Dua Samuel 15:1-37

  • Rancangan Absalom untuk memberontak (1-12)

  • Daud lari dari Yerusalem (13-30)

  • Ahitofel menyertai Absalom (31)

  • Husai disuruh menggagalkan rancangan Ahitofel (32-37)

15  Setelah semua hal itu berlaku, Absalom menyediakan sebuah kereta kuda dan kuda-kuda untuk dirinya. Dia juga mendapatkan 50 orang lelaki untuk berlari di hadapannya.+  Dia akan bangun pada awal pagi dan berdiri di tepi jalan yang menuju ke pintu gerbang kota.+ Dia akan memanggil setiap orang yang akan menghadap raja untuk mengemukakan tuntutan atau meminta pengadilan.+ Lalu dia bertanya kepada mereka, “Kamu berasal dari mana?” Jika orang itu menjawab, “Tuan, aku berasal daripada salah satu suku orang Israel,”  Absalom akan berkata, “Tuntutan kamu memang benar dan wajar, tetapi sayang sekali tiada wakil raja yang mendengar tuntutanmu.”  Kemudian Absalom menyambung, “Kalaulah aku dilantik menjadi hakim di negeri ini, setiap orang yang ingin mengemukakan tuntutan atau meminta pengadilan boleh datang kepadaku. Aku akan memastikan agar orang itu diperlakukan dengan adil.”  Jika ada orang mendekati Absalom dan hendak bersujud kepadanya, dia akan menghulurkan tangannya untuk menghalang orang itu daripada bersujud. Kemudian dia akan menciumnya.+  Dia berbuat demikian kepada semua orang Israel yang hendak menghadap raja untuk meminta pengadilan. Inilah caranya Absalom mengambil hati orang Israel.+  Setelah empat tahun* berlalu, Absalom berkata kepada raja, “Ayahanda, izinkanlah saya pergi ke Hebron+ untuk menunaikan ikrar saya kepada Yehuwa.  Sewaktu saya tinggal di Gesur+ yang terletak di Siria, saya telah berikrar,+ ‘Jika Yehuwa membawa saya balik ke Yerusalem, saya akan mempersembahkan korban* kepada Yehuwa.’”  Raja menjawabnya, “Pergilah dengan sejahtera.” Maka Absalom berangkat ke Hebron. 10  Selepas itu, Absalom menghantar beberapa orang* kepada semua suku Israel. Dia memberitahu mereka, “Sebaik sahaja kamu mendengar bunyi trompet, berserulah, ‘Absalom sudah menjadi raja di Hebron!’”+ 11  Seramai 200 orang dari Yerusalem dijemput untuk pergi ke Hebron bersama Absalom. Mereka semua pergi tanpa curiga, dan tidak tahu tentang apa yang bakal berlaku. 12  Semasa Absalom mempersembahkan korban, dia mengutus orang untuk memanggil Ahitofel,+ orang Gilo yang merupakan penasihat Daud.+ Pada masa itu, Ahitofel berada di kota Gilo.+ Pakatan untuk melawan raja menjadi semakin kuat, dan para penyokong Absalom menjadi semakin banyak.+ 13  Seorang utusan melaporkan kepada Daud, “Orang Israel sudah memihak kepada Absalom.” 14  Daud pun segera berkata kepada semua pegawai yang bersamanya di Yerusalem, “Ayuh! Marilah kita melarikan diri.+ Jika tidak, tiada seorang pun antara kita yang dapat melepaskan diri daripada Absalom! Cepatlah, janganlah sampai kita dikejar dan ditangkap olehnya. Dia pasti akan mendatangkan malapetaka atas kita dan membunuh semua penduduk kota ini dengan pedang!”+ 15  Mereka menjawab raja, “Baik tuanku. Hamba semua bersedia melakukan apa sahaja yang tuanku putuskan.”+ 16  Oleh itu, raja berangkat bersama seisi rumah tangganya, tetapi dia meninggalkan 10 orang gundik+ untuk menjaga istana. 17  Raja dan semua orang yang mengikutnya meneruskan perjalanan sehingga mereka sampai di Bet-merhak. 18  Pada waktu itu, para pegawai raja, orang Kreti, dan orang Pleti+ sedang mengikut raja. Selain itu, terdapat juga 600 orang yang datang dari kota Gat+ untuk menyertai raja. Raja memerhatikan mereka semasa mereka lalu di hadapannya. 