Surat kepada Orang Ibrani 11:1-40

  • Erti iman (1, 2)

  • Contoh orang yang beriman (3-40)

    • Mustahil menyenangkan hati Tuhan tanpa iman (6)

11  Iman ialah keyakinan yang teguh bahawa apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.+ Iman ialah bukti yang kukuh bahawa apa yang dipercayai adalah nyata meskipun hal-hal itu tidak dapat dilihat.  Oleh sebab orang pada zaman kuno* beriman, Tuhan telah menunjukkan* bahawa Dia berkenan kepada mereka.  Kerana beriman, kita memahami bahawa perkara-perkara di langit dan di bumi* diaturkan menurut firman Tuhan. Dengan demikian apa yang kelihatan itu wujud daripada apa yang tidak kelihatan.  Kerana beriman, Habel mempersembahkan korban kepada Tuhan, dan korbannya lebih bernilai daripada korban yang dipersembahkan oleh Kain.+ Dengan imannya itu, Habel menerima kesaksian bahawa dia diperkenankan Tuhan, kerana Tuhan berkenan dengan pemberiannya.+ Kerana imannya itu, Habel masih berkata-kata+ meskipun dia sudah mati.  Kerana beriman, Henokh+ dipindahkan supaya dia tidak menderita ketika dia mati. Henokh tidak dijumpai di mana-mana pun kerana Tuhan telah memindahkannya.+ Sebelum dia dipindahkan, Tuhan telah memberikan kesaksian kepada Henokh bahawa dia sudah menyenangkan hati Tuhan.  Tanpa iman, tidak ada seorang pun dapat menyenangkan hati Tuhan, kerana sesiapa yang menghadap Tuhan mesti percaya bahawa Dia wujud dan bahawa Dia memberikan ganjaran kepada orang yang mencari-Nya dengan bersungguh-sungguh.+  Kerana beriman, selepas Nuh+ mendapat amaran daripada Tuhan tentang perkara-perkara yang belum kelihatan,+ dia memperlihatkan rasa takut akan Tuhan dan membina sebuah bahtera+ untuk menyelamatkan rumah tangganya. Melalui imannya, Nuh menunjukkan bahawa dunia ini patut dihukum,+ dan kerana imannya, dia dinyatakan sebagai seorang yang mendapat perkenan Tuhan.  Kerana beriman, Abraham+ mematuhi Tuhan semasa Tuhan memanggilnya untuk pergi ke tempat yang akan diberikan sebagai warisan kepadanya. Abraham meninggalkan negerinya meskipun dia tidak tahu ke mana dia akan pergi.+  Kerana beriman, Abraham tinggal sebagai orang asing di tanah yang dijanjikan.+ Dia tinggal di dalam khemah+ bersama Ishak dan Yakub, yang menerima janji yang sama daripada Tuhan.+ 10  Hal ini demikian kerana Abraham menantikan kota yang mempunyai asas yang kukuh, iaitu kota yang direka dan dibina oleh Tuhan.+ 11  Kerana beriman, Sara dapat mengandungkan anak meskipun dia sudah berumur.+ Hal ini demikian kerana Sara menganggap Dia yang telah berjanji itu dapat dipercayai.* 12  Oleh sebab itu, melalui seorang lelaki yang dianggap terlalu tua untuk menghasilkan keturunan,*+ banyak anak telah dilahirkan.+ Bilangan mereka sebanyak bintang di langit dan tidak terhitung banyaknya seperti pasir di pantai.+ 13  Semua orang ini beriman sampai mati. Walaupun janji-janji Tuhan tidak terlaksana pada zaman mereka,+ dari jauh,+ mereka melihat dan menyambutnya. Mereka menyatakan di hadapan umum bahawa mereka hanyalah orang asing dan penduduk sementara di tempat yang didiami oleh mereka. 14  Orang yang berkata demikian menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari tempat yang akan menjadi tempat kediaman mereka. 15  Jika mereka selalu memikirkan tempat yang telah ditinggalkan oleh mereka,+ mereka sebenarnya berpeluang kembali ke situ. 16  Tetapi mereka berusaha untuk mendapatkan tempat yang lebih baik, iaitu tempat yang berkaitan dengan syurga. Maka Tuhan tidak malu untuk disebut sebagai Tuhan mereka,+ dan Dia sudah menyediakan sebuah kota untuk mereka.+ 17  Kerana beriman, semasa Abraham diuji,+ dia seolah-olah sudah mempersembahkan Ishak sebagai korban. Lelaki ini, yang telah menerima janji-janji Tuhan dengan gembira, bersedia untuk mempersembahkan anak tunggalnya sebagai korban,+ 18  meskipun Tuhan pernah berfirman kepadanya, “Keturunanmu akan datang daripada Ishak.”