuat kebajikan, janganlah kamu meniup trompet untuk menarik perhatian, seperti yang dilakukan oleh orang yang bermuka dua di rumah ibadat dan di jalan. Mereka berbuat demikian supaya dipuji orang. Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mereka sudah mendapat semua ganjaran mereka.  Sebaliknya, semasa kamu membuat kebajikan, jangan biarkan tangan kirimu mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kananmu,  supaya apa yang kamu lakukan tidak diketahui orang. Dengan demikian, Bapamu yang melihat dari tempat rahsia-Nya akan memberkati kamu.+  “Semasa kamu berdoa, janganlah menjadi seperti orang yang bermuka dua+ yang suka berdoa sambil berdiri di rumah ibadat dan di simpang jalan utama agar dilihat orang.+ Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mereka sudah mendapat semua ganjaran mereka.  Sebaliknya, semasa kamu berdoa, masuklah ke dalam bilik sendiri dan tutuplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapamu yang berada di tempat rahsia-Nya.+ Dengan itu, Bapamu yang melihat dari tempat rahsia-Nya akan memberkati kamu.  Semasa kamu berdoa, jangan asyik mengulangi kata-kata yang sama seperti yang dilakukan oleh orang daripada bangsa-bangsa lain. Mereka menyangka Tuhan akan mendengar doa mereka kerana doa mereka panjang.  Jangan menjadi seperti mereka, kerana Tuhan, Bapa kamu, sudah tahu apa yang kamu perlukan+ bahkan sebelum kamu meminta daripada-Nya.  “Oleh itu, beginilah caranya kamu harus berdoa:+ “‘Bapa kami yang di syurga, semoga nama-Mu+ disucikan.+ 10  Datanglah Kerajaan-Mu.+ Semoga kehendak-Mu+ terlaksana di bumi seperti di syurga.+ 11  Berilah kami makanan* yang kami perlukan untuk hari ini.+ 12  Ampunkanlah dosa* kami sebagaimana kami mengampuni orang yang berdosa* terhadap kami.+ 13  Janganlah biarkan kami terjerat oleh godaan,+ tetapi selamatkanlah kami daripada Si Jahat.’*+ 14  “Jika kamu mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampuni kamu;+ 15  tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu juga tidak akan mengampunkan kesalahan kamu.+ 16  “Semasa kamu berpuasa,+ jangan lagi menunjukkan wajah yang sedih seperti orang yang bermuka dua. Mereka mengabaikan penampilan diri supaya orang lain tahu mereka sedang berpuasa.+ Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mereka sudah mendapat semua ganjaran mereka. 17  Sebaliknya, semasa kamu berpuasa, sapulah minyak pada kepalamu dan basuhlah mukamu. 18  Dengan ini, kamu berpuasa bukan untuk dilihat orang, tetapi untuk dilihat Bapamu yang berada di tempat rahsia-Nya. Maka Bapamu yang melihat dari tempat rahsia-Nya akan memberkati kamu. 19  “Jangan lagi mengumpulkan harta di bumi,+ kerana di bumi terdapat gegat dan karat yang akan merosakkannya, dan terdapat pencuri yang datang untuk mencurinya. 20  Sebaliknya, kumpulkanlah harta di syurga+ kerana di situ tiada gegat atau karat yang akan merosakkannya,+ dan tiada pencuri yang datang untuk mencurinya. 21  Hal ini demikian kerana di mana harta kamu, di situ juga hati kamu. 22  “Mata ialah pelita tubuh.+ Jadi, jika matamu tertumpu kepada satu perkara sahaja, seluruh tubuhmu akan menjadi terang. 23  Tetapi jika matamu jahat,*+ seluruh tubuhmu akan menjadi gelap. Jika cahaya dalam dirimu itu sebenarnya ialah kegelapan, alangkah pekatnya kegelapan itu! 24  “Tiada seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan; dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang seorang lagi,+ atau dia akan setia kepada yang seorang tetapi menghina yang seorang lagi. Kamu tidak dapat menjadi hamba Tuhan dan hamba Kekayaan pada masa yang sama.+ 25  “Oleh itu, aku berkata kepada kamu: Jangan khuatir+ lagi tentang hidupmu, iaitu tentang apa yang akan kamu makan dan minum. Jangan khuatir lagi tentang tubuhmu, iaitu tentang apa yang akan kamu pakai.+ Bukankah nyawa lebih berharga daripada makanan dan tubuh lebih berharga daripada pakaian?+ 26  Perhatikanlah burung di langit+ yang tidak menyemai benih, menuai, atau mengumpulkan hasil ke dalam jelapang. Namun Bapa kamu yang di syurga masih memberi burung makanan. Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung-burung? 27  Siapakah antara kamu yang dapat memanjangkan hayat walaupun sedikit* dengan berasa khuatir?+ 28  Mengapakah kamu khuatir tentang pakaian? Perhatikanlah dengan cermat bagaimana bunga-bunga tumbuh di padang. Bunga-bunga itu tidak bekerja atau menenun pakaian. 29  Tetapi aku berkata kepada kamu bahawa Raja Salomo+ dengan segala kemuliaannya pun tidak berpakaian seindah salah satu daripada bunga-bunga itu. 30  Mengapakah iman kamu begitu lemah? Jika tumbuh-tumbuhan di padang yang ada hari ini lalu esoknya dibuang ke dalam api pun diberi pakaian yang indah oleh Tuhan, apatah lagi dengan kamu! Sudah pasti Dia akan memberi kamu pakaian yang diperlukan. 31  Jadi janganlah khuatir+ dan berkata, ‘Apa yang akan kami makan?’ atau, ‘Apa yang akan kami minum?’ atau, ‘Apa yang akan kami pakai?’+ 32  Semua perkara ini asyik dikejar oleh bangsa-bangsa lain. Bapa kamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua perkara ini. 33  “Maka, hendaklah kamu sentiasa mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya, dan semua perkara itu akan diberikan kepada kamu.+ 34  Oleh itu, janganlah khuatir tentang hari esok,+ kerana hari esok mempunyai kekhuatirannya sendiri. Cukuplah masalah untuk hari ini.

Nota Kaki

Harfiah, “roti.”
Harfiah, “hutang.”
Harfiah, “berhutang.”
Iaitu, Syaitan.
Atau “iri hati.”
Harfiah, “1 hasta.” Lihat Lampiran B14.