Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Surat kepada Orang Ibrani 9:1-28

RANGKA KANDUNGAN

  • Khidmat suci di dalam khemah suci di bumi (1-10)

  • Kristus masuk ke syurga dengan darahnya (11-28)

    • Perantara bagi perjanjian baharu (15)

9  Perjanjian yang sebelumnya mempunyai peraturan untuk menjalankan khidmat suci dan tempat ibadat yang suci+ di bumi.  Di dalam khemah yang didirikan, bilik yang pertama mengandungi kaki pelita,+ meja, dan roti yang sudah dipersembahkan kepada Tuhan.+ Bilik ini dipanggil Bilik Suci.+  Di belakang tirai yang kedua di dalam khemah itu,+ terdapat sebuah bilik yang dipanggil Bilik Maha Suci.+  Di situ terdapat bekas perbaraan emas+ dan tabut perjanjian+ yang seluruhnya disaluti dengan emas.+ Di dalam tabut perjanjian tersebut, terdapat balang emas berisi manna,+ tongkat Harun yang telah bertunas,+ dan batu-batu tulis+ yang padanya tertulis hukum-hukum* Tuhan.  Di atas tabut itu ada kerub-kerub* mulia yang membayangi penutup tabut.*+ Tetapi sekarang bukanlah masanya untuk menerangkan hal-hal ini dengan terperinci.  Setelah hal-hal itu dipersiapkan, imam-imam akan memasuki bilik pertama di dalam khemah suci untuk menjalankan khidmat suci setiap hari.+  Tetapi hanya imam agung yang boleh masuk ke dalam bilik kedua sekali setahun.+ Pada masa itu, dia mesti membawa darah+ untuk dipersembahkan bagi dirinya+ dan bagi dosa-dosa yang dilakukan oleh umat+ tanpa disedari.  Menerusi aturan tersebut, kuasa suci Tuhan menunjukkan dengan jelas bahawa selagi khemah yang pertama masih wujud, jalan masuk ke Bilik Maha Suci masih belum terbuka.+  Khemah yang pertama ini melambangkan* zaman sekarang.+ Walaupun khemah ini mempunyai aturan untuk mempersembahkan pemberian dan korban,+ semua aturan ini tidak dapat menyempurnakan hati nurani orang yang menjalankan khidmat suci.+ 10  Semua ini ditetapkan dalam Hukum Musa dan hanya berkaitan dengan makanan, minuman, dan pelbagai jenis upacara penyucian.*+ Peraturan-peraturan ini berkaitan dengan hal-hal fizikal+ dan hanya berkuat kuasa sehingga tibanya masa yang ditetapkan untuk membetulkan segala sesuatu. 11  Tetapi Kristus datang sebagai imam agung untuk perkara-perkara baik yang sudah ada di sini. Dia masuk ke dalam khemah yang lebih penting dan lebih sempurna. Khemah ini tidak dibuat dengan tangan manusia, ertinya khemah ini bukan sebahagian daripada ciptaan di bumi. 12  Kristus masuk ke dalam Bilik Maha Suci bukan dengan membawa darah kambing atau darah lembu jantan muda, tetapi dengan membawa darahnya sendiri.+ Dia masuk sekali untuk selama-lamanya dan memperoleh pembebasan* yang kekal untuk kita.+ 13  Jika darah kambing dan darah lembu jantan+ serta percikan abu daripada korban anak lembu ke atas orang yang najis dapat menjadikan orang itu bersih di mata Tuhan,+ 14  apatah lagi darah Kristus!+ Memandangkan dia sudah menurut bimbingan kuasa suci Tuhan yang abadi dan mempersembahkan dirinya yang tidak bercacat cela kepada Tuhan, sudah tentu darahnya dapat memurnikan hati nurani kita daripada perbuatan yang sia-sia+ agar kita dapat menjalankan khidmat suci kepada Tuhan yang hidup.+ 15  Itulah sebabnya Kristus menjadi perantara bagi perjanjian baharu.+ Dengan demikian, mereka yang telah dipanggil oleh Tuhan dapat menerima warisan abadi yang dijanjikan oleh-Nya.+ Hal itu dapat berlaku kerana Kristus telah mati untuk menebus dan membebaskan mereka daripada kesalahan+ yang dilakukan semasa di bawah perjanjian yang sebelumnya. 16  Semasa membuat perjanjian, orang* yang membuat perjanjian itu perlu mati. 17  Selagi orang itu masih hidup, perjanjian itu tidak sah, kerana suatu perjanjian hanya akan menjadi sah dengan adanya kematian. 18  Oleh itu, perjanjian yang sebelumnya pun tidak berkuat kuasa* tanpa darah. 19  Selepas Musa menyampaikan semua perintah dalam Hukum kepada seluruh umat Israel, dia mengambil darah lembu jantan muda dan darah kambing lalu mencampurkannya dengan air. Kemudian, dia menggunakan bulu bebiri berwarna merah marak dan setangkai rumput hisop lalu memercikkan darah itu pada kitab* perjanjian dan pada seluruh umat. 20  Musa berkata, “Inilah darah perjanjian. Tuhan telah memerintahkan kamu semua untuk mematuhi perjanjian ini.”+ 21  Dalam cara yang sama, Musa memercikkan darah itu pada khemah suci dan pada semua peralatan yang digunakan untuk khidmat suci.+ 22  Ya, menurut Hukum, hampir segala sesuatu disucikan dengan darah.+ Jika darah tidak dicurahkan, dosa pun tidak dapat diampunkan.+ 23  Hal-hal yang merupakan gambaran+ kepada perkara-perkara di syurga perlu disucikan dengan cara tersebut.+ Tetapi perkara-perkara di syurga memerlukan korban yang jauh lebih baik. 24  Kristus tidak masuk ke dalam Bilik Maha Suci yang dibuat dengan tangan manusia,+ yang hanyalah tiruan daripada Bilik Maha Suci yang sebenar.+ Tetapi dia masuk ke syurga;+ sekarang di sana, dia menghadap Tuhan bagi pihak kita.+ 25  Dia berbuat demikian, bukan untuk mempersembahkan dirinya berulang kali, seperti yang dilakukan oleh imam agung yang masuk ke dalam Bilik Maha Suci tiap-tiap tahun+ dengan membawa darah yang bukan darahnya sendiri. 26  Jika tidak, dia perlu menderita berulang kali sejak dunia diasaskan.* Tetapi sekarang, pada penghujung sistem-sistem ini,* dia sudah menunjukkan dirinya sekali sahaja untuk selama-lamanya, dan dia telah mengorbankan dirinya untuk menyingkirkan dosa.+ 27  Semua orang mesti mati sekali untuk selama-lamanya, dan setelah itu ada penghakiman. 28  Demikian juga, Kristus dipersembahkan sekali sahaja untuk selama-lamanya bagi menanggung dosa banyak orang.+ Dia akan menampakkan diri untuk kali kedua, bukan untuk menyingkirkan dosa, tetapi untuk dilihat oleh mereka yang mencarinya dengan bersungguh-sungguh, supaya mereka diselamatkan.+

Nota Kaki

Harfiah, “perjanjian.”
Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.
Atau “tempat pendamaian.”
Atau “ialah suatu perumpamaan bagi; ialah suatu cerita ibarat bagi.”
Harfiah, “pelbagai jenis pembaptisan.”
Harfiah, “penebusan.”
Atau “perantara.”
Harfiah, “dirasmikan.”
Atau “gulungan.”
Iaitu, sejak anak-anak Adam dan Hawa dilahirkan.
Atau “zaman-zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”