Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Dua Timotius 3:1-17

RANGKA KANDUNGAN

  • Masa genting dihadapi pada hari-hari terakhir (1-7)

  • Mengikut teladan Paulus dengan cermat (8-13)

  • ‘Terus berpegang pada apa yang dipelajari’ (14-17)

    • Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan (16)

3  Tetapi ketahuilah hal ini: Pada hari-hari terakhir,+ akan tiba masa genting yang sukar dihadapi.  Manusia akan mencintai diri sendiri, mencintai wang, bercakap besar, bersikap angkuh, dan menghina Tuhan. Mereka tidak mematuhi ibu bapa, tidak tahu berterima kasih, tidak setia,  tidak memiliki kasih sayang, tidak mahu dibawa berbincang, suka memfitnah, tidak tahu mengawal diri, garang, dan tidak mencintai kebaikan.  Mereka juga suka berkhianat, keras kepala, sombong, dan mencintai kesenangan tetapi tidak mencintai Tuhan.  Di depan orang lain mereka nampaknya beribadat kepada Tuhan, tetapi mereka tidak hidup sesuai dengan ibadat mereka.+ Jauhkanlah dirimu daripada mereka semua.  Daripada kalangan mereka, muncullah orang yang masuk ke dalam rumah tangga orang lain dengan licik lalu menawan wanita-wanita yang lemah, yang sarat dengan dosa, dan yang dikuasai oleh pelbagai keinginan.  Wanita-wanita ini selalu belajar tetapi tidak pernah mendapat pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.  Sepertimana Yanes dan Yambres menentang Musa, orang sebegini juga terus menentang kebenaran. Fikiran mereka rosak sepenuhnya, dan mereka tidak diperkenankan Tuhan kerana mereka tidak hidup berdasarkan kepercayaan.  Namun begitu, mereka tidak akan berjaya kerana kebodohan mereka akan dilihat dengan jelas oleh semua orang, seperti yang berlaku kepada dua orang itu.+ 10  Tetapi dengan cermat kamu sudah mengikut ajaranku, haluan hidupku,+ tujuanku, imanku, kesabaranku, kasihku, dan ketabahanku. 11  Kamu juga tahu tentang penganiayaan dan penderitaan yang telah aku alami di Antiokhia,+ di Ikonium,+ dan di Listra.+ Aku tabah menghadapi penganiayaan itu, dan Tuan telah menyelamatkan aku daripada semuanya.+ 12  Sebenarnya, semua orang yang mahu mengabdikan diri kepada Tuhan dan hidup bersatu dengan Kristus Yesus juga akan dianiaya.+ 13  Tetapi orang jahat dan penyamar akan menjadi semakin jahat. Mereka akan menyesatkan orang dan mereka sendiri juga akan disesatkan.+ 14  Namun, hendaklah kamu terus berpegang pada apa yang telah kamu pelajari dan apa yang telah kamu percayai selepas diyakinkan.+ Kamu tahu siapa yang mengajarkannya kepada kamu 15  dan sejak bayi lagi,+ kamu telah mengenal tulisan-tulisan suci+ yang dapat membantu kamu menjadi bijaksana, dan yang membawa penyelamatan kerana kamu beriman kepada Kristus Yesus.+ 16  Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan+ dan berguna untuk mengajar,+ menegur, membetulkan* segala sesuatu, dan mendidik orang untuk melakukan apa yang benar,*+ 17  agar hamba Tuhan menjadi cekap dan dilengkapi dengan sepenuhnya untuk melakukan setiap perbuatan yang baik.

Nota Kaki

Atau “meluruskan.”
Atau “dan mendisiplinkan orang menurut piawaian Tuhan yang adil dan benar.”