Surat kepada Orang Ibrani 6:1-20

  • Berusaha menjadi matang (1-3)

  • Memakukan Anak Tuhan pada tiang sekali lagi (4-8)

  • Meneguhkan harapan (9-12)

  • Janji Tuhan pasti terlaksana (13-20)

    • Janji dan sumpah Tuhan tidak berubah (17, 18)

6  Sekarang, setelah kita selesai mempelajari ajaran asas+ tentang Kristus, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi matang.+ Janganlah kita berulang kali mempelajari hal-hal asas,* tentang hal bertaubat daripada kerja yang sia-sia, tentang iman kepada Tuhan,  tentang pembaptisan, tentang hal meletakkan tangan pada orang,+ tentang pembangkitan orang mati,+ dan tentang penghakiman yang kekal.  Jika diizinkan Tuhan, kita akan berusaha untuk menjadi matang.  Sesetengah orang pernah menerima cahaya daripada Tuhan+ dan kuasa suci-Nya, dan merasai kurniaan percuma dari syurga.  Mereka juga pernah menerima firman Tuhan yang unggul dan berkat-berkat* yang berkaitan dengan sistem dunia* yang akan datang.  Namun mereka sudah menolak ajaran sejati.+ Oleh sebab mereka sendiri memakukan Anak Tuhan pada tiang sekali lagi dan memalukannya di hadapan umum,+ adalah mustahil untuk membantu mereka bertaubat lagi.  Sebagai contoh, tanah yang menyerap hujan yang sering turun ke atasnya lalu menghasilkan tumbuhan yang berguna bagi orang yang mengusahakannya, akan menerima berkat daripada Tuhan.  Tetapi jika tanah itu menghasilkan tumbuhan berduri, tanah itu tidak berguna. Tidak lama kemudian, tanah itu akan dikutuk dan akhirnya dibakar.  Saudara-saudara yang dikasihi, meskipun kami berkata demikian, kami yakin bahawa keadaan kamu lebih baik daripada mereka yang sudah meninggalkan iman. Kami yakin bahawa kamu sedang melakukan hal-hal yang berkaitan dengan penyelamatan. 10  Hal ini demikian kerana Tuhan bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan kerja yang telah kamu lakukan dan kasih yang telah kamu tunjukkan demi nama-Nya+ dengan menolong umat suci-Nya, baik dahulu mahupun sekarang. 11  Kami ingin setiap orang dalam kalangan kamu menunjukkan kerajinan yang sama supaya harapan kamu teguh+ dan pasti sampai ke akhir,+ 12  dan supaya kamu tidak menjadi malas.+ Tirulah contoh mereka yang mewarisi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kerana mereka beriman dan bersabar. 13  Semasa Tuhan berjanji kepada Abraham, Dia bersumpah demi diri-Nya sendiri,+ kerana tidak ada sesiapa pun yang lebih besar daripada-Nya. 14  Dia bersumpah, “Aku pasti akan memberkati engkau dan Aku pasti akan melipatgandakan keturunanmu.”+ 15  Selepas Abraham menunggu dengan sabar, dia menerima janji itu. 16  Semasa manusia bersumpah, mereka bersumpah atas nama orang yang lebih besar daripada mereka, dan hal itu menjadi suatu jaminan sah bagi mereka dan dapat mencegah perselisihan.+ 17  Dalam cara yang sama, semasa Tuhan hendak membuktikan dengan lebih jelas kepada pewaris-pewaris janji-Nya+ bahawa tujuan-Nya* tidak sekali-kali akan berubah, Dia mengangkat sumpah sebagai jaminan firman-Nya.* 18  Kedua-dua perkara itu tidak sekali-kali akan berubah, dan tidak mungkin Tuhan akan berdusta tentangnya.+ Oleh itu, kita yang telah melarikan diri ke tempat perlindungan Tuhan boleh mendapat galakan yang besar untuk berpegang teguh pada harapan yang ada di hadapan kita. 19  Harapan+ kita yang teguh dan pasti bagaikan sauh bagi jiwa* kita. Harapan ini menembusi tirai,+ 20  dan di situ, sudah ada seseorang* yang masuk terlebih dahulu demi kepentingan kita. Orang yang dimaksudkan itu ialah Yesus+ yang telah menjadi imam agung seperti Melkisedek untuk selama-lamanya.+

Nota Kaki

Harfiah, “Janganlah kita meletakkan asas lagi.”
Harfiah, “kuasa-kuasa.”
Atau “zaman.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Atau “kehendak-Nya.”
Atau “Dia menambahkan sumpah kepada firman-Nya.”
Atau “kehidupan.”
Atau “seorang pelopor.”