+ 19  Abraham percaya bahawa walaupun Ishak mati, Tuhan dapat membangkitkannya daripada kematian. Dalam erti kiasan, dia telah menerima Ishak kembali daripada kematian.+ 20  Kerana beriman, Ishak memberkati Yakub+ dan Esau+ dan memberitahu mereka tentang hal-hal yang akan berlaku pada masa depan. 21  Kerana beriman, Yakub memberkati anak-anak Yusuf+ dan menyembah Tuhan sambil bersandar pada kepala tongkatnya+ semasa dia hampir mati.+ 22  Kerana beriman, semasa Yusuf hampir mati, dia berkata bahawa umat Israel akan keluar dari Mesir. Dia juga memberikan perintah-perintah tentang pengebumiannya.*+ 23  Kerana beriman, ibu bapa Musa menyembunyikan Musa selama tiga bulan setelah dia lahir.+ Mereka melihat bahawa anak itu comel+ dan mereka tidak takut pada perintah raja.+ 24  Kerana beriman, sesudah Musa menjadi dewasa,+ dia enggan dipanggil anak kepada puteri Firaun.*+ 25  Dia memilih untuk dianiaya bersama umat Tuhan daripada menikmati kesenangan hidup berdosa yang bersifat sementara. 26  Dia menganggap bahawa celaan yang ditanggungnya sebagai Orang yang Diurapi* jauh lebih berharga daripada harta karun di Mesir. Dia menumpukan perhatian kepada ganjaran yang bakal diterima. 27  Kerana beriman, Musa meninggalkan Mesir+ tanpa berasa takut akan kemarahan raja.+ Dia tetap teguh seolah-olah dia dapat melihat Tuhan yang tidak kelihatan.+ 28  Kerana beriman, dia merayakan Perayaan Paska* dan memercikkan darah pada tiang pintu agar malaikat Tuhan tidak membunuh* anak lelaki sulung orang Israel.+ 29  Kerana beriman, umat Israel menyeberangi Laut Merah seperti berjalan di atas tanah yang kering.+ Tetapi semasa orang Mesir mencuba menyeberanginya, laut itu menelan mereka.+ 30  Kerana orang Israel beriman, tembok Yerikho roboh setelah mereka mengelilinginya selama tujuh hari.+ 31  Kerana beriman, Rahab, pelacur itu, menyambut pengintip-pengintip Israel dengan ramah. Oleh sebab itu, dia tidak lenyap bersama-sama mereka yang ingkar.+ 32  Apa lagi yang akan aku katakan? Masa tidak akan cukup jika aku bercerita tentang Gideon,+ Barak,+ Simson,+ Yefta,+ Daud,+ dan Samuel+ serta nabi-nabi yang lain. 33  Kerana beriman, mereka menewaskan kerajaan-kerajaan,+ melakukan hal-hal yang benar, mendapat apa yang dijanjikan,+ menutup mulut singa-singa,+ 34  tidak dibakar oleh api yang berkobar-kobar,+ terselamat daripada mata pedang,+ menjadi kuat walaupun mereka lemah,+ perkasa dalam perang,+ dan menumpaskan tentera musuh.+ 35  Wanita-wanita telah menerima kembali orang kesayangan mereka yang telah dibangkitkan.+ Orang lain pula enggan menyangkal iman semata-mata untuk dibebaskan. Mereka sanggup diseksa kerana ingin meraih pembangkitan yang lebih baik. 36  Yang lain menghadapi ujian kerana diperolok-olokkan dan dicambuk. Selain itu, ada yang dirantai+ dan dipenjarakan.+ 37  Ada juga yang direjam,+ diuji, dipotong menjadi dua dengan gergaji, dan dibunuh dengan pedang.+ Mereka mengembara dengan berpakaian kulit biri-biri atau kambing.+ Mereka serba kekurangan, hidup sengsara,+ dan dilayan dengan buruk.+ 38  Dunia ini bukan tempat yang layak untuk mereka. Mereka mengembara di padang gurun, gunung-gunung, gua-gua,+ dan lubang-lubang di bawah tanah. 39  Tuhan telah memberikan kesaksian kepada semua orang ini bahawa mereka mendapat perkenan-Nya kerana mereka beriman. Namun, mereka tidak menerima apa yang dijanjikan, 40  kerana awal-awal lagi, Tuhan telah berfikir untuk memberi kita sesuatu yang lebih baik.+ Dengan ini, mereka tidak akan dijadikan sempurna tanpa kita.

Nota Kaki

Atau “Oleh sebab nenek moyang kita.”
Atau “memberikan kesaksian kepada mereka.”
Atau “bahawa zaman-zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Atau “setia.”
Harfiah, “dianggap sudah mati.”
Harfiah, “tulang-tulangnya.”
Gelaran bagi raja Mesir.
Harfiah, “Kristus.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “menyentuh.”