Dua Samuel 17:1-29

  • Nasihat Ahitofel tidak dituruti kerana Husai (1-14)

  • Daud menerima amaran; dia melarikan diri daripada Absalom (15-29)

    • Barzilai dan orang lain membawa bekalan (27-29)

17  Ahitofel berkata kepada Absalom, “Izinkanlah hamba memilih 12,000 orang, dan membawa mereka bersama untuk mengejar Daud pada malam ini.  Hamba akan menyerang Daud sewaktu dia penat dan lemah.+ Hamba akan membuat dia cemas, dan orang yang bersamanya akan melarikan diri. Kemudian hamba akan membunuh dia seorang sahaja+  dan membawa semua pengikutnya kepada tuanku. Jika lelaki yang tuanku buru itu mati, semua pengikutnya akan kembali kepada tuanku dan mereka akan hidup aman.”  Nasihat itu dipandang baik oleh Absalom dan semua pemimpin orang Israel.  Tetapi Absalom berkata, “Panggillah Husai,+ orang Arki itu. Mari kita dengar pendapatnya.”  Husai pun menghadap Absalom, dan Absalom berkata kepadanya, “Begitulah nasihat Ahitofel. Patutkah kita mengikut nasihatnya? Jika tidak, beritahulah kami cadanganmu.”  Husai menjawab, “Nasihat Ahitofel kali ini tidak baik!”+  Husai menyambung, “Tuanku tahu bahawa ayahanda tuanku dan anak buahnya gagah berani.+ Mereka juga sangat marah,* seperti beruang betina yang kehilangan anak-anaknya.+ Lagipun ayahanda tuanku ialah seorang pahlawan,+ dan dia pasti tidak akan bermalam bersama-sama orang ramai.  Mungkin pada saat ini dia sudah pun bersembunyi di dalam sebuah gua* atau di tempat lain.+ Jika dia menyerang anak buah tuanku terlebih dahulu, sesiapa yang mendengar tentang hal itu akan berkata, ‘Anak buah Absalom telah dikalahkan!’ 10  Orang yang berani seperti singa+ pun akan terketar-ketar ketakutan, kerana seluruh Israel tahu bahawa ayahanda tuanku gagah perkasa+ dan anak buahnya juga berani. 11  Oleh itu, hamba menasihati tuanku supaya mengumpulkan semua orang Israel, dari Dan sampai ke Beer-syeba,+ sehingga bilangan mereka menjadi banyak seperti pasir di pantai.+ Kemudian tuanku haruslah memimpin mereka semasa berperang. 12  Kita akan mencari Daud di tempat dia bersembunyi, lalu kita akan menyerangnya dengan pasukan tentera yang besar, seperti embun yang jatuh ke bumi. Tiada seorang pun daripada mereka yang akan terselamat, baik Daud mahupun anak buahnya. 13  Jika dia berundur ke sebuah kota, semua orang Israel akan mengikat kota itu dengan tali lalu menariknya ke dalam lembah. Kita akan menghancurkan kota itu sehingga tiada sebiji batu pun yang tertinggal.” 14  Absalom dan semua orang Israel berkata, “Nasihat Husai, orang Arki itu, lebih baik+ daripada nasihat Ahitofel!” Yehuwa bertekad untuk menyebabkan mereka menolak nasihat Ahitofel+ yang baik. Dengan demikian, Yehuwa dapat mendatangkan malapetaka atas Absalom.+ 15  Selepas itu, Husai memberitahu Imam Zadok dan Imam Abiatar,+ “Itulah nasihat Ahitofel kepada Absalom dan para pemimpin orang Israel. Inilah nasihatku kepada mereka. 16  Maka berikanlah amaran kepada Daud dan hantarlah pesanan berikut kepadanya: ‘Jangan bermalam di tempat penyeberangan sungai* di padang belantara. Seberangilah sungai itu agar tuanku dan anak buah tuanku tidak dibunuh.’”+ 17  Oleh itu, seorang hamba perempuan diutus untuk menyampaikan pesanan itu kepada Yonatan+ dan Ahimaas.+ Mereka berdua tinggal di En-rogel+ dan tidak masuk ke kota kerana mereka takut dilihat orang. Setelah itu, mereka menyampaikan pesanan itu kepada Raja Daud. 18  Tetapi seorang pemuda nampak mereka dan memberitahukan hal itu kepada Absalom. Maka mereka cepat-cepat pergi dan tiba di rumah seorang lelaki Bahurim.+ Terdapat sebuah perigi di halaman rumah itu, dan mereka masuk ke dalamnya. 19  Kemudian isteri lelaki itu menutup mulut perigi dan menaburkan bijirin yang telah dihancurkan di atas penutup itu. Dia berbuat demikian supaya tiada orang yang tahu apa yang telah berlaku. 20  Hamba-hamba Absalom datang ke rumah wanita itu dan bertanya kepadanya, “Di manakah Ahimaas dan Yonatan?” Wanita itu menjawab, “Mereka sudah pergi ke arah sungai.”+ Hamba-hamba itu terus mencari Ahimaas dan Yonatan, tetapi tidak menjumpai mereka. Kemudian hamba-hamba itu pulang ke Yerusalem. 21  Sesudah hamba-hamba itu pergi, Ahimaas dan Yonatan keluar dari perigi lalu pergi mencari Raja Daud. Mereka berkata kepadanya, “Ahitofel telah merancang untuk menyerang tuanku. Maka tuanku haruslah berangkat dan menyeberangi sungai dengan segera.”+ 22  Daud dan rombongannya segera berangkat dan menyeberangi Sungai Yordan. Semua orang telah menyeberangi sungai itu sebelum matahari terbit. 23  Semasa Ahitofel tahu bahawa nasihatnya tidak dituruti, dia memasang pelana pada keldainya lalu pulang ke kampung halamannya.+ Setelah dia menyelesaikan urusan rumah tangganya,+ dia menggantung diri lalu mati.+ Kemudian dia dikebumikan di kuburan keluarganya. 24  Sementara itu, Daud pergi ke Mahanaim,+ dan Absalom menyeberangi Sungai Yordan bersama semua orang Israel. 25  Absalom melantik Amasa+ menjadi ketua tentera untuk menggantikan Yoab.+ (Bapa Amasa ialah seorang lelaki Israel yang bernama Yitra. Ibu Amasa ialah Abigail+ anak Nahas, adik Zeruya. Zeruya ialah ibu Yoab.) 26  Orang Israel dan Absalom berkhemah di Gilead.+ 27  Sebaik sahaja Daud tiba di Mahanaim, dia disambut oleh Sobi anak Nahas dari Raba+ (kota orang Ammon), Makhir+ anak Amiel dari Lo-debar, dan Barzilai,+ orang Gilead dari Rogelim. 28  Mereka membawa tikar, kuali, periuk tembikar, dua jenis kacang yang berbeza, gandum, barli, tepung, biji-bijian yang sudah dipanggang, biji-bijian kering, 29  madu, mentega, biri-biri, dan keju. Mereka berkata, “Semua orang di padang belantara tentu lapar, letih, dan haus.”+ Oleh itu, mereka membawa semua makanan ini untuk Daud dan rombongannya.+

Nota Kaki

Atau “sakit hati.”
Atau “lubang; gaung.”
Atau mungkin, “di padang gurun.”