Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius 5:1-48

  • CERAMAH DI ATAS GUNUNG (1-48)

    • Yesus mula mengajar (1, 2)

    • Sembilan kebahagiaan (3-12)

    • Garam dan cahaya (13-16)

    • Yesus datang agar semua ajaran dalam Hukum berlaku (17-20)

    • Nasihat tentang kemarahan (21-26), perzinaan (27-30), perceraian (31, 32), sumpah (33-37), membalas dendam (38-42), mengasihi musuh (43-48)

5  Ketika melihat orang ramai itu, dia naik ke atas gunung lalu duduk. Kemudian murid-muridnya datang kepadanya,  dan dia mula mengajar mereka. Dia berkata,  “Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka,+ kerana Kerajaan di syurga milik mereka.  “Berbahagialah orang yang berdukacita, kerana hati mereka akan dilegakan.+  “Berbahagialah orang yang lemah lembut,*+ kerana mereka akan mewarisi bumi.+  “Berbahagialah orang yang lapar dan haus+ akan keadilan,* kerana mereka akan dipuaskan.+  “Berbahagialah orang yang berbelas kasihan,+ kerana mereka akan mendapat belas kasihan.  “Berbahagialah orang yang berhati murni,+ kerana mereka akan melihat Tuhan.  “Berbahagialah orang yang berusaha mewujudkan kedamaian,*+ kerana mereka akan disebut anak-anak* Tuhan. 10  “Berbahagialah orang yang dianiaya kerana melakukan apa yang benar,+ kerana Kerajaan di syurga milik mereka. 11  “Berbahagialah kamu apabila orang menghina,+ menganiaya,+ dan mengatakan segala macam perkara yang keji untuk memfitnah kamu kerana kamu pengikutku.+ 12  Hendaklah kamu bergembira dan melimpah dengan sukacita,+ kerana ganjaran+ kamu besar di syurga. Ingatlah bahawa nabi-nabi sebelum kamu juga dianiaya dalam cara yang sama.+ 13  “Kamu ialah garam+ dunia. Jika garam hilang rasa masinnya, dapatkah garam itu menjadi masin semula? Garam seperti itu tidak berguna untuk apa-apa pun, selain dibuang ke luar+ untuk dipijak-pijak orang. 14  “Kamu ialah cahaya dunia.+ Sebuah kota yang terletak di atas gunung tidak dapat disembunyikan. 15  Orang yang menyalakan pelita tidak akan meletakkan pelita di bawah bakul,* tetapi di atas kaki pelita supaya menerangi semua orang di dalam rumah.+ 16  Demikian juga, biarlah cahaya kamu bersinar di hadapan orang lain+ supaya mereka melihat perbuatan baik+ kamu dan memuji Bapa kamu yang di syurga.+ 17  “Jangan berfikir bahawa aku datang untuk menghapuskan Hukum atau Ajaran Para Nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya tetapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.+ 18  Dengan sungguh-sungguh aku berkata kepada kamu: Biarpun langit dan bumi lenyap, satu titik atau huruf yang terkecil pun dalam Hukum tidak akan lenyap sehingga semua yang tertulis berlaku.+ 19  Maka, jika sesiapa melanggar salah satu perintah yang paling kecil dan mengajar orang lain berbuat demikian, dia tidak layak memasuki* Kerajaan di syurga. Tetapi sesiapa yang mentaati perintah itu dan mengajarkannya kepada orang lain, dia layak memasuki* Kerajaan di syurga. 20  Oleh itu, aku berkata kepada kamu: Jika kelakuan kamu tidak lebih baik daripada kelakuan jurutulis hukum dan orang Farisi,+ kamu pasti tidak akan memasuki Kerajaan di syurga.+ 21  “Kamu sudah mendengar apa yang dikatakan kepada orang dahulukala: ‘Jangan membunuh,+ kerana sesiapa yang membunuh akan diadili di mahkamah.’+ 22  Namun aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang terus marah+ terhadap saudaranya akan diadili di mahkamah. Sesiapa yang memaki hamun saudaranya akan dihadapkan ke Mahkamah Agung,* manakala sesiapa yang berkata, ‘Kau orang bodoh yang tidak berguna!’ akan dibuang dalam api Gehena.*+ 23  “Oleh itu, semasa kamu membawa pemberianmu ke mazbah,+ dan kamu teringat bahawa saudaramu tidak senang hati terhadapmu, 24  tinggalkanlah pemberianmu itu di hadapan mazbah. Pergilah dan berdamailah dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah kamu kembali untuk mempersembahkan pemberianmu.+ 25  “Jika seseorang hendak mendakwa kamu, cepatlah menyelesaikan masalah kamu berdua semasa dalam perjalanan ke mahkamah, supaya dia tidak menyerahkan kamu kepada hakim, lalu hakim menyerahkan kamu kepada pengawal untuk dipenjarakan.