Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Ezra 2:1-70

RANGKA KANDUNGAN

  • Senarai orang yang pulang daripada pembuangan (1-67)

    • Hamba-hamba Rumah Tuhan (43-54)

    • Keturunan hamba-hamba Salomo (55-57)

  • Sumbangan sukarela untuk Rumah Tuhan (68-70)

2  Berikut merupakan orang* yang kembali daripada pembuangan.+ Mereka telah dibawa sebagai tawanan ke Babilon+ oleh Raja Nebukadnezar, dan kini mereka dan keturunan mereka kembali ke kota masing-masing di Yerusalem dan Yehuda.+  Mereka kembali bersama Zerubabel,+ Yeshua,+ Nehemia, Serayah, Reelaya, Mordekhai, Bilsan, Mispar, Bigwai, Rehum, dan Baanah. Inilah bilangan lelaki Israel yang kembali daripada pembuangan:+  Keluarga Paros, 2,172 orang;  keluarga Shefatiya, 372 orang;  keluarga Arah,+ 775 orang;  keluarga Pahat-moab+ (daripada keturunan Yeshua dan Yoab), 2,812 orang;  keluarga Elam,+ 1,254 orang;  keluarga Zatu,+ 945 orang;  keluarga Zakai, 760 orang; 10  keluarga Bani, 642 orang; 11  keluarga Bebai, 623 orang; 12  keluarga Azgad, 1,222 orang; 13  keluarga Adonikam, 666 orang; 14  keluarga Bigwai, 2,056 orang; 15  keluarga Adin, 454 orang; 16  keluarga Ater (daripada Hizkia), 98 orang; 17  keluarga Bezai, 323 orang; 18  keluarga Yora, 112 orang; 19  keluarga Hasum,+ 223 orang; 20  keluarga* Gibar, 95 orang; 21  penduduk Betlehem, 123 orang; 22  penduduk Netofa, 56 orang; 23  penduduk Anatot,+ 128 orang; 24  penduduk Azmawet, 42 orang; 25  penduduk Kiryat-yearim, Kefira, dan Beerot, 743 orang; 26  penduduk Rama+ dan Geba,+ 621 orang; 27  penduduk Mikhmas, 122 orang; 28  penduduk Bethel dan Ai,+ 223 orang; 29  penduduk Nebo,+ 52 orang; 30  penduduk* Magbis, 156 orang; 31  keluarga seorang lagi lelaki yang bernama Elam, 1,254 orang; 32  keluarga Harim, 320 orang; 33  penduduk Lod, Hadid, dan Ono, 725 orang; 34  penduduk Yerikho, 345 orang; 35  dan penduduk* Senaa, 3,630 orang. 36  Inilah bilangan imam+ yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Yedaya+ (daripada keluarga Yeshua),+ 973 orang; 37  keluarga Imer,+ 1,052 orang; 38  keluarga Pasyhur,+ 1,247 orang; 39  dan keluarga Harim,+ 1,017 orang. 40  Inilah bilangan orang Lewi+ yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Yeshua dan Kadmiel+ (daripada keluarga Hodawia), 74 orang. 41  Inilah bilangan penyanyi+ yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Asaf,+ 128 orang. 42  Inilah bilangan* pengawal pintu gerbang+ yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Salum, keluarga Ater, keluarga Talmon,+ keluarga Akub,+ keluarga Hatita, dan keluarga Sobai, semuanya berjumlah 139 orang. 43  Inilah hamba-hamba Rumah Tuhan*+ yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Ziha, keluarga Hasufa, keluarga Tabaot, 44  keluarga Keros, keluarga Siaha, keluarga Padon, 45  keluarga Lebana, keluarga Hagaba, keluarga Akub, 46  keluarga Hagab, keluarga Salmai, keluarga Hanan, 47  keluarga Gidel, keluarga Gahar, keluarga Reaya, 48  keluarga Rezin, keluarga Nekoda, keluarga Gazam, 49  keluarga Uza, keluarga Paseah, keluarga Besai, 50  keluarga Asna, keluarga Meunim, keluarga Nefusim, 51  keluarga Bakbuk, keluarga Hakufa, keluarga Harhur, 52  keluarga Bazlut, keluarga Mehida, keluarga Harsa, 53  keluarga Barkos, keluarga Sisera, keluarga Temah, 54  keluarga Neziah, dan keluarga Hatifa. 