Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Hakim-Hakim 3:1-31

RANGKA KANDUNGAN

  • Yehuwa menguji Israel (1-6)

  • Otniel, hakim yang pertama (7-11)

  • Hakim Ehud bunuh Raja Eglon yang gemuk (12-30)

  • Hakim Samgar (31)

3  Inilah bangsa-bangsa yang dibenarkan oleh Yehuwa untuk tinggal di negeri Kanaan agar mereka dapat menguji umat Israel yang belum pernah berperang+  (dengan demikian, generasi-generasi orang Israel yang berikutnya dapat belajar cara untuk berperang, terutamanya mereka yang belum pernah ikut berperang):  Lima orang raja bangsa Filistin,+ semua orang Kanaan, orang Sidon,+ dan orang Hewi+ yang tinggal di Gunung Lebanon,+ dari Gunung Baal-hermon sampai ke Lebo-hamat.*+  Bangsa-bangsa itu dibiarkan untuk menguji umat Israel. Dengan demikian, umat Israel dapat menunjukkan sama ada mereka akan mematuhi perintah yang diberikan Yehuwa kepada nenek moyang mereka melalui Musa, atau tidak.+  Oleh itu, umat Israel tetap tinggal dalam kalangan orang Kanaan,+ orang Het, orang Amori, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus.  Orang Israel mengahwini gadis bangsa-bangsa itu, dan membenarkan lelaki bangsa-bangsa itu mengahwini anak perempuan mereka. Orang Israel turut menyembah tuhan-tuhan mereka.+  Umat Israel lupa akan Yehuwa, Tuhan mereka. Mereka melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, dan mereka menyembah Baal+ dan tiang-tiang suci.*+  Oleh itu Yehuwa sangat murka terhadap umat Israel, lalu menyerahkan* mereka ke dalam tangan Raja Kusyan-risyataim dari Mesopotamia.* Mereka menjadi hamba kepada raja itu selama lapan tahun.  Ketika umat Israel berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong,+ Yehuwa memberi mereka seorang penyelamat yang bernama Otniel+ untuk membebaskan mereka.+ Otniel ialah anak Kenas, iaitu adik lelaki Kaleb. 10  Kuasa suci* Yehuwa dicurahkan ke atas Otniel+ dan dia menjadi hakim umat Israel. Semasa dia berperang, Yehuwa menyerahkan Raja Kusyan-risyataim dari Mesopotamia* ke dalam tangannya agar Otniel dapat mengalahkan raja itu. 11  Negeri itu aman selama 40 tahun. Kemudian Otniel anak Kenas meninggal. 12  Sekali lagi umat Israel melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ Maka Yehuwa membiarkan Raja Eglon dari Moab+ menjadi lebih kuat daripada Israel, kerana perbuatan mereka itu buruk di mata Yehuwa. 13  Raja Eglon mengumpulkan orang Ammon+ dan orang Amalek+ untuk menyerang orang Israel, dan mereka telah menawan kota pokok palma.+ 14  Orang Israel menjadi hamba kepada Raja Eglon dari Moab selama 18 tahun.+ 15  Kemudian orang Israel berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong.+ Maka Yehuwa memberi mereka seorang penyelamat,+ iaitu Ehud+ daripada suku Benyamin.+ Ehud ialah anak Gera dan seorang yang kidal.+ Dia diutus oleh orang Israel untuk menghantar ufti kepada Raja Eglon dari Moab. 16  Sebelum itu, Ehud membuat sebilah pedang bermata dua yang panjangnya kira-kira 38 sentimeter.* Dia mengikat pedang itu pada paha kanannya, di dalam pakaiannya. 17  Kemudian dia memberikan ufti kepada Raja Eglon dari Moab. Eglon itu seorang yang sangat gemuk. 18  Selepas Ehud menyerahkan ufti, dia dan semua orang yang membawa ufti itu berangkat pulang. 19  Tetapi apabila mereka tiba di patung-patung berukir* dekat Gilgal,+ Ehud berpatah balik lalu berkata kepada Eglon, “Tuanku, ada rahsia yang hendak hamba sampaikan kepada tuanku.” Maka raja berkata, “Tinggalkan kami berdua!” Lalu semua hamba raja keluar dari situ. 20  Pada masa itu raja duduk seorang diri di dalam bilik yang dingin di bumbung istananya. Ehud menghampirinya dan berkata, “Hamba ada perkhabaran daripada Tuhan untuk tuanku.” Maka raja pun bangun dari takhtanya.* 21  Kemudian dengan tangan kiri, Ehud menghunus pedang dari paha kanannya lalu menikam perut raja. 22  Seluruh pedang itu, termasuk tangkai pedang, terbenam ke dalam perut raja lalu najisnya terkeluar. Pedang itu tersepit dalam lemak perut raja dan Ehud tidak mencabut pedang itu. 23  Ehud menutup lalu mengunci pintu-pintu bilik itu. Kemudian dia keluar melalui anjung* bilik 24  dan meninggalkan tempat itu. Apabila hamba-hamba raja datang ke bumbung dan nampak pintu bilik berkunci, mereka berfikir, “Raja pasti sedang buang air di dalam bilik yang dingin itu.” 25  Setelah lama menunggu, raja masih tidak membuka pintu, jadi mereka pun berasa hairan. Apabila mereka mengambil kunci dan membuka pintu, mereka nampak raja mereka mati terlentang di atas lantai!* 26  Ehud telah melarikan diri sementara hamba-hamba raja itu masih berlambat-lambat. Dia melintasi patung-patung berukir*+ dan sampai dengan selamat di Seira. 27  Apabila dia tiba di kawasan pergunungan Efraim,+ dia meniup trompet+ lalu dia memimpin orang Israel turun dari kawasan pergunungan itu. 28  Kemudian dia berkata kepada mereka, “Ikutlah aku! Yehuwa telah menyerahkan musuh kamu, orang Moab, ke dalam tangan kamu.” Maka mereka mengikutinya dan menawan tempat penyeberangan di Sungai Yordan agar orang Moab tidak dapat melarikan diri. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menyeberanginya. 29  Pada masa itu, mereka membunuh kira-kira 10,000 orang Moab+ yang kuat dan berani. Tiada seorang pun yang dapat melarikan diri.+ 30  Pada hari itu, orang Israel mengalahkan orang Moab dan negeri mereka aman selama 80 tahun.+ 31  Selepas Ehud, Samgar+ anak Anat menjadi penyelamat orang Israel. Dia telah membunuh 600 orang Filistin+ dengan sebatang tongkat yang tajam.*+

Nota Kaki

Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “menjual.”
Harfiah, “Aram-naharaim.”
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Harfiah, “Aram.”
Harfiah, “1 hasta,” mungkin hasta yang pendek. Lihat Lampiran B14.
Atau mungkin, “di kuari.”
Atau “kerusinya.”
Atau mungkin, “lubang udara.”
Harfiah, “tanah.”
Atau mungkin, “kuari.”
Atau “tongkat untuk menggiring lembu.”