Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Tiga Yohanes 1:1-14

RANGKA KANDUNGAN

  • Salam dan doa (1-4)

  • Gayus dipuji (5-8)

  • Diotrefes menginginkan tempat pertama (9, 10)

  • Demetrius dipuji (11, 12)

  • Rancangan untuk melawat dan salam (13, 14)

 Surat ini daripada penatua* dan ditujukan kepada Gayus yang dikasihi, dan yang benar-benar aku sayangi.  Saudaraku yang dikasihi, aku berdoa semoga kamu sentiasa sihat dan sejahtera, sebagaimana kamu sekarang hidup sejahtera.  Aku sangat gembira ketika saudara-saudara datang dan memberikan kesaksian bahawa kamu tetap berpegang pada kebenaran, dan aku sangat gembira kerana kamu tetap berjalan mengikut kebenaran.+  Tidak ada yang membuat aku lebih bersukacita* daripada mendengar bahawa anak-anakku tetap berjalan mengikut kebenaran.+  Saudara yang dikasihi, kamu menunjukkan kesetiaan dalam kerja yang kamu lakukan untuk saudara-saudara, walaupun kamu tidak mengenali mereka.+  Mereka telah memberikan kesaksian tentang kasihmu di hadapan sidang. Bantulah mereka dalam cara yang menyenangkan hati Tuhan semasa mereka beredar,+  kerana demi nama Tuhan, mereka pergi untuk menyebarkan berita baik tanpa mengambil apa-apa+ daripada bangsa-bangsa lain.  Maka kita mesti menyambut orang sedemikian dengan ramah,+ supaya kita dapat bekerja bersama-sama untuk menyokong kebenaran.+  Aku sudah menulis sepucuk surat kepada sidang, tetapi Diotrefes, yang ingin mendapat tempat pertama dalam sidang,+ tidak menghormati apa sahaja yang kami katakan.+ 10  Itulah sebabnya, jika aku datang, aku akan mendedahkan perbuatan-perbuatannya. Dia menyebarkan hal-hal yang sangat jahat tentang kami.+ Bukan itu sahaja, dia juga enggan menyambut saudara-saudara+ dengan hormat. Jika ada orang yang mahu menyambut saudara-saudara itu, dia bahkan berusaha menghalang mereka dan menghalau mereka keluar daripada sidang. 11  Saudaraku yang dikasihi, janganlah tiru apa yang buruk. Sebaliknya tirulah apa yang baik.+ Sesiapa yang berbuat baik berasal daripada Tuhan,+ tetapi sesiapa yang berbuat jahat tidak mengenal Tuhan.+ 12  Demetrius dipuji dalam kalangan saudara-saudara, dan dia juga hidup selaras dengan kebenaran. Sebenarnya, kami juga memberikan kesaksian tentang dia, dan kamu tahu bahawa kesaksian yang kami berikan ini benar. 13  Ada banyak lagi yang hendak aku katakan kepada kamu, tetapi aku tidak mahu menyatakannya melalui surat. 14  Aku berharap agar aku dapat bertemu dengan kamu tidak lama lagi dan bercakap dengan kamu secara bersemuka. Semoga kamu dikurniai kedamaian. Sahabat-sahabat di sini mengirim salam kepada kamu. Sampaikan salamku kepada sahabat-sahabat di sana seorang demi seorang.

Nota Kaki

Atau “lelaki tua.”
Atau mungkin, “menyebabkan aku lebih bersyukur.”