Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Dua Tawarikh 2:1-18

RANGKA KANDUNGAN

  • Persiapan untuk pembinaan Rumah Tuhan (1-18)

2  Salomo memberikan perintah untuk membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa+ dan sebuah istana raja.+  Dia memilih 70,000 orang pekerja untuk mengangkat barang yang berat, 80,000 orang untuk memotong batu di pergunungan,+ dan 3,600 orang untuk menyelia mereka.+  Salomo juga mengirim pesanan berikut kepada Raja Hiram+ dari Tirus: “Dahulu tuanku telah mengirimkan kayu-kayu sedar kepada ayahanda beta Daud, untuk membina sebuah istana sebagai tempat tinggal.+ Sekarang lakukanlah hal yang sama untuk beta  kerana beta ingin membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa, Tuhan beta. Beta ingin mentahbiskan* rumah itu kepada-Nya. Beta juga ingin meletakkan roti-roti yang berlapis*+ dan membakar kemenyan yang harum di hadapan-Nya+ serta mempersembahkan korban bakar pada setiap pagi dan petang,+ pada hari Sabat,+ perayaan bulan baharu,+ dan semasa perayaan lain+ yang telah ditetapkan oleh Yehuwa, Tuhan kami. Hal ini mesti sentiasa dilakukan oleh orang Israel.  Beta akan membina sebuah rumah yang agung, kerana Tuhan kami lebih agung daripada tuhan-tuhan lain.  Tetapi siapakah yang layak membina sebuah rumah untuk Tuhan? Bahkan langit, ya seluruh langit pun tidak cukup luas bagi-Nya.+ Siapakah beta sehingga beta dapat membina sebuah rumah untuk-Nya? Beta hanya mampu mendirikan sebuah tempat untuk mempersembahkan korban dan membakarnya sehingga asap naik kepada-Nya.  Hantarlah seorang tukang yang mahir membuat barangan emas, perak, tembaga,+ besi, dan kain daripada benang berwarna ungu, merah, dan biru. Tukang ini juga perlu mahir membuat ukiran. Dia akan bekerja di Yehuda dan di Yerusalem bersama tukang-tukang mahir lain yang telah dipilih oleh ayahanda beta Daud.+  Hantarkan juga kayu-kayu sedar, juniper,+ dan cendana+ dari Lebanon. Beta tahu bahawa hamba-hamba tuanku mahir menebang pokok di Lebanon.+ Hamba-hamba beta akan bekerja bersama hamba-hamba tuanku.+  Mereka akan menyediakan banyak sekali kayu untuk beta kerana beta akan mendirikan sebuah rumah yang besar dan menakjubkan. 10  Beta akan membekalkan makanan sebanyak 20,000 bekas* gandum, 20,000 bekas barli, 440,000 liter* wain, dan 440,000 liter minyak untuk hamba-hamba tuanku yang menebang pokok.”+ 11  Maka Raja Hiram dari Tirus menghantar surat berikut kepada Salomo: “Yehuwa mengasihi umat-Nya, maka Dia telah melantik tuanku untuk menjadi raja mereka.” 12  Hiram menyambung: “Terpujilah Yehuwa, Tuhan orang Israel, yang telah menciptakan langit dan bumi! Dia telah mengurniai Raja Daud seorang anak lelaki yang bijaksana,+ yang cermat dan berpengertian.+ Dia akan membina sebuah rumah untuk Yehuwa dan sebuah istana raja. 13  Oleh itu, beta akan menghantar Hiram-abi,+ iaitu seorang tukang yang mahir dan berpengertian. 14  Ibunya berasal daripada suku Dan, dan bapanya berasal dari Tirus. Hiram-abi sangat mahir dan berpengalaman membuat barangan emas, perak, tembaga, besi, batu, kayu, dan kain daripada benang berwarna ungu, biru, dan merah serta kain yang bermutu tinggi.+ Dia juga dapat menghasilkan ukiran mengikut apa-apa sahaja rekaan yang diberikan kepadanya.+ Dia akan bekerja bersama tukang-tukang mahir tuanku dan tukang-tukang mahir yang dipilih oleh ayahanda tuanku Daud. 15  Kami menantikan kiriman gandum, barli, minyak, dan wain yang telah dijanjikan oleh tuanku.+ 16  Kami akan menebang pokok-pokok di Lebanon,+ sesuai dengan jumlah yang diperlukan oleh tuanku. Kayu-kayu itu akan diikat menjadi rakit lalu dihanyutkan di laut sampai ke Yope.+ Di sana, tuanku boleh mengangkutnya ke Yerusalem.”+ 17  Kemudian Salomo menghitung bilangan penduduk asing di Israel,+ seperti banci yang telah dilakukan oleh bapanya Daud.+ Dia mendapati ada seramai 153,600 orang yang berbangsa asing. 18  Oleh itu, dia memilih 70,000 orang dalam kalangan mereka untuk mengangkat barang yang berat, 80,000 orang untuk memotong batu di pergunungan,+ dan 3,600 orang untuk menyelia mereka.+

Nota Kaki

Atau “menyucikan.”
Iaitu, roti yang dipersembahkan.
Harfiah, “20,000 kor.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “20,000 bath.” Lihat Lampiran B14.