Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Dua Samuel 4:1-12

RANGKA KANDUNGAN

  • Ish-boset dibunuh (1-8)

  • Daud membunuh orang yang membunuh Ish-boset (9-12)

4  Apabila anak Saul, Ish-boset,+ mendengar bahawa Abner sudah meninggal di Hebron,+ dia menjadi sangat takut* dan semua orang Israel pun gentar.  Baanah dan Rekhab ialah dua orang lelaki yang memimpin kumpulan-kumpulan perompak milik Ish-boset. Mereka berdua ialah anak lelaki Rimon, orang Beerot daripada suku Benyamin. (Beerot+ pernah menjadi sebahagian daripada kawasan suku Benyamin.  Orang Beerot melarikan diri ke Gitaim+ dan tinggal di sana sebagai orang asing sehingga hari ini.)  Yonatan+ anak Saul mempunyai seorang anak lelaki yang tempang.+ Anak itu bernama Mefiboset.+ Mefiboset berusia lima tahun apabila orang membawa berita dari Yizreel+ tentang kematian Saul dan Yonatan. Pada waktu itu, pengasuh Mefiboset mendukung Mefiboset lalu melarikan diri. Tetapi kerana dia kelam-kabut, Mefiboset terjatuh lalu menjadi tempang.  Rekhab dan Baanah, iaitu anak-anak lelaki Rimon dari Beerot, pergi ke rumah Ish-boset. Mereka tiba di sana ketika hari panas terik, dan Ish-boset sedang tidur.  Rekhab dan Baanah+ berpura-pura masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil gandum. (Tetapi mereka menikam perut Ish-boset lalu melarikan diri.)  Ketika mereka masuk ke dalam rumah itu, Ish-boset sedang berbaring di dalam biliknya. Mereka menikam dia sampai mati lalu memenggal kepalanya. Kemudian mereka mengambil kepalanya dan berjalan sepanjang malam menggunakan jalan yang menuju ke Araba.  Akhirnya, mereka sampai di Hebron dan memberikan kepala Ish-boset+ kepada Daud. Mereka berkata kepadanya, “Inilah kepala Ish-boset anak Saul, musuh tuanku+ yang mencuba membunuh tuanku.+ Pada hari ini, Yehuwa telah melakukan pembalasan terhadap Saul dan keturunannya bagi pihak tuanku.”  Daud berkata kepada Rekhab dan Baanah, iaitu anak-anak lelaki Rimon, orang Beerot itu, “Beta bersumpah demi Yehuwa yang hidup, Tuhan yang telah menyelamatkan beta daripada segala kesusahan.+ 10  Dahulu ada orang berkata kepada beta, ‘Saul telah mati.’+ Orang itu menyangka bahawa dia membawa berita baik, tetapi beta menangkapnya dan membunuhnya+ di Ziklag. Itulah upah yang beta berikan kepadanya! 11  Apalagi kamu, alangkah jahatnya perbuatan kamu! Kamu membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah semasa dia sedang tidur di rumahnya sendiri. Beta akan menuntut darahnya daripada tangan kamu,+ dan menghapuskan kamu dari muka bumi!” 12  Daud memberikan perintah kepada anak buahnya untuk membunuh mereka berdua.+ Tangan dan kaki mereka dipotong dan mayat mereka digantungkan+ dekat kolam di Hebron. Kepala Ish-boset diambil lalu dikuburkan di dalam kubur Abner di Hebron.

Nota Kaki

Harfiah, “tangannya menjadi lemah.”