Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Ayub 23:1-17

RANGKA KANDUNGAN

  • Ayub menjawab (1-17)

    • Ingin mengadukan perkaranya kepada Tuhan (1-7)

    • Berkata bahawa dia tidak dapat mencari Tuhan (8, 9)

    • ‘Aku mengikut jalan-Nya dengan setia’ (11)

23  Ayub menjawab,   “Aku sudah kehabisan tenaga kerana mengeluh.Namun aku akan tetap mengadu kepada Tuhan.+   Seandainya aku tahu di mana Tuhan berada,+ Aku pasti akan pergi ke tempat-Nya.+   Aku akan mengadukan perkaraku kepada-Nya,Dan aku akan menyatakan semua hujahku.   Aku akan mengetahui bagaimana Dia memberikan jawapan,Dan aku akan meneliti apa yang akan dikatakan-Nya.   Adakah Dia akan menentang aku dengan kuasa-Nya yang hebat? Tentu tidak! Sebaliknya, Dia akan mendengar kata-kataku.+   Tuhan akan menyelesaikan aduan orang jujur;Hakimku akan menyatakan aku tidak bersalah buat selama-lamanya.   Namun ketika aku pergi ke timur, Dia tiada di sana;Apabila aku pergi ke barat, aku masih tidak menjumpai-Nya.   Dia pergi ke sebelah kiriku, tetapi aku tidak dapat melihat-Nya;Dia pergi ke sebelah kananku, tetapi aku masih tidak dapat melihat-Nya. 10  Namun Tuhan mengetahui haluan yang telah kutempuh.+ Setelah aku diuji oleh-Nya, aku akan menjadi seperti emas murni.+ 11  Aku telah mengikut jalan-Nya dengan setia;Aku tidak pernah menyimpang daripada haluan-Nya,+ 12  Dan aku tidak pernah mengingkari hukum-Nya. Aku amat menyukai perintah-Nya,+ bahkan melakukan lebih daripada apa yang diminta-Nya daripadaku. 13  Apabila Tuhan menentukan sesuatu, siapakah yang dapat menghalang-Nya?+ Apabila Dia ingin melakukan sesuatu, Dia pasti akan melaksanakannya.+ 14  Ada banyak perkara yang ingin dilakukan oleh Tuhan terhadapku,Dan Dia pasti akan melakukan segala yang dikehendaki-Nya. 15  Itulah sebabnya aku berasa resah dan gelisah;Apabila aku memikirkan-Nya, aku semakin takut akan-Nya. 16  Tuhan menyebabkan aku berasa gentar;Tuhan Yang Maha Kuasa telah membuat aku gerun. 17  Mukaku diselubungi kegelapan yang pekat.Namun begitu, aku tetap tidak akan berdiam diri.

Nota Kaki