Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Kejadian 12:1-20

RANGKA KANDUNGAN

  • Abram meninggalkan Haran dan pergi ke Kanaan (1-9)

    • Janji Tuhan kepada Abram (7)

  • Abram dan Sarai di Mesir (10-20)

12  Yehuwa berfirman kepada Abram, “Tinggalkanlah negerimu, sanak saudaramu, dan rumah bapamu, dan pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu.+  Aku akan membuat keturunanmu menjadi bangsa yang besar dan Aku akan memberkati engkau. Aku akan membuat namamu termasyhur, dan engkau akan membawa berkat kepada orang lain.+  Aku akan memberkati orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang yang mengutuk engkau.+ Melalui engkau, semua bangsa di bumi pasti akan diberkati.”*+  Maka Abram melakukan apa yang diperintahkan oleh Yehuwa. Semasa Abram meninggalkan Haran, dia berusia 75 tahun.+ Lot juga berangkat bersama-samanya.  Abram berangkat ke Kanaan bersama isterinya Sarai+ dan anak saudaranya Lot.+ Mereka juga membawa semua harta benda+ dan hamba yang diperoleh mereka di Haran. Semasa mereka tiba di Kanaan,+  Abram menjelajah negeri itu sehingga kawasan Sikhem,+ berhampiran pokok besar di More.+ Pada masa itu, orang Kanaan masih tinggal di situ.  Yehuwa menampakkan diri kepada Abram dan berfirman, “Aku akan memberikan negeri ini+ kepada keturunanmu.”+ Maka dia membina sebuah mazbah di sana untuk Yehuwa, yang menampakkan diri kepadanya.  Kemudian dia berangkat dari situ dan berkhemah di kawasan pergunungan di sebelah timur Bethel.+ Bethel terletak di sebelah barat khemahnya, manakala Ai+ terletak di sebelah timur khemahnya. Di situ dia membina sebuah mazbah untuk Yehuwa+ dan mula memuji nama Yehuwa.+  Selepas itu, Abram berangkat ke arah Negeb.+ Sepanjang perjalanannya, dia berkhemah dari satu tempat ke tempat yang lain. 10  Semasa Kanaan dilanda kebuluran, Abram pergi ke Mesir untuk tinggal di sana buat sementara waktu.*+ Dia berbuat demikian kerana kebuluran di Kanaan amat dahsyat.+ 11  Sebelum memasuki Mesir, Abram berkata kepada isterinya Sarai, “Dengarlah kata-kataku. Aku tahu kamu memang wanita yang cantik.+ 12  Apabila orang Mesir melihat kamu, mereka tentu akan berkata, ‘Itu isterinya.’ Jadi mereka akan membunuh aku tetapi membiarkan kamu hidup. 13  Oleh itu, tolong katakan bahawa kamu ialah adikku supaya aku diperlakukan dengan baik. Dengan ini, kamu juga dapat menyelamatkan nyawaku.”+ 14  Sebaik sahaja Abram masuk ke Mesir, orang Mesir nampak bahawa Sarai sangat cantik. 15  Pegawai-pegawai Firaun* juga nampak Sarai dan memuji-muji kecantikannya di hadapan Firaun. Oleh itu, Sarai dibawa ke istana Firaun. 16  Firaun melayan Abram dengan baik demi Sarai. Maka Abram mendapat biri-biri, lembu, keldai jantan, keldai betina, hamba-hamba perempuan, hamba-hamba lelaki, dan unta.+ 17  Tetapi kerana Sarai, isteri Abram,+ Yehuwa mendatangkan tulah yang teruk atas Firaun dan rumah tangganya. 18  Oleh itu, Firaun memanggil Abram dan berkata, “Apakah yang telah kamu lakukan terhadap beta? Mengapakah kamu tidak memberitahu beta bahawa dia itu isterimu? 19  Mengapakah kamu berkata bahawa dia ialah adik kamu?+ Beta hampir mengambilnya sebagai isteri. Nah, ini dia isterimu. Ambillah dia dan pergilah dari sini!” 20  Maka Firaun memberikan perintah kepada pegawai-pegawainya untuk menyuruh Abram pergi dari situ bersama isterinya dan semua miliknya.+

Nota Kaki

Mungkin menunjukkan bahawa usaha diperlukan untuk memperoleh berkat.
Atau “tinggal di sana sebagai orang asing.”
Gelaran bagi raja Mesir.