Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Kejadian 11:1-32

RANGKA KANDUNGAN

  • Menara Babel (1-4)

  • Yehuwa mengelirukan bahasa (5-9)

  • Dari Sem sampai Abram (10-32)

    • Keluarga Terah (27)

    • Abram meninggalkan Ur (31)

11  Pada masa itu, penduduk di seluruh bumi hanya mempunyai satu bahasa dan mereka menggunakan kosa kata yang sama.  Semasa mereka mengadakan perjalanan ke arah timur, mereka menemui dataran di Shinar+ dan mula menetap di situ.  Kemudian mereka berkata kepada satu sama lain, “Marilah kita buat batu bata lalu membakarnya di dalam api.” Maka mereka menggunakan batu bata sebagai ganti batu, dan tar sebagai ganti simen.  Mereka berkata, “Marilah kita membina sebuah kota dan menara yang puncaknya mencapai langit supaya kita menjadi terkenal, dan supaya kita tidak tercerai-berai ke seluruh bumi.”+  Yehuwa memperhatikan* kota dan menara yang telah dibina oleh manusia.  Kemudian Yehuwa berfirman, “Bangsa ini bersatu kerana mereka mempunyai satu bahasa.+ Jika sekarang pun mereka sudah melakukan hal sebegini, pada kemudian hari mereka dapat melakukan apa sahaja yang difikirkan mereka.  Marilah kita+ turun dan mengelirukan bahasa mereka supaya mereka tidak memahami satu sama lain.”  Maka Yehuwa mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi,+ dan mereka berhenti membina kota itu.  Itulah sebabnya kota itu dinamakan Babel,*+ kerana di situlah Yehuwa mengelirukan bahasa yang digunakan di seluruh bumi, dan dari situlah Yehuwa mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. 10  Inilah senarai keturunan Sem.+ Arpakhsad,+ iaitu anak Sem, dilahirkan dua tahun selepas Banjir. Ketika itu Sem berumur 100 tahun. 11  Selepas kelahiran Arpakhsad, Sem juga mendapat anak-anak lain,+ dan dia hidup selama 500 tahun lagi. 12  Ketika Arpakhsad berumur 35 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Selah.+ 13  Selepas kelahiran Selah, Arpakhsad juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 403 tahun lagi. 14  Ketika Selah berumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Eber.+ 15  Selepas kelahiran Eber, Selah juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 403 tahun lagi. 16  Ketika Eber berumur 34 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Peleg.+ 17  Selepas kelahiran Peleg, Eber juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 430 tahun lagi. 18  Ketika Peleg berumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Rehu.+ 19  Selepas kelahiran Rehu, Peleg juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 209 tahun lagi. 20  Ketika Rehu berumur 32 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Serug. 21  Selepas kelahiran Serug, Rehu juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 207 tahun lagi. 22  Ketika Serug berumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Nahor. 23  Selepas kelahiran Nahor, Serug juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 200 tahun lagi. 24  Ketika Nahor berumur 29 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Terah.+ 25  Selepas kelahiran Terah, Nahor juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 119 tahun lagi. 26  Setelah Terah hidup selama 70 tahun, dia mendapat tiga orang anak lelaki, iaitu Abram,+ Nahor,+ dan Haran. 27  Inilah senarai keturunan Terah. Terah ialah bapa kepada Abram, Nahor, dan Haran. Haran mempunyai seorang anak lelaki bernama Lot.+ 28  Ketika bapanya Terah masih hidup, Haran meninggal di tempat kelahirannya, di Ur,+ iaitu kota orang Kasdim.+ 29  Abram berkahwin dengan Sarai,+ dan Nahor berkahwin dengan Milkah,+ anak perempuan Haran. Haran ialah bapa kepada Milkah dan Iskah. 30  Sarai tidak mempunyai anak kerana dia mandul.+ 31  Terah membawa anaknya Abram, cucunya Lot,+ dan menantunya Sarai, iaitu isteri Abram, lalu meninggalkan Ur, kota orang Kasdim, untuk pergi ke negeri Kanaan.+ Apabila mereka tiba di Haran,+ mereka menetap di sana. 32  Terah hidup selama 205 tahun, kemudian dia meninggal di Haran.

Nota Kaki

Harfiah, “turun untuk melihat.”
Maksudnya “Kekeliruan.”