Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Ayub 12:1-25

RANGKA KANDUNGAN

  • Ayub menjawab (1-25)

    • “Aku tidak lebih rendah daripada kamu” (3)

    • “Aku sudah menjadi bahan ketawa” (4)

    • ‘Tuhan mempunyai kebijaksanaan’ (13)

    • Tuhan lebih tinggi daripada hakim dan raja (17, 18)

12  Kemudian Ayub menjawab,   “Memanglah kamu orang yang bijak,Dan kebijaksanaan akan lenyap apabila kamu mati!   Tetapi aku juga berpengertian. Aku tidak lebih rendah daripada kamu. Siapakah yang tidak tahu akan semua perkara itu?   Aku sudah menjadi bahan ketawa bagi sahabat-sahabatku,+Kerana aku berharap agar Tuhan mendengarkan seruanku.+ Ya, orang yang baik dan tidak bercela seperti aku akan ditertawakan.   Orang yang tiada kerunsingan menghina orang yang ditimpa malapetaka.Mereka berfikir bahawa hanya orang yang tidak teguh dilanda bencana.   Seperti orang yang menggenggam berhala pujaan mereka,Para perompak hidup damai sejahtera,+Dan orang yang mengundang kemurkaan Tuhan hidup aman sentosa.+   Namun bertanyalah kepada binatang-binatang, dan kamu akan diajar;Bertanyalah juga kepada burung-burung di langit, dan kamu akan diberi pemahaman.   Perhatikanlah* bumi, dan kamu akan mendapat ilmu;Perhatikanlah juga ikan-ikan di laut, dan kamu akan menerima penjelasan.   Siapakah yang tidak tahu bahawaYehuwalah yang menciptakan semua itu? 10  Nafas kehidupan segala makhlukDan nyawa setiap manusia ada dalam tangan-Nya.+ 11  Bukankah telinga yang menguji kata-kata,Sebagaimana lidah mengecap makanan?+ 12  Bukankah kebijaksanaan ada pada orang tua?+Bukankah pengertian ada pada orang yang lanjut usia? 13  Tetapi Tuhanlah yang mempunyai kebijaksanaan dan kekuatan;+Dialah yang mempunyai pengertian dan Dialah yang akan melaksanakan kehendak-Nya.+ 14  Apa yang dirobohkan-Nya tidak dapat dibina semula,+Dan apa yang telah ditutup-Nya tidak dapat dibuka oleh sesiapa pun. 15  Apabila Dia menahan hujan, segala sesuatu menjadi kering;+Apabila Dia mencurahkan hujan, bumi digenangi air.+ 16  Tuhan amat kuat dan bijaksana;+Para pendosa dan orang yang menyebabkan orang lain berdosa ada dalam kekuasaan-Nya. 17  Dia memalukan para penasihat,Dan mempersendakan para hakim.+ 18  Dia melepaskan belenggu-belenggu yang dikenakan oleh para raja,+Dan mengenakan pengikat pada pinggang mereka. 19  Dia merendahkan para imam,+Dan menggulingkan para pemerintah.+ 20  Dia membungkam mulut para penasihat yang dipercayai,Dan merampas kebijaksanaan daripada orang tua-tua. 21  Dia menghina para pembesar,+Dan melemahkan orang yang berkuasa. 22  Dia mendedahkan perkara-perkara yang tersembunyi dalam kegelapan,+Dan menerangi tempat-tempat yang kelam. 23  Dia menjadikan bangsa-bangsa kuat supaya mereka dibinasakan;Dia menjadikan bangsa-bangsa besar supaya mereka ditawan. 24  Dia merampas pengertian para pemimpin,Dan membuat mereka mengembara tanpa tujuan di tanah yang tandus.+ 25  Dia membuat mereka meraba-raba dalam kegelapan,+Dan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.+

Nota Kaki

Atau mungkin, “Bercakaplah kepada.”