Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Hosea 4:1-19

RANGKA KANDUNGAN

  • Tuduhan Yehuwa terhadap orang Israel (1-8)

    • Pengetahuan tentang Tuhan sudah lenyap di Israel (1)

  • Umat Israel menyembah berhala dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral (9-19)

    • “Menyimpang kerana ingin berbuat cabul” (12)

4  Hai orang Israel, dengarlah firman Yehuwa.Yehuwa ingin mendakwa penduduk negeri ini,+Kerana kebenaran, kesetiaan, kasih, dan pengetahuan tentang Tuhan, sudah lenyap dari negeri ini.+   Sumpah palsu, dusta,+ pembunuhan,+Pencurian, dan perzinaan+ semakin berleluasa,Dan penumpahan darah tidak pernah berhenti.+   Itulah sebabnya negeri ini akan berkabung,+Dan semua penduduk di sini akan dibinasakan.Sesungguhnya binatang liar di padang akan musnah,Dan burung di langit serta ikan di laut pun akan lenyap.   “Janganlah sesiapa menegur dan menyalahkan umat ini,+Kerana mereka sudah menjadi seperti orang yang menentang imam.+   Mereka akan tersandung pada siang hari seperti orang yang tersandung pada malam hari.Sesungguhnya nabi-nabi juga akan tersandung bersama mereka, Dan Aku akan memusnahkan ibu mereka.   Umat-Ku akan lenyap kerana mereka tidak mengenal Aku. Oleh sebab mereka enggan mengenal Aku,+Aku juga tidak akan mengakui mereka sebagai imam-Ku.Oleh sebab mereka melupakan hukum-Ku,+Aku juga akan melupakan keturunan mereka.   Semakin banyak jumlah para imam, semakin banyak dosa mereka terhadap Aku.+ Maka Aku akan mengubah kemuliaan mereka menjadi kehinaan.*   Mereka menggemukkan diri apabila umat-Ku berdosa;Mereka mahu umat ini terus berdosa supaya mereka dapat makan daging yang dipersembahkan.   Apa yang terjadi kepada para imam juga akan terjadi kepada umat ini;Aku akan menghukum mereka semua atas segala yang dilakukan oleh mereka,Dan Aku akan membalas mereka setimpal dengan perbuatan mereka.+ 10  Mereka akan makan tetapi tidak akan rasa puas.+ Meskipun mereka melakukan hubungan seks dengan banyak perempuan,* mereka tidak akan mendapat keturunan,+Kerana mereka semua telah menghina Aku, Yehuwa. 11  Wain, baik yang lama mahupun yang baharu, dan perbuatan cabul,*Melemahkan tekad seseorang untuk melakukan apa yang benar.+ 12  Umat-Ku meminta petunjuk daripada berhala-berhala kayu mereka,Dan mereka menggunakan tongkat ahli nujum untuk menentukan apa yang harus dilakukan.Mereka telah menyimpang kerana ingin berbuat cabul,Dan mereka enggan tunduk kepada-Ku kerana ingin melakukan pelacuran. 13  Mereka mempersembahkan korban di atas gunung-gunung,+Dan mereka membakar kemenyan di atas bukit-bukit,Di bawah pokok-pokok oak dan pokok-pokok storaks,Serta di bawah pokok-pokok besar lain,+ kerana tempat-tempat itu teduh. Itulah sebabnya anak-anak perempuan mereka melacurkan diri,Dan menantu-menantu perempuan mereka berzina. 14  Tetapi Aku tidak akan menghukum anak-anak perempuan mereka yang melacurkan diri,Dan Aku juga tidak akan menghukum menantu-menantu perempuan mereka yang berzina, Kerana para lelaki dalam kalangan mereka telah mengikut pelacur-pelacur,Dan mempersembahkan korban bersama pelacur-pelacur kuil.Sesungguhnya, umat yang tidak berpengertian+ ini akan dihapuskan. 15  Hai Yehuda, Israel telah melakukan perbuatan cabul,+Tetapi janganlah engkau melakukan dosa yang sama.+ Janganlah pergi ke Gilgal+ atau ke Bet-awen,+Dan janganlah bersumpah dengan berkata, ‘Demi Yehuwa yang hidup!’+ 16  Israel sudah menjadi seperti seekor lembu yang keras kepala.+ Adakah Aku, Yehuwa, akan menggembala mereka seperti menggembala bebiri muda di padang rumput? 17  Efraim sudah terpikat oleh patung berhala.+ Maka biarkanlah mereka! 18  Setelah menghabiskan minuman keras* mereka,Mereka melakukan hubungan seks yang tidak bermoral. Para pemimpin mereka suka akan kehinaan.+ 19  Akhirnya, mereka akan dibawa pergi seolah-olah ditiup angin,Dan mereka akan mendapat malu kerana korban-korban yang dipersembahkan oleh mereka.”

Nota Kaki

Atau mungkin, “Mereka tidak memuliakan Aku, sebaliknya mereka telah menghina Aku.”
Atau “dengan pelacur.”
Atau “dan pelacuran.”
Atau “bir.”