Dua Petrus 2:1-22

  • Guru palsu akan muncul (1-3)

  • Guru palsu pasti dihakimi (4-10a)

    • Malaikat dilemparkan ke dalam Tartarus (4)

    • Air bah; Sodom dan Gomora (5-7)

  • Ciri-ciri guru palsu (10b-22)

2  Pada masa dahulu, ada nabi-nabi palsu yang muncul dalam kalangan umat Tuhan. Begitu juga, guru-guru palsu akan muncul dalam kalangan kamu.+ Secara diam-diam, mereka akan memperkenalkan kumpulan agama yang membinasakan. Mereka bahkan akan menyangkal tuan mereka yang telah membeli mereka.+ Dengan demikian, mereka mendatangkan kemusnahan yang akan menimpa diri mereka sendiri secara mendadak.  Banyak orang akan terikut-ikut dengan kelakuan buruk* mereka.+ Akibatnya, haluan kebenaran akan dicela.+  Guru-guru palsu yang tamak ini akan menggunakan kata-kata palsu untuk mengaut keuntungan daripada kamu. Namun, hukuman mereka sudah ditentukan sejak dahulu lagi+ dan tidak akan ditangguhkan. Ya, mereka pasti akan dibinasakan.+  Malaikat-malaikat yang berdosa tidak terlepas daripada hukuman Tuhan.+ Dia melemparkan mereka ke dalam Tartarus*+ dan merantai mereka dalam kegelapan yang pekat* untuk menahan mereka sehingga hukuman mereka dilaksanakan.+  Dunia zaman lampau juga tidak terlepas daripada hukuman Tuhan.+ Dia mendatangkan air bah kepada dunia yang didiami orang jahat,+ tetapi menyelamatkan Nuh, seorang lelaki yang menyebarkan apa yang benar di mata-Nya,+ bersama dengan tujuh orang yang lain.+  Tuhan menghukum kota Sodom dan Gomora+ dengan memusnahkan dua kota itu sehingga menjadi abu. Hal ini menjadi amaran* tentang apa yang bakal berlaku kepada orang yang tidak menghormati-Nya.+  Tetapi Dia telah menyelamatkan Lot, seorang lelaki yang baik,+ yang sangat susah hati kerana orang jahat di situ berkelakuan buruk tanpa rasa malu.*  Lelaki yang baik ini hidup dalam kalangan mereka, dan dia merana hari demi hari kerana melihat dan mendengar perbuatan jahat mereka.  Maka jelaslah bahawa Yehuwa* tahu cara untuk menyelamatkan orang yang mengabdikan diri kepada-Nya supaya mereka dibebaskan daripada cubaan.+ Dia juga tahu cara untuk menahan orang jahat sehingga hari penghakiman agar mereka dimusnahkan,+ 10  terutamanya mereka yang mencuba untuk menajiskan tubuh orang lain,+ dan mereka yang memandang hina terhadap orang yang berkuasa.+ Mereka ini sangat berani dan keras kepala. Mereka tidak takut untuk menghina orang yang dimuliakan oleh Tuhan. 11  Walaupun malaikat-malaikat lebih kuat dan lebih berkuasa, malaikat-malaikat itu pun tidak menuduh guru-guru palsu itu dengan kata-kata hinaan, kerana malaikat-malaikat itu menghormati Yehuwa.*+ 12  Tetapi mereka ini seperti binatang yang tidak berakal, yang bertindak mengikut naluri, dan yang dilahirkan untuk ditangkap dan dibinasakan. Mereka menghina hal-hal yang tidak difahami mereka.+ Haluan mereka yang memudaratkan akhirnya akan membinasakan mereka. 13  Mereka akan menderita kecelakaan sebagai balasan atas haluan mereka yang memudaratkan itu. Mereka menganggap bahawa menikmati kemewahan hidup* dengan sepuas-puasnya,+ bahkan pada siang hari, merupakan sesuatu yang menyenangkan. Sambil makan bersama kamu, orang yang bagaikan kotoran dan kecacatan ini gemar sekali menyebarkan ajaran palsu.+ 14  Nafsu mereka untuk berzina berkobar-kobar,*+ dan mereka tidak dapat berhenti berbuat dosa. Mereka menggoda orang yang lemah, dan hati mereka sudah terlatih untuk bersikap tamak. Mereka ialah orang yang terkutuk. 15  Mereka meninggalkan haluan yang lurus lalu disesatkan. Mereka telah mengikut haluan Bileam+ anak Beor, yang suka menerima ganjaran daripada perbuatan yang salah.+ 16  Kerana Bileam melanggar hukum, dia telah ditegur.+ Seekor keldai yang tidak dapat bercakap telah bercakap dengan suara manusia dan menghalang perbuatan gila nabi itu.+ 17  Guru-guru palsu itu ialah mata air yang kering dan kabus yang ditiup ribut kencang. Kegelapan yang paling pekat telah disediakan untuk mereka.+ 18  Kata-kata mereka kedengaran hebat tetapi langsung tidak bermakna. Mereka menggoda orang yang baru sahaja bertaubat untuk berbuat salah dengan kelakuan buruk mereka sendiri*+ dan dengan membangkitkan keinginan yang salah dalam diri orang sebegitu.+ 19  Guru-guru palsu itu menjanjikan kebebasan kepada mereka, sedangkan guru-guru palsu itu sendiri diperhamba oleh kejahatan.+ Hal ini demikian kerana sesiapa yang dikuasai oleh orang lain merupakan hamba kepada orang itu.*+ 20  Orang yang memperoleh pengetahuan yang tepat mengenai Tuan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus, sudah membebaskan diri daripada kenajisan dunia.+ Tetapi jika mereka kemudiannya dikalahkan dan dikuasai lagi oleh kenajisan tersebut, keadaan mereka pada akhirnya menjadi lebih teruk daripada keadaan yang sebelumnya.+ 21  Lebih baik jika mereka tidak memiliki pengetahuan yang tepat tentang haluan yang benar, daripada mengetahuinya tetapi kemudian meninggalkan hukum suci yang telah diterima oleh mereka.+ 22  Pepatah ini tepat menggambarkan apa yang berlaku kepada mereka: “Anjing kembali untuk makan apa yang dimuntahkannya, dan babi yang sudah mandi bergelumang semula di dalam lumpur.”+

Nota Kaki

Bentuk jamak bagi perkataan Yunani a·selʹgei·a. Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau mungkin, “dan mengurung mereka di dalam lubang yang gelap.”
Harfiah, “corak.”
Yunani, a·selʹgei·a. Lihat Kamus.
Iaitu, makan, minum, dan berpesta liar.
Atau “Mata mereka penuh dengan perzinaan.”
Bentuk jamak bagi perkataan Yunani a·selʹgei·a. Lihat Kamus.
Atau “dikuasai oleh sesuatu merupakan hamba kepada perkara itu.”