Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Ester 8:1-17

RANGKA KANDUNGAN

  • Mordekhai dinaikkan pangkat (1, 2)

  • Ester merayu kepada raja (3-6)

  • Raja mengeluarkan surat perintah yang baharu (7-14)

  • Orang Yahudi berasa lega dan gembira (15-17)

8  Pada hari itu, Raja Ahasweros memberi Permaisuri Ester semua harta milik Haman,+ musuh orang Yahudi itu.+ Mordekhai dibawa menghadap raja kerana Ester telah memberitahu raja bahawa mereka mempunyai pertalian darah.+  Kemudian raja menanggalkan cincin mohornya+ yang diambilnya semula daripada Haman, lalu memberikannya kepada Mordekhai. Ester pula melantik Mordekhai untuk mengurus segala harta milik Haman.+  Selepas itu, Ester menghadap raja sekali lagi untuk bercakap dengannya. Ester bersujud di hadapan raja sambil menangis dan merayu agar raja memperbaiki keadaan buruk yang disebabkan oleh Haman, orang Agag itu. Ester juga merayu agar raja membatalkan rancangan jahat yang dibuat oleh Haman terhadap orang Yahudi.+  Raja pun menghulurkan tongkat emasnya kepada Ester,+ lalu Ester bangun dan berdiri di hadapan raja.  Dia berkata, “Jika tuanku berkenan kepada hamba dan menyayangi hamba, dan jika permohonan hamba munasabah dan baik di mata tuanku, hamba ingin memohon agar tuanku mengeluarkan surat perintah untuk membatalkan surat-surat yang ditulis oleh Haman+ anak Hamedata, orang Agag itu,+ yang mengandungi rancangannya untuk melenyapkan semua orang Yahudi di seluruh wilayah pemerintahan tuanku.  Bagaimana mungkin hamba sanggup melihat bangsa hamba ditimpa malapetaka, dan melihat sanak saudara hamba dibinasakan?”  Maka Raja Ahasweros berkata kepada Permaisuri Ester dan Mordekhai, orang Yahudi itu, “Lihatlah! Beta telah memberi Ester semua harta milik Haman,+ dan beta telah menggantungkan Haman pada tiang+ kerana dia berkomplot untuk membinasakan orang Yahudi.  Tetapi surat perintah yang telah ditulis atas nama beta dan dimeterai dengan cincin mohor beta tidak boleh dibatalkan.+ Namun begitu, beta membenarkan kamu menulis apa sahaja yang kamu inginkan bagi pihak orang Yahudi. Kamu boleh menulis surat itu atas nama beta, dan memeterai surat itu dengan cincin mohor beta.”  Oleh itu, pada hari ke-23 bulan ketiga, iaitu bulan Siwan,* para setiausaha raja dipanggil untuk menulis surat menurut segala perintah Mordekhai. Surat-surat ini dikirim kepada orang Yahudi dalam tulisan dan bahasa mereka. Surat-surat ini juga ditulis dalam tulisan dan bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di setiap wilayah untuk diberikan kepada ketua-ketua gabenor wilayah,+ para gabenor wilayah, dan pembesar-pembesar setiap bangsa+ di kesemua 127 buah wilayah, dari India sampai ke Etiopia.* 10  Surat-surat itu ditulis atas nama Raja Ahasweros, dan dimeterai dengan cincin mohor raja,+ lalu dihantar oleh para utusan yang menunggang kuda pantas, yang dibela khas untuk urusan diraja. 11  Surat-surat itu menyatakan bahawa raja mengizinkan orang Yahudi di semua kota untuk berkumpul dan mempertahankan nyawa mereka. Orang Yahudi dibenarkan untuk membunuh, menghapuskan, dan melenyapkan orang yang bersenjata daripada bangsa dan wilayah mana pun yang mengancam mereka, termasuk wanita dan kanak-kanak. Orang Yahudi juga dibenarkan untuk merampas harta milik mereka.+ 12  Semua itu akan dilaksanakan di semua wilayah pemerintahan Raja Ahasweros dalam masa satu hari, iaitu pada hari ke-13 bulan ke-12 (bulan Adar*).+ 13  Kandungan* surat itu akan dikuatkuasakan sebagai undang-undang di setiap wilayah. Kemudian undang-undang itu mesti diumumkan kepada semua rakyat agar orang Yahudi dapat bersiap sedia untuk melawan musuh mereka pada hari itu.+ 14  Atas perintah raja, para utusan yang menunggang kuda-kuda milik raja berangkat dengan segera. Undang-undang itu juga diumumkan di kota berkubu* Susan.*+ 15  Selepas itu, Mordekhai beredar dari hadapan raja sambil memakai mahkota emas yang sangat cantik, pakaian kebesaran yang berwarna putih dan biru, serta jubah yang diperbuat daripada kain ungu yang bermutu tinggi.+ Semua orang di kota Susan bersorak-sorai kerana gembira. 16  Orang Yahudi berasa lega, senang hati, dan gembira, dan orang lain menghormati mereka. 17  Di setiap wilayah dan di setiap kota, di mana sahaja perintah dan undang-undang raja disampaikan, orang Yahudi bersukacita dan bergembira. Mereka mengadakan jamuan dan berpesta ria. Bahkan banyak orang daripada bangsa-bangsa lain menjadi orang Yahudi+ kerana mereka takut terhadap bangsa itu.

Nota Kaki

Atau “Habsyah.”
Atau “Salinan.”
Atau “di istana.”
Atau “Susa.”