55  Inilah keluarga hamba-hamba Salomo yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Sotai, keluarga Soferet, keluarga Peruda,+ 56  keluarga Yaalah, keluarga Darkon, keluarga Gidel, 57  keluarga Shefatiya, keluarga Hatil, keluarga Pokheret-hazebaim, dan keluarga Ami. 58  Semua hamba Rumah Tuhan dan semua keluarga hamba-hamba Salomo berjumlah 392 orang. 59  Orang yang datang dari Tel-melah, Tel-harsa, Kerub, Adon, dan Imer telah kembali ke Yerusalem. Tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa puak dan asal usul mereka daripada keturunan Israel. Mereka terdiri daripada+ 60  keluarga Delaya, keluarga Tobia, dan keluarga Nekoda. Mereka semua berjumlah 652 orang. 61  Inilah keturunan imam yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Habaya, keluarga Hakoz,+ dan keluarga Barzilai. (Barzilai telah berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Barzilai+ dari Gilead, dan mengambil nama keluarga isterinya.) 62  Tetapi mereka semua tidak dapat mencari catatan yang dapat membuktikan salasilah keluarga mereka. Oleh itu, mereka tidak layak berkhidmat sebagai imam.*+ 63  Gabenor* memberitahu mereka bahawa selepas seorang imam meminta petunjuk Tuhan dengan menggunakan Urim dan Tumim,*+ barulah mereka boleh makan makanan yang dianggap suci.+ 64  Mereka semua* berjumlah 42,360 orang.+ 65  Tambahan lagi, mereka mempunyai 7,337 orang hamba lelaki dan wanita, dan 200 orang penyanyi lelaki dan wanita. 66  Mereka juga mempunyai 736 ekor kuda, 245 ekor baghal, 67  435 ekor unta, dan 6,720 ekor keldai. 68  Apabila mereka tiba di tapak Rumah Yehuwa di Yerusalem, beberapa orang ketua puak mempersembahkan sumbangan sukarela+ untuk kerja pembinaan semula rumah Tuhan yang benar di tapak asalnya.+ 69  Mereka memasukkan sumbangan ke dalam tabung pembinaan mengikut kemampuan masing-masing. Mereka telah memberikan kira-kira 512 kilogram emas,* 2,850 kilogram perak,*+ dan 100 helai jubah imam. 70  Para imam, orang Lewi, para penyanyi, penjaga pintu gerbang, hamba-hamba Rumah Tuhan, dan orang lain tinggal di kota masing-masing. Demikianlah semua orang Israel tinggal di kota-kota mereka.+

Nota Kaki

Mungkin merujuk kepada orang yang tinggal di wilayah Babilon atau Yehuda.
Atau mungkin, “penduduk.”
Atau mungkin, “keluarga.”
Atau mungkin, “keluarga.”
Atau “bilangan anak-anak.”
Atau “Inilah orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”
Atau “mereka tidak boleh menjadi imam kerana dianggap najis.”
Atau “Tirshata,” iaitu gelaran gabenor wilayah dalam kerajaan Persia.
Lihat Kamus.
Atau “Seluruh sidang.” Lihat Kamus.
Harfiah, “61,000 drakma emas.” Merujuk kepada darik emas Persia yang beratnya 8.4 g. Tidak sama dengan drakma di Kitab Yunani. Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “5,000 mina perak.” Lihat Lampiran B14.