Ester 1:1-22

  • Jamuan Raja Ahasweros di Susan (1-9)

  • Permaisuri Wasti enggan mematuhi raja (10-12)

  • Raja memanggil para penasihatnya (13-20)

  • Raja mengirim surat perintahnya (21, 22)

1  Pada zaman Ahasweros,* dia memerintah 127 buah wilayah,+ dari India sampai ke Etiopia.*  Pada masa itu, Raja Ahasweros memerintah di Susan,*+ sebuah kota berkubu.*  Pada tahun ketiga pemerintahannya, raja mengadakan jamuan untuk semua pembesarnya dan pegawainya. Para pegawai tentera Persia+ dan Media,+ orang bangsawan, dan para gabenor wilayah, semuanya datang menghadap raja.  Raja telah mempamerkan kekayaan dan kemegahan kerajaannya serta menunjukkan kemuliaan dan keagungannya kepada mereka selama berhari-hari, iaitu selama 180 hari.  Selepas itu, raja mengadakan jamuan untuk semua orang yang ada di Susan, kota berkubu* itu. Jamuan itu berlangsung selama tujuh hari. Semua orang, baik yang berpangkat tinggi mahupun yang berpangkat rendah, menyertai raja di taman yang terletak di halaman istananya.  Halaman itu dihiasi dengan tirai-tirai yang diperbuat daripada kain linen, kain biru, dan kain kapas yang bermutu tinggi. Semua tirai itu digantung pada gelang-gelang perak yang ada pada tiang-tiang marmar, dan diikat dengan tali yang diperbuat daripada kain putih dan kain ungu. Selain itu, terdapat juga sofa-sofa emas dan perak yang diletakkan di atas lantai yang diperbuat daripada mutiara, batu merah,* dan batu marmar yang berwarna putih dan hitam.  Raja amat kaya, dan dia mempunyai wain yang sangat banyak. Wain itu dihidangkan di dalam cawan-cawan emas beraneka jenis.  Raja tidak mengenakan sebarang peraturan,* dan setiap orang boleh minum seberapa banyak wain yang diingininya. Raja telah memberikan perintah kepada para pegawai istana bahawa setiap orang boleh berbuat sesuka hati mereka.  Permaisuri Wasti+ juga mengadakan jamuan untuk para wanita di istana Raja Ahasweros. 10  Pada hari ketujuh, raja minum sehingga dia berasa sangat gembira. Maka dia memanggil tujuh orang pegawai istana yang juga berkhidmat sebagai pelayan peribadinya, iaitu Mehuman, Bizta, Harbona,+ Bigta, Abagta, Zetar, dan Karkas. Dia menyuruh mereka 11  membawa Permaisuri Wasti kepadanya dengan memakai mahkota* diraja. Permaisuri cantik sekali, dan raja ingin menunjukkan kecantikannya kepada orang ramai dan kepada para pembesarnya. 12  Tetapi Permaisuri Wasti berkali-kali mengingkari perintah raja yang disampaikan melalui pegawai-pegawai istana itu. Oleh itu, raja sangat marah, dan kemurkaannya berkobar-kobar. 13  Raja pun meminta pendapat orang yang arif tentang adat pada masa itu. (Raja selalu berbincang dengan mereka kerana mereka arif dalam soal hukum dan undang-undang. 14  Dalam kalangan mereka, yang paling rapat dengan raja ialah tujuh orang pembesar Persia dan Media. Nama mereka ialah Karsena, Setar, Admata, Tarsis, Meres, Marsena, dan Memukan.+ Merekalah yang memegang jawatan yang tertinggi dalam kerajaan dan bebas menghadap raja.) 15  Raja berkata kepada mereka, “Permaisuri Wasti telah mengingkari perintah beta yang disampaikan menerusi para pegawai istana. Menurut hukum, apakah yang harus dilakukan terhadap Permaisuri Wasti?” 16  Maka Memukan berkata di hadapan raja dan semua pembesar yang lain, “Permaisuri Wasti bukan sahaja bersalah terhadap raja seorang,+ malahan terhadap semua pembesar dan semua rakyat di seluruh wilayah pemerintahan Raja Ahasweros. 17  Hal ini demikian kerana jika tindakan permaisuri diketahui oleh wanita-wanita yang lain, mereka tidak akan menghormati suami mereka lagi. Mereka akan berkata, ‘Raja Ahasweros menyuruh Permaisuri Wasti untuk menghadapnya, tetapi permaisuri enggan datang.’ 18  Pada hari ini, isteri-isteri kepada pembesar Persia dan Media yang mendengar tentang kelakuan permaisuri tentu akan mengatakan hal yang sama kepada suami mereka. Akibatnya kebencian dan kemarahan akan timbul. 19  Jika tuanku berkenan, keluarkanlah perintah yang melarang Wasti daripada menghadap tuanku lagi. Perintah itu harus dijadikan undang-undang Persia dan Media agar perintah itu tidak boleh dibatalkan.+ Setelah itu, berikanlah kedudukan Permaisuri Wasti kepada wanita lain yang lebih baik. 20  Apabila perintah itu diumumkan di seluruh kerajaan tuanku yang luas ini, semua isteri pasti akan menghormati suami mereka, baik yang berpangkat tinggi mahupun yang berpangkat rendah.” 21  Cadangan itu menyenangkan hati raja dan para pembesar. Raja pun melakukan apa yang dicadangkan oleh Memukan. 22  Dia mengirim surat ke semua wilayah di bawah pemerintahannya.+ Surat-surat itu ditulis dalam tulisan dan bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di wilayah masing-masing. Perintah itu mengatakan bahawa setiap suami haruslah menjadi ketua keluarga dan bercakap menurut bahasa bangsanya.

Nota Kaki

Merujuk kepada Xerxes I, iaitu anak lelaki Darius Agung (Darius Hystaspis).
Atau “Kus; Habsyah.”
Atau “Susa.”
Atau “sebuah istana.”
Atau “istana.”
Atau “porfir.”
Atau “sekatan.”
Atau “serban.”