Keluaran 21:1-36

  • Hukum-hukum untuk orang Israel (1-36)

    • Tentang hamba Ibrani (2-11)

    • Tentang keganasan terhadap orang lain (12-27)

    • Tentang binatang (28-36)

21  “Berikanlah hukum-hukum* ini kepada orang Israel:+  “Jika kamu membeli hamba berbangsa Ibrani,+ dia akan menjadi hamba kamu selama enam tahun. Tetapi pada tahun ketujuh, dia mesti dibebaskan tanpa membayar apa-apa kepada kamu.+  Jika dia masih bujang ketika dia menjadi hamba kamu, dia harus pergi seorang diri. Tetapi jika dia sudah berkahwin ketika dia menjadi hamba kamu, dia harus pergi bersama dengan isterinya.  Jika tuannya memberikan seorang isteri kepadanya, lalu isterinya melahirkan anak lelaki atau perempuan, isteri dan anak-anaknya itu milik tuannya. Maka hamba itu harus pergi seorang diri.+  Tetapi jika hamba itu berkata dengan sungguh-sungguh, ‘Aku mengasihi tuanku, isteriku, dan anak-anakku. Aku tidak mahu dibebaskan,’+  tuannya harus membawanya menghadap Tuhan yang benar. Kemudian hamba itu akan bersandar pada pintu atau tiang pintu, lalu tuannya harus menindik telinganya. Maka dia akan menjadi hamba tuannya seumur hidup.  “Jika seseorang menjual anak perempuannya sebagai hamba, perempuan itu tidak boleh dibebaskan seperti hamba lelaki.  Jika tuan kepada perempuan itu tidak menyukainya dan tidak lagi berniat untuk menjadikannya sebagai gundik, dia harus membenarkan perempuan itu ditebus. Tuan itu tidak boleh menjualnya kepada orang asing, kerana tuan itu telah memungkiri janjinya.  Jika tuan itu mengahwinkan perempuan itu kepada anak lelakinya, dia mesti memperlakukannya seperti anak perempuannya. 10  Jika anak lelaki itu berkahwin lagi, dia mesti memberikan makanan dan pakaian kepada hamba itu yang merupakan isteri pertamanya. Dia juga harus memenuhi kewajipannya+ sebagai suami. 11  Tetapi jika dia tidak memenuhi ketiga-tiga perkara ini, perempuan itu harus dibebaskan tanpa membayar apa-apa. 12  “Sesiapa yang memukul seseorang sehingga orang itu mati mesti dihukum mati.+ 13  Tetapi jika dia tidak sengaja membunuh orang itu, dan Aku membenarkan hal itu berlaku, dia boleh melarikan diri ke tempat yang telah Aku tentukan.+ 14  Jika seseorang naik marah lalu sengaja membunuh orang lain,+ dia mesti dihukum mati walaupun dia pergi ke mazbah-Ku untuk mendapat perlindungan.+ 15  Sesiapa yang memukul ayah atau ibunya mesti dihukum mati.+ 16  “Jika seseorang didapati menculik orang+ dan menahan atau menjual orang itu,+ dia mesti dihukum mati.+ 17  “Sesiapa yang mengutuk ayah atau ibunya mesti dihukum mati.+ 18  “Jika terdapat pergaduhan, dan seseorang memukul orang lain dengan batu atau menumbuk* orang itu sehingga orang itu terlantar di katil tetapi tidak mati, 19  orang yang memukulnya itu tidak akan dihukum sekiranya orang yang tercedera itu dapat bangun dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Namun, dia mesti membayar ganti rugi sehingga orang yang tercedera itu sembuh sepenuhnya dan dapat bekerja semula. 20  “Jika seseorang memukul hamba lelakinya atau hamba perempuannya dengan kayu sehingga hamba itu mati, dia mesti dihukum.+ 21  Tetapi jika hamba itu mati selepas satu atau dua hari, tuannya tidak akan dihukum kerana hamba itu miliknya. 22  “Jika beberapa orang bergaduh lalu mencederakan seorang wanita hamil dan dia melahirkan bayi yang belum cukup bulan,+ tetapi wanita itu dan anaknya tidak mati, pesalah mesti membayar ganti rugi menurut permintaan suami wanita itu dengan persetujuan hakim.+ 23  Tetapi jika wanita itu atau anaknya mati,* hukumannya ialah nyawa ganti nyawa.+ 24  Jika kecederaan teruk berlaku, hukumannya ialah mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, kaki ganti kaki,+ 25  luka bakar ganti luka bakar, luka ganti luka, dan lebam ganti lebam. 26  “Jika seseorang memukul hamba lelakinya atau hamba perempuannya lalu menyebabkan matanya menjadi buta, dia harus membebaskan hamba itu sebagai ganti rugi untuk matanya.+ 27  Jika seseorang memukul hamba lelakinya atau hamba perempuannya lalu menyebabkan giginya patah, dia harus membebaskan hamba itu sebagai ganti rugi untuk giginya. 28  “Jika seekor lembu jantan menanduk seorang lelaki atau wanita dan orang itu mati, lembu itu mesti direjam sampai mati+ dan dagingnya tidak boleh dimakan. Tetapi pemilik lembu itu bebas daripada hukuman. 29  Namun jika lembu itu selalu menanduk orang dan pemiliknya sudah diberi peringatan tetapi dia masih tidak menjaganya, lalu lembu itu membunuh seorang lelaki atau wanita, lembu itu mesti direjam dan pemiliknya juga mesti dihukum mati. 30  Jika pemilik lembu itu dibenarkan membayar harga tebusan untuk menebus nyawanya, dia harus membayar seberapa banyak yang telah ditentukan. 31  Pemilik itu harus diperlakukan menurut hukum yang sama, tidak kira lembunya menanduk seorang budak lelaki atau budak perempuan. 32  Jika lembu itu menanduk seorang hamba lelaki atau hamba perempuan, pemiliknya harus membayar 30 keping wang perak* kepada tuan hamba itu, dan lembu itu mesti direjam sampai mati. 33  “Jika seseorang membuka penutup lubang atau menggali lubang dan tidak menutupinya, lalu seekor lembu jantan atau keldai jatuh ke dalamnya, 34  orang itu harus membayar ganti rugi+ kepada pemilik lembu atau keldai itu. Dia harus membayar harga binatang tersebut dan binatang yang mati itu harus menjadi miliknya. 35  Jika lembu jantan milik seseorang menanduk lembu jantan orang lain sehingga mati, pemilik kedua-dua lembu itu mesti menjual lembu yang hidup itu lalu membahagikan wang yang diperoleh. Mereka juga mesti membahagikan daging lembu jantan yang sudah mati itu. 36  Jika sudah diketahui bahawa lembu jantan itu suka menanduk dan pemiliknya tidak mengurungnya, pemiliknya mesti membayar ganti rugi, iaitu lembu ganti lembu, dan lembu yang mati itu harus menjadi miliknya.

Nota Kaki

Atau “ketetapan-ketetapan.”
Atau mungkin, “menggunakan suatu alat untuk memukul.”
Harfiah, “jika ada kematian yang berlaku.”
Harfiah, “30 syekel.” Lihat Lampiran B14.