Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Amsal 26:1-28

RANGKA KANDUNGAN

  • Ciri-ciri orang malas (13-16)

  • Jangan masuk campur pergaduhan orang lain (17)

  • Jangan mempermainkan orang (18, 19)

  • “Tanpa kayu, api padam” (20, 21)

  • Kata-kata pemfitnah bagaikan makanan enak (22)

26  Sebagaimana salji tidak sepatutnya turun pada musim panas dan hujan tidak sepatutnya turun pada musim menuai,Demikian juga kemuliaan tidak sepatutnya diberikan kepada orang bodoh.+   Sama seperti burung mempunyai sebab untuk melepaskan diri dan sama seperti burung layang-layang mempunyai alasan untuk terbang,Begitu juga suatu kutukan tidak akan dibuat tanpa sebab yang kukuh.*   Cambuk adalah untuk kuda, kekang adalah untuk keldai,+Dan rotan adalah untuk orang yang bodoh.+   Jangan menjawab orang bebal menurut kebodohannya,Supaya kamu tidak menjadi sama sepertinya.   Semasa menjawab orang bebal, dedahkanlah kebodohannyaAgar orang yang bertanya itu tidak menganggap dirinya bijaksana.+   Orang yang mempercayakan suatu perkara kepada orang bodohBagaikan orang yang melumpuhkan kakinya dan mencederakan dirinya.   Umpama kaki orang tempang yang lemah,Begitulah peribahasa yang keluar daripada mulut orang bodoh.+   Memberikan kemuliaan kepada orang bebal+Seperti mengikat batu pada ali-ali.*   Bagaikan tumbuhan berduri di dalam tangan seorang pemabuk,Demikianlah peribahasa yang keluar daripada mulut orang bodoh. 10  Sesiapa yang mengupah orang bebal atau orang yang lalu-lalang,Ibarat pemanah yang melukai orang dengan sesuka hati.* 11  Seperti anjing yang kembali untuk makan apa yang dimuntahkannya,Begitulah orang bebal yang mengulangi kebodohannya.+ 12  Pernahkah kamu melihat orang yang menyangka dirinya bijak?+ Orang bodoh mempunyai lebih banyak harapan daripadanya. 13  Orang malas berkata, “Ada anak singa di jalan,Ada seekor singa di tengah jalan!”+ 14  Seperti sebuah pintu berayun-ayun pada engselnya,Demikianlah orang malas membalik-balikkan badannya di atas katil.+ 15  Orang malas meletakkan tangannya ke dalam mangkuk,Tetapi dia terlalu letih untuk menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.+ 16  Orang malas berfikir bahawa dia lebih bijakDaripada tujuh orang yang memberikan jawapan yang tepat. 17  Seperti orang yang mencengkam telinga anjing,Demikianlah orang* yang melibatkan diri dalam pergaduhan orang lain.+ 18  Bagaikan orang gila yang melepaskan anak panah dan senjata berapi yang membawa maut, 19  Begitulah orang yang memperdaya orang lain lalu berkata, “Aku main-main saja!”+ 20  Tanpa kayu, api padam,Dan tanpa pemfitnah, pertengkaran pun berhenti.+ 21  Sebagaimana arang dan kayu membuat api menyala,Begitu juga orang yang suka bertengkar mencetuskan pergaduhan.+ 22  Kata-kata seorang pemfitnah bagaikan makanan yang enak,Dan orang menelannya dengan rakus.*+ 23  Ibarat pecahan tembikar yang dilapisi perak,Demikianlah ucapan kasih dari hati yang keji.+ 24  Dengan kata-kata, seseorang menyembunyikan kebenciannya,Padahal hatinya memendam tipu daya. 25  Jangan mempercayainya walaupun kata-katanya menyenangkan,Kerana hatinya penuh dengan perkara yang keji.* 26  Meskipun dia menipu untuk menyembunyikan kebenciannya,Kejahatannya akan didedahkan dalam sidang. 27  Orang yang menggali lubang akan jatuh ke dalam lubang itu,Dan orang yang menggulingkan batu akan ditimpa oleh batu itu.+ 28  Orang yang berdusta membenci orang yang disakitinya,Dan mulut manis mendatangkan kemusnahan.+

Nota Kaki

Atau mungkin, “kutukan yang tidak berasas tidak akan menjadi kenyataan.”
Senjata yang berupa tali, yang digunakan untuk melontar batu.
Atau “yang melukai semua orang.”
Atau “orang yang lalu-lalang.”
Atau “terus menelannya ke dalam perut.”
Harfiah, “Kerana terdapat tujuh perkara yang keji dalam hatinya.”