Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Keluaran 6:1-30

RANGKA KANDUNGAN

  • Janji bahawa orang Israel pasti dibebaskan (1-13)

    • Erti nama Yehuwa tidak diketahui sepenuhnya (2, 3)

  • Salasilah Musa dan Harun (14-27)

  • Musa menghadap Firaun sekali lagi (28-30)

6  Jadi Yehuwa berfirman kepada Musa, “Sekarang engkau akan melihat apa yang akan Aku lakukan kepada Firaun.+ Aku akan menggunakan kuasa-Ku untuk memaksanya membenarkan umat-Ku pergi. Sesungguhnya, Aku akan menggunakan kuasa-Ku untuk memaksanya mengusir mereka keluar dari negerinya.”+  Tuhan berfirman kepada Musa, “Akulah Yehuwa.  Aku pernah menampakkan diri kepada Abraham, Ishak, dan Yakub, sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa.+ Tetapi berkaitan dengan nama-Ku, iaitu Yehuwa,+ Aku tidak menyatakan ertinya kepada mereka.*+  Aku juga membuat perjanjian untuk memberi mereka tanah Kanaan, tempat mereka pernah tinggal sebagai orang asing.+  Sekarang Aku telah mendengar rintihan umat Israel yang diperhamba oleh orang Mesir. Aku tidak lupa akan perjanjian-Ku.+  “Oleh itu, katakanlah kepada orang Israel, ‘Akulah Yehuwa. Aku akan membebaskan kamu daripada beban yang dikenakan oleh orang Mesir dan menyelamatkan kamu daripada perhambaan.+ Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk menyelamatkan kamu dan menjatuhkan hukuman berat atas Mesir.+  Kamu akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Tuhan kamu.+ Sesungguhnya, kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan kamu yang membebaskan kamu daripada beban yang dikenakan oleh orang Mesir.  Aku akan membawa kamu masuk ke tanah yang telah Aku janjikan untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku telah bersumpah bahawa tanah itu akan menjadi warisan kamu.+ Akulah Yehuwa.’”+  Musa kemudiannya menyampaikan perkhabaran itu kepada orang Israel. Tetapi mereka tidak mendengarkannya kerana perhambaan yang kejam itu telah menyebabkan mereka tawar hati.+ 10  Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 11  “Pergilah menghadap Firaun, raja Mesir, dan katakanlah bahawa dia harus membenarkan orang Israel meninggalkan negerinya.” 12  Tetapi Musa berkata kepada Yehuwa, “Orang Israel sendiri pun enggan mendengarkan aku,+ apalagi Firaun. Aku tidak dapat berkata-kata dengan lancar.”+ 13  Sekali lagi, Yehuwa memberitahu Musa dan Harun apa yang harus dikatakan kepada orang Israel dan Firaun, raja Mesir, agar orang Israel dapat keluar dari Mesir. 14  Inilah senarai ketua puak dalam suku-suku Israel: Hanokh, Palu, Hezron, dan Karmi+ yang merupakan anak-anak lelaki Ruben, iaitu anak sulung Israel.+ Merekalah keturunan Ruben. 15  Yemuel, Yamin, Ohad, Yakhin, Zohar, dan Shaul yang merupakan anak-anak lelaki Simeon. Shaul ialah anak kepada seorang wanita Kanaan.+ Merekalah keturunan Simeon. 16  Gerson, Kehat, dan Merari+ yang merupakan anak-anak lelaki Lewi.+ Merekalah yang menjadi ketua-ketua puak dalam suku Lewi. Lewi hidup selama 137 tahun. 17  Anak-anak lelaki Gerson ialah Libni dan Simei. Mereka menjadi ketua dalam keluarga masing-masing.+ 18  Anak-anak lelaki Kehat ialah Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.+ Kehat hidup selama 133 tahun. 19  Anak-anak lelaki Merari ialah Mahli dan Musi. Mereka semua ialah keturunan Lewi dan mereka menjadi ketua dalam keluarga masing-masing.+ 20  Amram berkahwin dengan Yokhebed, saudara perempuan bapanya.+ Yokhebed melahirkan Harun dan Musa.+ Amram hidup selama 137 tahun. 21  Anak-anak lelaki Yizhar ialah Korah,+ Nefeg, dan Zikhri. 22  Anak-anak lelaki Uziel ialah Misael, Elsafan,+ dan Sitri. 23  Harun berkahwin dengan Eliseba, iaitu anak perempuan Aminadab. Eliseba ialah saudara perempuan Nahason.+ Eliseba melahirkan Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.+ 24  Anak-anak lelaki Korah ialah Asir, Elkana, dan Abiasaf.+ Merekalah keturunan Korah.+ 25  Eleazar,+ iaitu anak lelaki Harun, berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Putiel. Anak mereka ialah Pinehas.+ Mereka semua ialah keturunan Lewi dan mereka menjadi ketua dalam keluarga masing-masing.+ 26  Itulah salasilah Harun dan Musa. Yehuwa telah berfirman kepada mereka, “Bawalah umat Israel keluar dari Mesir secara berkumpulan, seperti pasukan askar.”+ 27  Harun dan Musa+ inilah yang telah menghadap Firaun, raja Mesir, untuk membawa umat Israel keluar dari Mesir. 28  Pada hari Yehuwa berfirman kepada Musa di Mesir, 29  Yehuwa telah memberitahu Musa, “Akulah Yehuwa. Beritahulah Firaun, raja Mesir, segala yang Aku firmankan kepadamu.” 30  Tetapi Musa berkata kepada Yehuwa, “Aku tidak dapat berkata-kata dengan lancar. Jadi, mana mungkin Firaun akan mendengarkan kata-kataku?”+

Nota Kaki

Harfiah, “Aku tidak memperkenalkan diri-Ku kepada mereka.”