Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius 28:1-20

  • Yesus dibangkitkan (1-10)

  • Askar dirasuah agar berbohong (11-15)

  • Amanah menjadikan murid (16-20)

28  Setelah hari Sabat berlalu, dan matahari mula terbit pada hari Ahad,* Maria Magdalena dan Maria yang seorang lagi pergi melihat kubur Yesus.+  Gempa bumi yang dahsyat telah berlaku. Malaikat Yehuwa* turun dari syurga, menggulingkan batu penutup kubur ke tepi, lalu duduk di atas batu itu.+  Rupa malaikat itu terang seperti kilat, dan pakaiannya putih seperti salji.+  Orang yang berkawal di situ begitu takut dan gementar sehingga menjadi seperti orang mati.  Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita tersebut, “Janganlah takut. Aku tahu bahawa kamu sedang mencari Yesus yang dihukum bunuh pada tiang.+  Dia tidak ada di sini. Seperti yang dikatakannya, dia sudah dibangkitkan.+ Marilah dan lihatlah tempat mayatnya diletakkan.  Selepas itu, cepatlah pergi dan beritahulah murid-muridnya bahawa dia sudah dibangkitkan daripada kematian. Sekarang dia dalam perjalanan ke Galilea,+ dan kamu akan menjumpainya di sana. Ingatlah akan apa yang aku katakan kepada kamu.”+  Wanita-wanita itu segera meninggalkan makam Yesus dan berlari untuk memberitahukan hal tersebut kepada murid-murid Yesus. Mereka berasa takut tetapi pada masa yang sama mereka sangat bersukacita.+  Tiba-tiba, Yesus berada di sana lalu berkata, “Salam sejahtera!” Mereka menghampirinya lalu sujud di depan kakinya. 10  Yesus berkata kepada mereka, “Janganlah takut! Pergilah dan beritahukanlah hal ini kepada saudara-saudaraku. Suruhlah mereka pergi ke Galilea dan di sana mereka akan melihat aku.” 11  Semasa mereka dalam perjalanan, beberapa orang askar+ telah masuk ke dalam kota dan melaporkan segala yang berlaku kepada ketua-ketua imam. 12  Selepas ketua-ketua imam berkumpul dan berbincang dengan pemimpin orang Yahudi, mereka memberikan banyak wang perak kepada beberapa orang askar itu 13  lalu memberitahu mereka, “Kamu harus berkata, ‘Semasa kami tidur pada waktu malam, murid-muridnya datang dan mencuri mayatnya.’+ 14  Janganlah bimbang jika gabenor mendengar hal ini. Kami akan menjelaskan hal itu kepadanya.” 15  Maka askar-askar tersebut mengambil wang perak itu dan berbuat seperti yang disuruh. Sehingga hari ini, cerita tersebut masih tersebar luas dalam kalangan orang Yahudi. 16  Bagi 11 orang murid Yesus pula, mereka pergi ke sebuah gunung di Galilea+ seperti yang disuruh oleh Yesus.+ 17  Semasa mereka melihatnya, mereka sujud kepadanya, meskipun ada dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. 18  Yesus menghampiri mereka lalu berkata, “Aku sudah diberi kuasa atas segala sesuatu di syurga dan di bumi.+ 19  Maka, pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku.+ Baptislah mereka+ atas nama Bapa, Anak, dan kuasa suci Tuhan. 20  Ajarlah mereka mentaati segala yang telah aku perintahkan kepada kamu.+ Ingatlah, aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga penghujung sistem ini.”*+

Nota Kaki

Harfiah, “hari pertama dalam seminggu.” Bagi orang Yahudi, hari Ahad ialah hari pertama dalam seminggu.
Atau “zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”