Ester 2:1-23

  • Mencari permaisuri baharu (1-14)

  • Ester menjadi permaisuri (15-20)

  • Mordekhai mendedahkan muslihat jahat (21-23)

2  Beberapa lama kemudian, apabila kemarahan Raja Ahasweros+ sudah reda, dia teringat akan perbuatan Wasti+ dan tindakan yang telah diambil terhadap Wasti.+  Maka para pelayan peribadi raja berkata, “Carilah anak-anak dara yang muda dan cantik untuk raja.  Hendaklah raja melantik wakil-wakil di seluruh wilayah pemerintahannya+ untuk membawa semua anak dara yang muda dan cantik ke rumah wanita* di kota berkubu* Susan.* Serahkanlah mereka ke bawah jagaan Hegai,+ iaitu seorang sida-sida raja yang berkhidmat sebagai penjaga para wanita, dan berikanlah rawatan kecantikan kepada mereka.*  Gadis yang paling disukai oleh raja akan menjadi permaisuri untuk menggantikan Wasti.”+ Raja senang hati dengan cadangan itu, maka dia pun melaksanakannya.  Di kota berkubu* Susan,+ ada seorang lelaki Yahudi yang bernama Mordekhai.+ Dia ialah anak Yair, cucu Simei, dan cicit Kish daripada suku Benyamin,+  yang telah ditawan oleh Raja Nebukadnezar dari Babilon. Nebukadnezar juga telah mengambil Yekhonya,*+ iaitu raja Yehuda, dan orang yang lain dari Yerusalem sebagai tawanan.  Mordekhai ialah penjaga Hadasa,* iaitu Ester. Ester ialah sepupu Mordekhai.+ Ester seorang gadis yang cantik dan bertubuh molek. Dia menjadi anak angkat Mordekhai selepas kematian ibu bapanya.  Apabila kata-kata dan perintah raja diumumkan, ramai gadis dibawa ke kota berkubu* Susan, dan Ester juga dibawa ke sana. Mereka semua diserahkan ke bawah jagaan Hegai,+ iaitu penjaga para wanita.  Hegai kagum dengan Ester dan suka* kepadanya. Oleh itu, dia segera mengaturkan agar Ester mendapat rawatan kecantikan*+ dan diberi makanan yang khas. Dia juga memilih tujuh orang gadis dari istana untuk melayani Ester, lalu memindahkan Ester dan dayang-dayangnya itu ke tempat yang terbaik di dalam rumah wanita. 10  Ester tidak memberitahu orang lain tentang bangsanya+ atau latar belakang keluarganya+ kerana dia menurut nasihat Mordekhai.+ 11  Setiap hari, Mordekhai berjalan-jalan di halaman depan rumah wanita untuk mengetahui keadaan Ester, dan bagaimana dia dilayan. 12  Setiap gadis diwajibkan untuk menerima rawatan kecantikan selama 12 bulan, iaitu enam bulan dengan minyak mur,+ dan enam bulan lagi dengan minyak balsam*+ dan pelbagai minyak* yang lain. Selepas selesai menjalani rawatan kecantikan itu, barulah mereka akan menghadap Raja Ahasweros mengikut giliran. 13  Apabila seorang gadis pergi menghadap raja, dia akan diberi apa sahaja yang diingininya untuk dibawa dari rumah wanita ke istana raja. 14  Pada waktu petang, gadis itu akan pergi menghadap raja, dan pada waktu pagi, dia akan kembali ke rumah wanita yang kedua, yang berada di bawah jagaan Saasgas,+ iaitu sida-sida yang mengurus para gundik raja. Gadis itu tidak akan menghadap raja lagi kecuali jika raja berkenan kepadanya dan memanggil namanya.+ 15  Kemudian tibalah giliran Ester, anak perempuan Abihail, untuk menghadap raja. (Abihail ialah bapa saudara Mordekhai, dan Mordekhai telah mengambil Ester sebagai anak angkatnya.)+ Ester tidak meminta apa-apa selain apa yang dicadangkan oleh Hegai, sida-sida raja yang bertugas sebagai penjaga para wanita. Sepanjang masa itu, Ester disenangi oleh semua orang yang memandangnya. 16  Pada bulan yang ke-10, iaitu bulan Tebet,* tahun ketujuh pemerintahan Raja Ahasweros,+ Ester dibawa ke istana untuk menghadap raja. 17  Raja mengasihi Ester lebih daripada semua wanita yang lain. Ester mendapat lebih banyak kasih sayang dan perkenan raja berbanding anak-anak dara yang lain. Maka raja mengenakan mahkota* diraja pada kepala Ester dan menjadikannya permaisuri+ untuk menggantikan Wasti.+ 18  Raja mengadakan sebuah jamuan yang besar untuk semua pembesarnya dan pegawainya. Jamuan ini diadakan khasnya untuk Ester. Kemudian raja memberikan pengampunan kepada rakyat di semua wilayah pemerintahannya. Raja juga memberikan banyak hadiah kerana dia sangat kaya. 19  Ketika anak-anak dara*+ dikumpulkan buat kali kedua, Mordekhai duduk di pintu gerbang istana raja. 20  Ester tidak memberitahu orang lain tentang bangsanya atau latar belakang keluarganya+ kerana dia menurut nasihat Mordekhai. Ester terus mematuhi nasihat Mordekhai seperti pada masa dia di bawah jagaannya.+ 21  Bigtan dan Teres, iaitu dua orang pegawai istana yang bertugas sebagai penjaga pintu, berkomplot untuk membunuh Raja Ahasweros kerana mereka marah terhadapnya. Pada waktu itu, Mordekhai sedang duduk di pintu gerbang istana raja. 22  Dia mendapat tahu tentang hal itu dan segera memaklumkannya kepada Permaisuri Ester. Kemudian Ester memberitahukan hal itu kepada raja bagi pihak Mordekhai.* 23  Hal itu telah disiasat dan disahkan kebenarannya. Maka kedua-dua orang pegawai itu dihukum gantung. Semua hal itu ditulis di hadapan raja dalam buku catatan tentang peristiwa pada zaman itu.+

Nota Kaki

Atau “ke harem.” Harem ialah tempat tinggal isteri-isteri atau gundik-gundik raja.
Atau “di istana.”
Atau “Susa.”
Atau “urutlah mereka.”
Atau “Di istana.”
Juga dipanggil Yehoyakhin di 2Ra 24:8.
Maksudnya “Mirtel.” Sejenis tumbuhan.
Atau “ke istana.”
Atau “dan menunjukkan kasih yang setia.”
Atau “agar Ester diurut.”
Lihat Kamus.
Atau “pelbagai krim kecantikan.”
Atau “serban.”
Atau “wanita-wanita muda.”
Atau “atas nama Mordekhai.”