Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Kejadian 10:1-32

RANGKA KANDUNGAN

  • Senarai keturunan (1-32)

    • Keturunan Yafet (2-5)

    • Keturunan Ham (6-20)

      • Nimrod menentang Yehuwa (8-12)

    • Keturunan Sem (21-31)

10  Inilah senarai keturunan anak-anak lelaki Nuh, iaitu Sem,+ Ham, dan Yafet. Selepas Banjir, mereka bertiga mendapat anak-anak lelaki.+  Anak-anak lelaki Yafet ialah Gomer,+ Magog,+ Madai, Yawan, Tubal,+ Mesekh,+ dan Tiras.+  Anak-anak lelaki Gomer ialah Askenas,+ Rifat, dan Togarma.+  Anak-anak lelaki Yawan ialah Elishah,+ Tarsis,+ Kitim,+ dan Dodanim.  Mereka ialah nenek moyang kepada orang yang tinggal di pulau-pulau.* Setiap keluarga tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa serta bangsa sendiri.  Anak-anak lelaki Ham ialah Kus, Mizraim,+ Put,+ dan Kanaan.+  Anak-anak lelaki Kus ialah Seba,+ Hawila, Sabta, Raamah,+ dan Sabtekha. Anak-anak lelaki Raamah ialah Syeba dan Dedan.  Kus ialah bapa Nimrod. Nimrod ialah orang perkasa yang pertama di bumi.  Dia ialah seorang pemburu perkasa yang menentang Yehuwa. Itulah sebabnya kadangkala sesetengah orang digambarkan dengan ungkapan berikut: “Dia seperti Nimrod, pemburu perkasa yang menentang Yehuwa.” 10  Pada mulanya, kerajaan Nimrod meliputi* Babel,*+ Erekh,+ Akad, dan Kalneh, yang terletak di Shinar.+ 11  Dari sana, dia pergi ke Assyria+ dan membina kota Niniwe,+ Rehobot-lr, Kalakh, 12  dan Resen, yang terletak di antara Niniwe dan Kalakh. Keempat-empat kota itu membentuk sebuah kota yang besar.* 13  Mizraim ialah bapa Ludim,+ Anamin, Lehabim, Naftuhim,+ 14  Patrusim,+ Kasluhim (iaitu nenek moyang orang Filistin+), dan Kaftorim.+ 15  Anak-anak lelaki Kanaan ialah Sidon+ (anak sulung) dan Het.+ 16  Kanaan juga menjadi nenek moyang* orang Yebus,+ Amori,+ Girgashi, 17  Hewi,+ Arki, Sini, 18  Arwad,+ Zemari, dan Hamat.+ Kemudian, keturunan Kanaan tersebar ke tempat-tempat lain. 19  Sempadan orang Kanaan bermula dari Sidon sehingga Gerar,+ berhampiran Gaza,+ sampai ke Sodom, Gomora,+ Adma, dan Zeboim,+ berhampiran Lasha. 20  Mereka ialah keturunan Ham. Setiap keluarga tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa serta bangsa sendiri. 21  Sem, iaitu adik Yafet yang merupakan anak sulung,* ialah nenek moyang kepada semua keturunan Eber.+ Sem mempunyai beberapa orang anak. 22  Anak-anak lelaki Sem ialah Elam,+ Asyur,+ Arpakhsad,+ Lud, dan Aram.+ 23  Anak-anak Aram ialah Uz, Hul, Geter, dan Mas. 24  Arpakhsad ialah bapa Selah,+ dan Selah ialah bapa Eber. 25  Eber mempunyai dua orang anak lelaki. Seorang dinamakan Peleg,*+ kerana pada zamannya, penduduk di bumi terbahagi-bahagi. Seorang lagi dinamakan Yoktan.+ 26  Yoktan ialah bapa Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah,+ 27  Hadoram, Uzal, Dikla, 28  Obal, Abimael, Syeba, 29  Ofir,+ Hawila, dan Yobab. Mereka semua ialah anak lelaki Yoktan. 30  Daerah tempat tinggal mereka bermula dari Mesa dan meluas sampai ke Sefar, kawasan pergunungan di Timur. 31  Mereka ialah keturunan Sem. Setiap keluarga tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa serta bangsa sendiri.+ 32  Mereka semua ialah keturunan anak-anak lelaki Nuh, menurut garis keturunan dan bangsa masing-masing. Selepas Banjir, semua bangsa yang tersebar ke seluruh bumi berasal daripada mereka.+

Nota Kaki

Atau “di persisiran pantai.”
Atau “Pada mulanya, kota-kota di dalam kerajaan Nimrod ialah.”
Iaitu, Babilon.
Harfiah, “Itulah sebuah kota yang besar.”
Harfiah, “bapa.”
Atau mungkin, “Sem, iaitu abang Yafet.”
Maksudnya “Terbahagi-bahagi.”