Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Kejadian 3:1-24

RANGKA KANDUNGAN

  • Dosa pertama manusia (1-13)

    • Dusta yang pertama (4, 5)

  • Yehuwa menjatuhkan hukuman atas pemberontak (14-24)

    • Keturunan wanita dinubuatkan (15)

    • Diusir keluar dari Eden (23, 24)

3  Ular+ ialah binatang yang paling berhati-hati* antara semua binatang liar yang diciptakan oleh Tuhan Yehuwa. Ular berkata kepada wanita itu, “Benarkah Tuhan melarang kamu makan buah daripada semua pokok di taman ini?”+  Wanita itu berkata kepada ular, “Kami boleh makan buah daripada semua pokok di taman ini,+  kecuali pokok yang ada di tengah-tengah taman.+ Tuhan telah berfirman, ‘Kamu dilarang memakan buahnya ataupun menyentuhnya. Jika tidak, kamu akan mati.’”  Ular memberitahu wanita itu, “Kamu pasti tidak akan mati.+  Tuhan berfirman demikian kerana Dia tahu bahawa jika kamu memakan buah itu, pada hari itu juga mata kamu akan terbuka.* Kamu akan menjadi seperti Tuhan dan mengetahui apa yang baik dan apa yang jahat.”+  Lalu wanita itu nampak bahawa pokok itu cantik dan buahnya baik untuk dimakan. Ya, pokok itu memang indah di matanya. Jadi dia mengambil buah itu dan mula memakannya.+ Apabila dia bersama-sama suaminya, dia juga memberikan buah itu kepadanya, dan suaminya pun memakannya.+  Sesudah itu, mata mereka terbuka, dan mereka menyedari bahawa mereka telanjang. Oleh itu, mereka menjahit daun-daun pokok ara dan menutupi tubuh mereka.+  Pada petang itu, semasa angin bertiup, mereka mendengar suara Tuhan Yehuwa ketika Dia berjalan di taman itu. Mereka tidak ingin dilihat oleh Tuhan Yehuwa, lalu mereka bersembunyi di antara pokok-pokok di taman itu.  Tuhan Yehuwa memanggil lelaki itu berkali-kali, “Di manakah engkau?” 10  Akhirnya lelaki itu berkata, “Aku dengar suara-Mu di taman, tetapi aku takut kerana aku telanjang, jadi aku bersembunyi.” 11  Tuhan berfirman, “Siapakah yang memberitahu engkau bahawa engkau telanjang?+ Adakah engkau makan buah daripada pokok yang Aku larang engkau makan?”+ 12  Lelaki itu berkata, “Wanita yang Engkau jadikan temanku memberikan buah daripada pokok itu kepadaku, jadi aku pun makan.” 13  Kemudian Tuhan Yehuwa berfirman kepada wanita itu, “Apakah yang sudah engkau lakukan?” Wanita itu menjawab, “Ular itu menipu aku, jadi aku pun makan.”+ 14  Kemudian Tuhan Yehuwa berfirman kepada ular itu,+ “Terkutuklah engkau kerana perbuatanmu itu. Engkaulah yang terkutuk antara semua binatang, baik yang jinak mahupun yang liar. Dengan perutmu, engkau akan menjalar, dan engkau akan makan tanah seumur hidupmu. 15  Aku akan membuat engkau+ dan wanita itu+ bermusuhan,+ dan Aku akan membuat keturunanmu+ dan keturunannya+ bermusuhan. Dia* akan meremukkan kepalamu,+ dan engkau akan mencederakan tumitnya.”+ 16  Tuhan berfirman kepada wanita itu, “Engkau akan mengalami kesakitan yang besar semasa hamil, dan engkau akan mengalami kesakitan semasa bersalin. Engkau akan sangat menginginkan suamimu, dan dia akan menguasaimu.” 17  Tuhan berfirman kepada Adam,* “Walaupun Aku telah memberikan perintah ini:+ ‘Engkau dilarang makan buah itu,’ engkau telah mendengar kata-kata isterimu, lalu makan buah yang Aku larang engkau makan. Maka terkutuklah tanah akibat perbuatanmu itu.+ Dengan bersusah payah,* engkau harus mengusahakan tanah ini seumur hidupmu dan memakan hasilnya.+ 18  Tanah akan menghasilkan semak berduri dan lalang, dan engkau mesti makan tumbuh-tumbuhan yang ada di tanah. 19  Engkau akan berpeluh-peluh untuk mencari makanan sehinggalah engkau kembali ke tanah, kerana engkau dibentuk daripada tanah.+ Engkau ini tanah, dan engkau akan kembali ke tanah.”+ 20  Setelah itu, Adam menamakan isterinya Hawa,* kerana isterinya akan menjadi ibu semua manusia.+ 21  Kemudian Tuhan Yehuwa membuat pakaian panjang daripada kulit binatang untuk Adam dan isterinya, lalu mereka memakai pakaian itu.+ 22  Kemudian Tuhan Yehuwa berfirman, “Manusia itu telah menjadi seperti kita dan mengetahui apa yang baik dan apa yang jahat.+ Sekarang, manusia itu tidak diizinkan mengambil buah daripada pokok kehidupan,+ memakannya, dan hidup selama-lamanya.” 23  Maka Tuhan Yehuwa mengusir mereka* keluar dari Taman Eden+ untuk mengusahakan tanah, yang daripadanya manusia dibentuk.+ 24  Setelah Dia mengusir mereka,* Dia menempatkan kerub-kerub*+ di sebelah timur Taman Eden dan sebilah pedang berapi yang berpusing-pusing untuk menjaga jalan menuju ke pokok kehidupan.

Nota Kaki

Atau “licik.”
Mereka bukannya buta. Ungkapan ini mungkin bermaksud mereka akan mendapat pengertian atau kebijaksanaan.
Iaitu, keturunan wanita itu.
Maksudnya “Manusia; Umat Manusia; Orang.”
Harfiah, “Dengan rasa sakit.”
Maksudnya “Yang Hidup.”
Harfiah, “dia.”
Harfiah, “lelaki itu.”
Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.