19  Raja berkata kepada Itai,+ seorang lelaki dari Gat, “Mengapakah kamu juga datang bersama kami? Pulanglah dan tinggallah bersama raja yang baharu, kerana kamu ialah orang asing yang telah melarikan diri dari negerimu sendiri. 20  Kamu baru sampai, bagaimana mungkin beta menyuruh kamu untuk ikut kami mengembara lagi pada hari ini? Beta sendiri pun tidak tahu hala tuju kami. Jadi pulanglah dan bawalah anak buahmu juga. Semoga Yehuwa menunjukkan kasih* dan kesetiaan kepadamu!”+ 21  Tetapi Itai menjawab, “Hamba bersumpah di hadapan Yehuwa, Tuhan yang hidup, dan di hadapan tuanku bahawa meskipun hamba harus mati, hamba akan mengikut tuanku ke mana sahaja tuanku pergi!”+ 22  Daud pun berkata, “Baiklah! Majulah.” Maka Itai+ meneruskan perjalanan bersama semua anak buahnya dan keluarga mereka. 23  Semua penduduk di Yerusalem dan kawasan sekitarnya menangis dengan kuat semasa para pengikut raja menyeberangi Lembah Kidron.+ Pada waktu itu, raja sedang berdiri dekat lembah itu. Mereka menyeberangi lembah itu untuk pergi ke padang belantara. 24  Zadok+ ada di situ bersama dengan semua orang Lewi+ yang mengangkat tabut+ perjanjian Tuhan,+ lalu mereka menurunkan tabut itu. Abiatar+ juga terus berada di situ sehingga semua orang dari kota telah menyeberangi lembah itu. 25  Tetapi raja berkata kepada Zadok, “Kembalikanlah tabut Tuhan yang benar ke kota.+ Jika Yehuwa berkenan kepada beta, Dia tentu akan membawa beta balik ke situ dan membenarkan beta melihat tabut itu dan tempat tabut itu disimpan.+ 26  Tetapi jika Tuhan tidak berkenan kepada beta, beta akan tunduk kepada apa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada beta.” 27  Raja berkata lagi kepada Imam Zadok, “Bukankah kamu seorang nabi?*+ Kamu dan Abiatar haruslah kembali ke kota. Bawalah Ahimaas, anakmu, dan Yonatan+ anak Abiatar bersamamu. Pergilah dengan sejahtera. 28  Beta akan menunggu di tempat penyeberangan sungai dekat padang belantara sehingga beta menerima khabar daripada kamu.”+ 29  Oleh itu, Zadok dan Abiatar membawa tabut Tuhan yang benar kembali ke Yerusalem, dan mereka tinggal di situ. 30  Daud menangis semasa dia mendaki Gunung Zaitun.+ Kepalanya berselubung dan dia tidak berkasut. Semua orang yang mengikutnya juga menangis dan menutup kepala mereka dengan kain semasa mendaki gunung itu. 31  Kemudian Daud mendapat berita: “Ahitofel juga ikut memberontak+ dengan Absalom.”+ Maka Daud berkata, “Ya Yehuwa,+ semoga Engkau membuat nasihat Ahitofel kedengaran seperti nasihat orang bodoh!”+ 32  Apabila Daud tiba di puncak gunung, iaitu tempat orang sujud menyembah Tuhan, dia disambut oleh Husai,+ orang Arki.+ Pakaian Husai sudah koyak rabak dan kepalanya ditaburi dengan tanah. 33  Daud berkata kepadanya, “Jika kamu mengikut beta, kamu tidak akan dapat membantu beta. 34  Tetapi kembalilah ke kota dan katakanlah kepada Absalom, ‘Tuanku, aku ialah hambamu. Dahulu aku ialah hamba bapamu, tetapi sekarang aku akan menjadi hambamu.’+ Dengan demikian, kamu dapat menolong beta menggagalkan rancangan* Ahitofel.+ 35  Imam Zadok dan Imam Abiatar juga ada bersamamu. Kamu mesti memberitahu mereka segala sesuatu yang kamu dengar di istana.+ 36  Ahimaas+ anak Zadok dan Yonatan+ anak Abiatar juga ada bersama bapa mereka. Jadi beritahukanlah semua yang telah kamu dengar kepada mereka dan mereka akan menyampaikannya kepada beta.” 37  Maka Husai, sahabat* Daud,+ kembali ke kota ketika Absalom sedang memasuki Yerusalem.

Nota Kaki

Atau mungkin, “40 tahun.”
Atau “akan beribadat.”
Atau “pengintip.”
Atau “kasih setia.”
Atau “pelihat?”
Atau “nasihat.”
Atau “penasihat.”