Surat kepada Filemon 1:1-25

  • Salam (1-3)

  • Kasih dan iman Filemon (4-7)

  • Paulus merayu demi Onesimus (8-22)

  • Salam akhir (23-25)

 Aku, Paulus, yang dipenjarakan+ kerana Kristus Yesus, dan Timotius,+ saudara kita, menulis surat ini kepada Filemon, rakan sekerja kami yang dikasihi,  dan kepada sidang yang berkumpul di rumah+ Filemon. Surat ini juga ditujukan kepada Apfia, saudari kami, dan Arkhipus,+ rakan seperjuangan kami:  Semoga kamu dikurniai kebaikan hati yang unggul dan kedamaian daripada Tuhan, Bapa kita, dan Tuan Yesus Kristus.  Aku sentiasa bersyukur kepada Tuhanku semasa aku menyebut kamu dalam doaku,+  kerana aku sering mendengar tentang imanmu terhadap Tuan Yesus dan kasihmu terhadapnya dan terhadap semua umat suci.  Aku berdoa supaya iman yang kamu dan rakan seiman kamu miliki akan mendorong kamu untuk sedar bahawa kita telah menerima semua perkara baik melalui Kristus.  Aku meraih banyak sukacita dan berasa sangat lega hati apabila aku mendengar tentang kasihmu, kerana hati umat suci Tuhan telah disegarkan melalui kamu, saudaraku.  Itulah sebabnya sebagai rasul Kristus, aku sebenarnya berkuasa* memerintah kamu untuk melakukan apa yang patut dilakukan,  tetapi aku lebih rela merayu kepada kamu atas dasar kasih. Hal ini demikian kerana aku, Paulus, sudah lanjut usia, dan sekarang aku juga dipenjarakan kerana Kristus Yesus. 10  Aku merayu kepada kamu demi anakku Onesimus.+ Aku telah menjadi seperti seorang bapa kepadanya+ semasa aku di dalam penjara.* 11  Sebelum ini dia tidak berguna bagimu, tetapi sekarang dia berguna bagimu dan bagiku. 12  Aku mengutus dia yang sangat aku kasihi kembali kepadamu. 13  Aku mahu dia tetap berada bersamaku di sini untuk menggantikan kamu, supaya dia dapat berkhidmat kepadaku semasa aku dipenjarakan kerana berita baik.+ 14  Tetapi aku tidak mahu melakukan apa-apa tanpa izinmu, supaya kamu melakukan perbuatan baik ini bukan kerana terpaksa tetapi atas kerelaanmu sendiri.+ 15  Barangkali inilah sebabnya dia meninggalkan kamu untuk sementara waktu, supaya kamu boleh mendapatnya kembali untuk selama-lamanya, 16  bukan lagi sebagai seorang hamba,+ tetapi lebih daripada seorang hamba, iaitu sebagai seorang saudara. Aku sangat mengasihinya, tetapi kamu akan lebih mengasihinya, baik sebagai seorang hamba mahupun sebagai saudara yang dikasihi+ dalam khidmat Tuan kita. 17  Oleh itu, jika kamu menganggap aku sebagai seorang kawan, sambutlah dia sepertimana kamu menyambut aku. 18  Selain itu, jika dia pernah berbuat salah terhadapmu atau berhutang apa-apa denganmu, biarlah aku yang menanggungnya. 19  Aku, Paulus, menulis kata-kata ini dengan tanganku sendiri: Aku akan membayar semua hutangnya. Sebenarnya, aku tidak perlu mengingatkan kamu bahawa kamu sendiri berhutang nyawa denganku. 20  Ya, saudaraku, semoga kamu membantu aku dalam hal ini demi Tuan kita, agar hatiku disegarkan sehubungan dengan Kristus. 21  Aku yakin bahawa kamu akan memenuhi permintaanku. Oleh itu, aku menulis kepada kamu kerana aku tahu bahawa kamu akan melakukan lebih daripada apa yang aku katakan. 22  Selain itu, sediakanlah tempat penginapan untukku, kerana aku berharap agar melalui doa-doa kamu, aku akan kembali* kepada kamu.+ 23  Epafras,+ seorang tahanan seperti aku yang bersatu dengan Kristus Yesus, mengirim salam kepadamu. 24  Begitu juga dengan rakan-rakan sekerjaku, iaitu Markus, Aristarkhus,+ Demas,+ dan Lukas.+ 25  Semoga kebaikan hati Tuan Yesus Kristus yang unggul menyertai sikap baik yang kamu tunjukkan.

Nota Kaki

Atau “dapat bercakap dengan berani untuk.” Lihat Kamus, “Bercakap dengan berani.”
Harfiah, “dibelenggu.”
Atau “dibebaskan.”