Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Amsal 18:1-24

RANGKA KANDUNGAN

  • Orang yang mengasingkan diri—mementingkan diri dan tidak bijak (1)

  • “Nama Yehuwa bagaikan menara yang kukuh” (10)

  • Kekayaan tidak dapat memberikan perlindungan sejati (11)

  • Bijak jika mendengar keterangan dua pihak (17)

  • Sahabat sejati lebih karib daripada saudara kandung (24)

18  Orang yang mengasingkan diri, mementingkan keinginannya sendiri;Orang sedemikian menolak* semua kebijaksanaan.   Orang bodoh tidak suka akan pengertian;Dia hanya ingin mengatakan pendapatnya sendiri.+   Di mana ada orang jahat, di situ ada kebencian,Dan di mana ada perbuatan yang memalukan, di situ ada kehinaan.+   Kata-kata seseorang bagaikan air yang dalam;+ Kebijaksanaan seseorang seperti anak sungai yang mengalir.   Tidak baik memihak kepada orang jahat+Atau menghalang orang baik daripada menuntut keadilan.+   Pertuturan orang bodoh mengakibatkan pertengkaran,+Dan kata-katanya menyebabkan orang lain ingin memukulnya.+   Mulut orang yang tidak berakal membinasakannya,+Dan bibirnya menjadi seperti jerat bagi nyawanya.   Kata-kata seorang pemfitnah bagaikan makanan yang enak,+Dan orang menelannya dengan rakus.*+   Orang yang malas bekerjaIalah sahabat* orang yang suka merompak.+ 10  Nama Yehuwa bagaikan menara yang kukuh;+ Ke sanalah orang yang baik* berlari dan mendapat perlindungan.+ 11  Bagi orang yang kaya, kemewahannya bagaikan kota yang berkubu;Dia menyangka bahawa* kekayaannya ialah tembok perlindungannya.+ 12  Hati yang angkuh akan menyebabkan seseorang celaka,+Tetapi kerendahan hati akan mendatangkan kemuliaan.+ 13  Orang yang menjawab sebelum mendengar,Bukan sahaja bodoh malah memalukan diri sendiri.+ 14  Semangat dapat membantu seseorang menanggung derita penyakit,+Tetapi jika seseorang patah semangat, dapatkah dia bertahan?+ 15  Orang* yang berpengertian berusaha memperoleh pengetahuan,+Dan orang* yang bijaksana berupaya mencari pengetahuan. 16  Hadiah membuka jalan bagi seseorang;+Dengan hadiah itu, seseorang berpeluang berjumpa dengan orang yang ternama. 17  Orang yang pertama mengemukakan suatu perkara selalu nampaknya benar,+Tetapi kebenaran akan diketahui setelah pihak yang lain datang dan memeriksa perkaranya.+ 18  Membuang undi dapat mengakhiri pertikaian,+Dan dapat menyelesaikan perbalahan antara orang yang berkuasa. 19  Lebih mudah menawan kota yang bertembok daripada mencuba menyenangkan hati saudara yang tersinggung;+Ada pertengkaran yang susah dileraikan, sebagaimana pintu gerbang yang berpalang susah dibuka.+ 20  Kata-kata yang diucapkan membawa kesan yang harus dirasakan;Seseorang akan menuai akibat daripada apa yang diucapkannya.*+ 21  Lidah boleh membawa kematian atau kehidupan;+Sesiapa yang suka bercakap pasti merasakan kesan kata-katanya.+ 22  Orang yang mendapat isteri yang baik,+Mendapat sesuatu yang berharga dan memperoleh perkenan Yehuwa.+ 23  Orang miskin memohon dengan sopan,Tetapi orang kaya menjawab dengan kasar. 24  Ada sahabat-sahabat yang cenderung menghancurkan satu sama lain,+Namun ada sahabat yang lebih karib daripada saudara kandung.+

Nota Kaki

Atau “membenci.”
Atau “orang terus menelannya ke dalam perut.”
Harfiah, “saudara.”
Atau “yang berbuat benar.”
Atau “Dalam khayalannya.”
Harfiah, “Hati orang.”
Harfiah, “Dan telinga orang.”
Atau “akan berpuas hati dengan hasil ucapan bibirnya.”