+ 26  Ketahuilah, kamu akan terus meringkuk di dalam penjara selagi kamu tidak membayar hutang kamu sampai duit syiling kecil yang terakhir.* 27  “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Jangan berzina.’+ 28  Tetapi aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang terus memandang seorang wanita+ dengan perasaan berahi sudah berzina dengannya dalam hati.+ 29  Jika mata kanan kamu membuat kamu tersandung, cungkillah dan buanglah mata itu.+ Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh kamu daripada seluruh tubuh kamu dibuang dalam Gehena.*+ 30  Jika tangan kanan kamu membuat kamu tersandung, potonglah dan buanglah tangan itu.+ Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh kamu daripada seluruh tubuh kamu dilemparkan dalam Gehena.*+ 31  “Lagipun, ada ajaran yang berbunyi: ‘Sesiapa yang menceraikan isterinya harus memberinya surat cerai.’+ 32  Namun, aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya padahal isterinya tidak melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* dia mungkin menyebabkan isterinya berzina jika isterinya berkahwin lagi. Sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu juga berzina.+ 33  “Kamu juga sudah mendengar apa yang dikatakan kepada orang dahulukala: ‘Jangan berjanji* tanpa melakukannya.+ Lakukanlah apa yang telah kamu ikrarkan kepada Yehuwa.’*+ 34  Tetapi sekarang aku berkata kepada kamu: Jangan sekali-kali bersumpah+ sama ada demi syurga, kerana syurga ialah takhta Tuhan, 35  atau demi bumi, kerana bumi ialah alas kaki-Nya,+ atau demi Yerusalem, kerana kota itu ialah kota Raja yang agung.+ 36  Jangan bersumpah demi kepalamu, kerana kamu tidak dapat mengubah sehelai rambut pun menjadi hitam atau putih. 37  Katakan ‘Ya’ semasa kamu bermaksud ya, dan katakan ‘Tidak’ semasa kamu bermaksud tidak,+ kerana kata-kata yang selebihnya berasal daripada Si Jahat.+ 38  “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Mata ganti mata dan gigi ganti gigi.’+ 39  Namun aku memberitahu kamu: Jangan melawan orang yang jahat. Jika seseorang menampar pipi kananmu, biarlah dia menampar pipi kirimu juga.+ 40  Jika seseorang ingin mendakwa kamu di mahkamah untuk menuntut jubah dalam kamu, biarlah dia mengambil jubah luar kamu juga.+ 41  Jika seorang penguasa mewajibkan kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer,* angkatlah barangnya sejauh dua kilometer. 42  Jika orang meminta sesuatu daripada kamu, berikanlah kepadanya. Janganlah menolak permintaan seseorang yang ingin meminjam* daripadamu.+ 43  “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain+ dan membenci musuhmu.’ 44  Namun aku berkata kepada kamu: Teruslah mengasihi musuhmu+ dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.+ 45  Dengan demikian kamu dapat menjadi anak-anak* Bapa kamu yang di syurga,+ kerana Dia membuat matahari terbit untuk orang jahat dan orang baik, dan membuat hujan turun untuk orang baik dan orang jahat.+ 46  Jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah ganjaran kamu?+ Bukankah pemungut cukai juga berbuat demikian? 47  Dan jika kamu bertegur sapa dengan saudara kamu sahaja, apakah perkara luar biasa yang kamu lakukan? Bukankah orang daripada bangsa-bangsa lain juga berbuat demikian? 48  Oleh itu, kamu harus sempurna* sebagaimana Bapa kamu yang di syurga sempurna.+

Nota Kaki

Atau “rendah hati.”
Atau “haus untuk melakukan kehendak Tuhan dan mematuhi perintah-Nya.”
Atau “yang suka berdamai.”
Harfiah, “anak-anak lelaki.”
Atau “bakul penyukat.”
Harfiah, “dia akan dipanggil yang terkecil dalam.”
Harfiah, “dia akan dipanggil yang besar dalam.”
Iaitu, Majlis Orang Yahudi.
Tempat membakar sampah yang terletak di luar Yerusalem. Lihat Kamus.
Harfiah, “kuadrans yang terakhir.” Lihat Lampiran B14.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Atau “bersumpah.”
Harfiah, “batu.” Lihat Lampiran B14.
Iaitu, meminjam tanpa faedah.
Harfiah, “anak-anak lelaki.”
Atau “lengkap.”