Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Kejadian 16:1-16

RANGKA KANDUNGAN

  • Hagar dan Ismael (1-16)

16  Sarai, isteri Abram, masih tidak mempunyai anak.+ Tetapi Sarai mempunyai seorang hamba perempuan dari Mesir yang bernama Hagar.+  Maka Sarai berkata kepada Abram, “Tolonglah dengar apa yang hendak aku katakan. Yehuwa tidak membolehkan aku melahirkan anak. Jadi, tidurlah dengan hamba perempuanku. Mungkin aku akan mendapat anak melalui dia.”+ Abram pun mendengar kata-kata Sarai.  Setelah Abram menetap di negeri Kanaan selama 10 tahun, Sarai memberikan Hagar, iaitu hambanya dari Mesir, kepada Abram sebagai isteri.  Maka Abram bersetubuh dengan Hagar, lalu Hagar mengandung. Apabila Hagar sedar bahawa dia sudah mengandung, dia mula menghina Sarai, majikannya.  Oleh itu, Sarai berkata kepada Abram, “Kamu harus bertanggungjawab terhadap apa yang telah menimpa aku. Akulah yang memberikan hambaku kepadamu, tetapi setelah dia sedar bahawa dia mengandung, dia mula menghina aku. Semoga Yehuwa mengadili siapa antara kita yang benar.”  Abram berkata kepada Sarai, “Dia ialah hambamu, dan kamu berkuasa atasnya. Perlakukanlah dia sesuka hati kamu.” Maka Sarai melayan hambanya dengan buruk sehingga hambanya melarikan diri.  Kemudian, malaikat Yehuwa bertemu dengan Hagar dekat mata air di padang belantara, di jalan yang menuju ke Syur.+  Malaikat itu berkata, “Hagar, hamba Sarai, kamu dari mana dan hendak ke mana?” Hagar menjawab, “Aku melarikan diri daripada Sarai majikanku.”  Malaikat Yehuwa berkata kepadanya, “Kembalilah kepada majikanmu, dan tunduklah kepadanya.” 10  Kemudian malaikat Yehuwa berkata, “Aku* akan memberimu keturunan yang sangat banyak, sehingga bilangannya tidak dapat dihitung.”+ 11  Malaikat Yehuwa berkata lagi, “Sekarang kamu mengandung, dan kamu akan melahirkan seorang anak lelaki. Kamu harus menamakannya Ismael,* kerana Aku, Yehuwa, sudah mendengar tentang kesusahanmu. 12  Anakmu itu akan menjadi seperti keldai liar.* Dia akan menentang semua orang, dan semua orang akan menentangnya. Dia akan tinggal berhampiran dengan semua saudaranya.”* 13  Hagar berkata, “Betulkah aku telah nampak Tuhan yang melihat aku?” Oleh itu dia memuji* nama Yehuwa, yang telah berfirman kepadanya. Hagar berkata, “Engkaulah Tuhan yang memperhatikan orang.”+ 14  Itulah sebabnya perigi itu dipanggil Beer-lahai-roi.* (Perigi itu terletak di antara Kades dengan Bered.) 15  Apabila Hagar melahirkan seorang anak lelaki bagi Abram, Abram menamakan anak itu Ismael.+ 16  Abram berumur 86 tahun ketika Hagar melahirkan anaknya Ismael.

Nota Kaki

Malaikat itu bercakap seolah-olah Yehuwa sendiri yang sedang bercakap.
Maksudnya “Tuhan Mendengar.”
Mungkin menggambarkan seseorang yang tidak mahu hidupnya dikawal.
Atau mungkin, “Dia akan bermusuhan dengan semua saudaranya.”
Harfiah, “menyeru.”
Maksudnya “Perigi Dia yang Hidup yang Melihat Aku.”