Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius 10:1-42

  • 12 orang rasul (1-4)

  • Arahan tentang kerja menginjil (5-15)

  • Murid-murid akan dianiaya (16-25)

  • Takutlah akan Tuhan, bukan manusia (26-31)

  • Bukan kedamaian, tetapi perpecahan (32-39)

  • Menyambut murid Yesus (40-42)

10  Dia memanggil 12 orang muridnya dan memberi mereka kuasa atas roh-roh jahat,+ supaya mereka dapat mengusir roh jahat dan menyembuhkan semua jenis penyakit dan masalah kesihatan.  Inilah nama 12 orang rasulnya:+ Simon (yang juga dipanggil Petrus)+ dan Andreas;+ Yakobus dan saudara kandungnya Yohanes,+ iaitu anak-anak Zebedeus;  Filipus dan Bartolomeus;+ Tomas+ dan Matius,+ si pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus; Tadius;  Simon yang bersemangat; dan Yudas Iskariot, yang kemudiannya mengkhianati Yesus.+  Yesus mengutus 12 orang rasul ini dan memberi mereka arahan berikut:+ “Janganlah pergi kepada bangsa-bangsa lain atau ke kota orang Samaria.+  Tetapi pergilah kepada orang Israel sahaja yang bagaikan biri-biri yang sesat.+  Seraya kamu pergi, sebarkanlah berita ini: ‘Kerajaan di syurga sudah dekat.’+  Sembuhkanlah orang yang sakit,+ bangkitkanlah orang mati, sembuhkanlah pesakit kusta, dan usirlah roh-roh jahat. Kamu menerima secara percuma, jadi berilah dengan percuma.  Janganlah bawa emas, perak, atau tembaga, di dalam beg duit kamu.+ 10  Janganlah bawa beg makanan untuk perjalanan kamu kerana seorang pekerja layak menerima makanan.+ Tambahan lagi, janganlah bawa dua helai baju,* sepasang kasut, atau sebatang tongkat.+ 11  “Semasa kamu pergi ke mana-mana kota atau pekan, carilah orang yang layak. Tinggallah di rumahnya sehingga kamu bertolak.+ 12  Semasa kamu memasuki rumah orang, berikanlah salam kepada orang yang ada di dalam rumah itu. 13  Jika mereka layak, mereka akan diberkati.*+ Jika tidak, biarlah berkatmu kembali kepada kamu. 14  Jika ada sesiapa yang tidak menerima kamu atau tidak mahu mendengar kata-kata kamu, kebaskanlah debu daripada kaki kamu+ semasa kamu meninggalkan rumah atau kota itu. 15  Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Pada Hari Penghakiman, Sodom dan Gomora+ akan menerima hukuman yang lebih ringan daripada kota itu. 16  “Lihatlah! Aku mengutus kamu seperti mengutus biri-biri ke tengah-tengah kawanan serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.+ 17  Berwaspadalah kerana orang akan membawa kamu ke mahkamah,+ dan kamu akan dicambuk+ di rumah ibadat.+ 18  Kamu akan dihadapkan kepada gabenor dan raja+ kerana aku. Maka kamu akan berpeluang untuk memberikan kesaksian kepada mereka dan bangsa-bangsa lain.+ 19  Namun demikian, semasa kamu diserahkan kepada mereka, janganlah khuatir tentang apa yang hendak kamu katakan atau bagaimana kamu harus mengatakannya. Pada masa itu, kamu akan tahu apa yang harus kamu katakan,+ 20  kerana yang berkata-kata itu bukan kamu, tetapi kuasa suci Bapa kamu yang berucap melalui kamu.+ 21  Seseorang akan menyerahkan saudara kandungnya untuk dibunuh, seorang bapa akan menyerahkan anaknya untuk dibunuh, dan seorang anak akan melawan ibu bapanya lalu menyerahkan mereka untuk dibunuh.+ 22  Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana namaku.+ Tetapi orang yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.+ 23  Apabila mereka menganiaya kamu di sebuah kota, larilah ke kota yang lain.+ Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Anak Manusia akan tiba sebelum kamu selesai mengunjungi semua kota dan pekan di Israel. 24  “Tidak ada murid yang lebih besar daripada gurunya, dan tidak ada hamba yang lebih besar daripada tuannya.+ 25  Cukuplah jika seorang murid menjadi seperti gurunya, dan seorang hamba menjadi seperti tuannya.+ Jika tuan rumah diberi nama Beelzebub,*+ sudah tentu anggota rumah tangganya akan diberi nama yang sama. 26  Oleh itu janganlah takut akan mereka. Apa sahaja yang tertutup akan menjadi nyata, dan apa sahaja yang dirahsiakan akan diketahui.+ 27  Apa yang aku katakan kepada kamu secara rahsia, hendaklah kamu ulangi di hadapan orang ramai. Apa yang aku bisikkan kepada kamu, hendaklah kamu umumkan dari bumbung rumah.*+ 28  Janganlah takut akan mereka yang dapat membunuh tubuh tetapi tidak dapat memusnahkan nyawa.*+ Sebaliknya takutlah akan Tuhan yang dapat memusnahkan baik nyawa mahupun tubuh dalam Gehena.*+ 29  Bukankah dua ekor burung pipit dijual dengan mata wang yang kecil nilainya?* Meskipun demikian, tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa diketahui oleh Bapa kamu.+ 30  Sebenarnya, bahkan rambut di kepala kamu sudah dihitung. 31  Oleh itu, janganlah takut. Kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit.+ 32  “Maka, sesiapa yang mengaku dirinya sebagai muridku di hadapan umum,+ aku pun akan mengakui orang itu sebagai muridku di hadapan Bapaku yang di syurga.+ 33  Tetapi sesiapa yang menyangkal aku di hadapan umum, aku pun akan menyangkal dia di hadapan Bapaku yang di syurga.+ 34  Jangan berfikir bahawa aku datang ke bumi untuk membawa kedamaian. Aku datang bukannya untuk membawa kedamaian, tetapi untuk membawa perpecahan.*+ 35  Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa, anak perempuan melawan ibu, dan menantu melawan ibu mentua.+ 36  Sememangnya, musuh seseorang ialah anggota rumah tangganya sendiri. 37  Sesiapa yang lebih mengasihi ibu bapanya daripada aku, tidak layak menjadi muridku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada aku, tidak layak menjadi muridku.+ 38  Sesiapa yang tidak mahu memikul tiang seksaannya* dan mengikut aku, tidak layak menjadi muridku.+ 39  Sesiapa yang ingin menyelamatkan nyawanya akan kehilangan nyawanya, tetapi sesiapa yang kehilangan nyawanya demi aku akan menyelamatkan nyawanya.+ 40  “Sesiapa yang menyambut kamu juga menyambut aku; sesiapa yang menyambut aku juga menyambut Dia yang mengutus aku.+ 41  Sesiapa yang menyambut seorang nabi kerana dia seorang nabi, akan menerima ganjaran seorang nabi.+ Sesiapa yang menyambut seorang yang baik kerana orang itu baik, akan menerima ganjaran seorang yang baik. 42  Sesiapa yang memberikan secawan air sejuk kepada salah seorang daripada muridku* kerana dia ialah muridku, sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Dia tidak akan kehilangan ganjarannya.”+

Nota Kaki

Atau “janganlah bawa baju ganti.”
Atau “mendapat kedamaian.”
Gelaran yang diberikan kepada Syaitan, iaitu ketua roh-roh jahat.
Pada masa itu, kebanyakan rumah mempunyai bumbung yang rata. Orang boleh berjalan, tidur, atau menyambut tetamu, di situ.
Atau “memusnahkan harapan untuk hidup semula.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “1 asarion?” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “pedang.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “mereka yang kecil.”