Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Amos 9:1-15

RANGKA KANDUNGAN

  • Tidak dapat melarikan diri daripada hukuman Tuhan (1-10)

  • Rumah Daud dibina semula (11-15)

9  Aku melihat Yehuwa+ berdiri dekat mazbah, dan Dia berfirman, “Pukullah kepala tiang dengan kuat sehingga seluruh bangunan itu bergegar lalu runtuh. Potonglah kepala-kepala tiang itu. Aku akan membunuh semua orang yang tertinggal sehingga tiada seorang pun yang akan dapat melarikan diri atau menyelamatkan diri.+   Walaupun mereka menggali lubang jauh ke dalam bumi untuk bersembunyi,Aku akan menarik mereka keluar dari sana.Walaupun mereka naik sampai ke langit,Aku akan membawa mereka turun dari sana.   Meskipun mereka bersembunyi di puncak Gunung Karmel,Aku akan mencari dan menangkap mereka.+ Meskipun mereka pergi ke dasar laut untuk menyembunyikan diri daripada-Ku,Aku akan menyuruh ular untuk mematuk mereka.   Biarpun mereka ditawan oleh musuh,Aku akan memerintahkan pedang untuk membunuh mereka;+Aku akan memerhatikan mereka untuk mendatangkan bencana, dan bukannya untuk membawa berkat.+   Seperti Sungai Nil di Mesir+ yang bergelora semasa banjir,Mereka akan dilanda rasa cemas dan gelisah.Apabila Aku menyentuh bumi,+ bumi akan bergegar, dan semua+ penduduk bumi akan berkabung.Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat dan ketua angkatan syurga.   ‘Akulah yang membina tangga ke langit,Dan Akulah yang membina kubah di atas bumi.Akulah yang menyebabkan air laut naik,Lalu membuat air itu menjadi hujan yang turun ke atas bumi.+Aku Yehuwa, dan itulah nama-Ku!’+   Aku, Yehuwa, telah berfirman, ‘Hai umat Israel, kamu seperti keturunan Kus bagi-Ku.’ ‘Aku telah membawa kamu keluar dari Mesir.+Aku juga telah membawa orang Filistin keluar dari Kreta,+ dan orang Siria keluar dari Kir.’+   ‘Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, memerhatikan kerajaan yang berdosa ini,Dan Aku akan memusnahkan mereka dari muka bumi.+ Tetapi Aku tidak akan melenyapkan semua keturunan Yakub.’+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.   ‘Aku akan memberikan perintah,Dan seperti orang yang menampi dengan nyiru,*Aku akan menampi keturunan Israel daripada kalangan bangsa-bangsa,+Sehingga sebiji batu kecil pun tidak akan jatuh ke tanah. 10  Semua umat-Ku yang berdosa itu akan mati dibunuh dengan pedang,Iaitu mereka yang berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita.”’ 11  ‘Masanya akan tiba apabila Aku akan mendirikan semula rumah* Daud+ yang telah roboh.Aku akan membaiki rekahan-rekahan pada temboknya,Dan Aku akan memulihkan keadaan rumahnya yang sudah rosak.Ya, Aku akan membinanya semula sehingga menjadi seperti dahulukala.+ 12  Dengan demikian, bahagian negeri Edom+ yang tertinggalDan semua bangsa yang menyandang nama-Ku, akan menjadi milik umat-Ku.’ Aku, Yehuwa, yang melakukan semua ini, telah berfirman. 13  ‘Masanya akan tiba apabila orang yang membajak akan mendahului orang yang menuai,Dan orang yang memeras anggur akan mendahului orang yang menabur benih.+Wain manis akan melimpah dari gunung-gunung,+Dan wain itu akan mengalir dari bukit-bukit.+Aku, Yehuwa, telah berfirman. 14  Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+ 15  ‘Aku akan menempatkan mereka di tanah mereka,Iaitu tanah yang telah Kuberikan kepada mereka,Dan mereka tidak akan dibuang dari sana lagi.’+ Aku, Yehuwa, Tuhan kamu, telah berfirman.”

Nota Kaki

Menampi ialah proses mengasingkan biji-bijian daripada sekam, dan nyiru ialah alat yang digunakan untuk menampi.
Atau “pondok; khemah.”
Atau “umat Israel.”